05 Disember 2008

Drs. Khalil : Tunaikan amanah

LARUT, 2 Dis :- Ketua Kampung mestilah melaksanakan tugas yang dipegangnya kerana ia adalah amanah dari Allah dan dari Kerajaan Negeri yang diperkenankan oleh DYMM Sultan Perak, demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam majlis taklimat isu-isu semasa di Markaz PAS Kampung Perak di sini.

Beliau juga menegaskan manusia pasti mempunyai kelemahan masing-masing, kita bukannya malaikat. Oleh itu sarannya janganlah kita suka mencari kelemahan orang lain dalam menempuh kehidupan seharian sebaliknya cari dan lihatlah kebaikan orang lain .
"Inilah prinsip hidup saya, mudah-mudahan kehidupan kita diberkati kerana mencari keburukan orang lain biasanya kita terlibat dengan mengumpat dan Allah sudah sediakan satu neraka untuk golongan ini seperti dalam surah Al-Humazah" jelasnya.

Hadirin dan hadirat memenuhi markas Kg. Perak.

Ceramah penerangan itu dihadiri oleh 3 orang Ketua kampung setempat dan penyokong Pakatan Rakyat bagi mendengar penjelasan isu semasa.

Drs. Khalil pada kesempatan itu juga telah menjelaskan dasar-dasar kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat .