KOTA BHARU, 3 Dis :- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam .
Katanya, Pas perlu memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam yang mulai menerima baik parti itu sehingga ada yang telah menubuhkan Kelab Penyokong Pas serta turut berkempen untuk calon parti itu pada pilihan raya umum lalu.
“Bukan Islam pun dah mula undi Pas, kenapa kita tak boleh beri peluang kepada mereka. Politik ini untuk semua,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Pada muktamar Pas lalu, Abdul Hadi berkata penerimaan golongan bukan Islam untuk menyertai Pas mungkin mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan perlembagaan parti yang antaranya menetapkan syarat keanggotaan seperti beragama Islam, berakal dan akil baligh.
Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu nanti, Nik Aziz berharap Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, dipilih semula menjadi calon parti itu.
“Saya nak benar dia. Dulu dia bertanding pilihan raya umum di situ, tak ada sebab kita tak boleh letak dia. Di Parlimen ni kita nak orang macam Mat Sabu kerana dia lantang,” katanya.