12 Januari 2009

ADUN Titi Serong lawat petugas PAS Perak di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU , 10 Jan :- Petugas PAS Perak dalam Pilihan Raya Kuala Terengganu dihargai dengan kunjungan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim . Kunjungan ke Pos Petugas di UPU Kampung Gong Tok Nasik itu dilakukan oleh ADUN Perak itu selepas memberikan ceramah penerangan di tempat yang sama dalam siri kempen Pilihan raya kecil tersebut.

Kedatangan Drs. Khalil bersama dengan Setiausaha Dewan Ulama PAS Negeri, Ust. Hj. Dahlan disambut baik oleh 25 orang petugas yang ditempatkan di pos tersebut.

Penempatan petugas Perak di Kampung Gong Tok Nasik adalah salah satu dari 5 pos utama yang menempatkan petugas dari Perak.

Dalam kunjungan singkat itu beliau sempat beramah mesra dan bertanya khabar dengan petugas yang datang dari beberapa kawasan antaranya dari PAS Kawasan Bukit Gantang dan Kuala Kangsar.

Drs. Khalil beramah mesra dengan petugas


Sedikit sumbangan peribadi juga disampaikan bagi menampung perbelanjaan harian pos berkenaan.