12 Februari 2009

Apa lagi yang akan berlaku hari ini ?

Teringat saya mengenai pertanyaan Tok Guru Nik Aziz kepada YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam perbualan melalui talipon kelmarin. Tanya Tok Guru apakah yang nak dilakukan hari ini.

Sebetulnya sejak akhir bulan Januari yang lepas suasana politik di Perak menghangatkan pemberitaan di blog kesayangan ramai ini dan di bolg-blog yang lain. Kelmarin hits mencecah 22,000 setelah hari isnin dan selasa menurun kepada 14,000 dan 18,000 sahaja.

Saya yakin berita mengenai meninggal dunianya Ahli Parlimen Bukit Gantang , Hj. Roslan shaharom dan Cubaan Ir. Nizar, Exco dan ADUN yang ingin masuk pejabat SUK gagal menyebabkan kenaikan jumlah pengunjung di blog ini.

WM juga mengambil beberapa langkah untuk cuba mengawal beberapa komen yang melampau dan merentasi batas akhlak dan tatasusila Islam. Saya harap semua yang memberi komen biarlah berpada-pada, jangan terlalu menyerang tetapi lebih baik banyak menerangkan dan menjelaskan maklumat yang saudara ada.

Bila ditanya kepada saya, apa lagi akan berlaku hari ini, saya katakan macam-macam akan jadi. Kita tunggu dan lihat.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahai sahabatku sekalian marilah kita berjuang demi pertahankan negeri Perak terus dijajah oleh B-end.. takbir!!

Tanpa Nama berkata...

Buat apalah apa yang terbaik YB. Pastikan gelombang kebangkitan rakyat Perak sentiasa dapat ditingkatkan. Agar majoriti PRK BUKIT GANTANG dapat ditambah dan DUN yang PAS tewas dapat di 'tawan' melalui PRK ini.

Hidup Untuk Islam

Selongsong berkata...

Boleh al-Fadhil YB Ustaz Idham Lim tolong tanyakan YAB DS Nizar bila agak-agaknya beliau mahu mengemaskinikan blog beliau di http://kamparinn.blogspot.com/

Jazakallahu khair.

selongsong.pencucuh

Tanpa Nama berkata...

Salam. YB, sekarang ni media pengampu barisan nasional sibuk mengatakan PR ni derhaka, oleh itu saya cadangkan kpd YB supaya dapat menguploadkan video "natang" yang berlaku di Terengganu tahun lepas ke blog YB, dan uploadkan sekali video kuala kangsar. Biar rakyat jelata melihat siapa sebenarnya yang derhaka. ni link nya http://www.youtube.com/watch?v=DowLoN-4Tlo
kuala kangsar pula ini

http://www.youtube.com/watch?v=QJf9ZBpBe1U

Elbaritii berkata...

Salam

YB, cuba buatkan jadual solat Jumaat untuk YAB Nizar. Keluarkan makluman bahawa YAB akan memberi khutbah berkaitan Jihad di Palestine. Tengok lagu mana kelam kelibut puak2 BN hehehe

Satu lagi, umumkan lepas Jumaat tuh, bacalah Yasin untuk Tuanku Sultan makmur dalam pentadbiran. Tengok apa komen puak-puak Istana.

Ok apa idea koman saye nih

elbaritii.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

baguih2,teman nyokong idea keme..

lim berkata...

Salam YB.pertamanya diucapkan Takziah buat family MP Bkt gantang,semuga rohnya dicucuri Rahmat..

lim berkata...

Setiap kejadian yg ALLAH kurniakan ada HIKMAHnya,sebagai hambaNYA harus terima dengan REDHA,ini hanya ujian ALLAH untuk kita dalam menguji KEIMANAN terhadapNYA.Disebalik kejadian ini hanya ALLAH saja yg tahu,mungkin ANUGERAH yg lebih manis menanti kita.TAKBIR...

lim berkata...

sokong saranan abu ihsan,YB tertinggal akan kejadian yg terjadi di Kelantan akan penderhakaan umno iaitu kesah menabalkan sultan yg telah dilakukan Anuar Musa juga krisis perlembagaan negara satu ketika dahulu..

lim berkata...

harap YB paparkan di sini peristiwa-peristiwa berkenaan..

Tanpa Nama berkata...

Salam YB
Saya menyeru kpd semua bloggers agar memasukan dalam blog masing-masing ingatkan semua rakyat marhain agar tidak putus doa,solat hajat dan Yaasin untuk membantu kemenangan Islam.Bila doa sebutkan nama-nama individu yang zalim ini sepertimana Tuan Guru Mursidul Am buat.Buatkan logo untuk kempen ini sepertimana kes IJN dan Air Asia.Insyaallah jasa kalian hanya yang membalasnya.War-warkan juga jadual ceramah pemimpin Pakatan Rakyat.TQ YB semoga MB Nizar tabah saya amat terkedu semasa di rumah MB malam munajat, MB yang minta saya sabar dan tabah,"Yong sabar Yong,tabahkan hati.."Ya Allah sepatutnya saya yang berkata kepadanya begitu...

Brahim Nyior berkata...

Sekarang, rakyat akan lihat selama mana DS Nizar dapat bertahan, apabila disekat masuk ke bangunan SUK, hanya mampu bekerja di rumah rasmi MB sahaja.

Seorang rakan di pasar semalam, secara sinis berkata, "Nizar akan undur juga, sebab kalau Nizar beri arahan pun, siapa yang nak laksanakan? Akhirnya Nizar akan lepaskan jawatan MB."

Saya diam tak kata apa. Tapi dalam hati, saya berdoa agar kemelut yang melanda Perak dapat selesai segera..

Tanpa Nama berkata...

semua wakil rakyat pr negeri perak WAJIB berjaga2 kerana 4 kekosongan jwtn exco itu adalah umpan kpd adun2 pr utk lompat ke sana...kita mesti berhati-hati taktik jahat umno

Tanpa Nama berkata...

Moga pertolongan Allah lebih cepat untukmu YB Nizar

Tanpa Nama berkata...

Salam, inilah akibat keputusan gopoh yang dibuat Tuanku Sultan Perak kena belajar dengan Tuanku Sultan Terengganu!

Tanpa Nama berkata...

Mula2 Nabi Muhammad saw menyampaikan dakwah Islam. Habuan Harta, Kuasa & Wanita jugalah yang Puak2 pimpinan Kafir Quraish offer. Hari ini siaran ulangan yang sama dibuat oleh puak2 UMNO BN! Renung2kanlah...

Tanpa Nama berkata...

kalaulah bulan di letak ditangan kanan dan matahari ditangan kiri, namun Nabi tetap takkan berganjak!