12 Februari 2009

Kerajaan kudeta lemah, 4 dilantik penasihat bertaraf exco

Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan pelantikan tiga penasihat menteri besar kedeta dan seorang ketua penerangan kerajaan kudeta yang semuanya dikatakan bertaraf exco.

Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Datuk S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu
Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri kudeta, lapor Bernama.


Chang merupakan timbalan pengerusi Gerakan peringkat nasional manakala Veerasingam adalah naib presiden MIC.

Dalam pilihanraya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai.

Mohd Najumuddin pula menang di DUN Batu Kurau, manakala Hamdi menang di DUN Pengkalan Baru.

Zambry turut mengumumkan portfolio bagi anggota exco kerajaan negeri kudetanya.

Dalam senarai itu, Zambry menjadi pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Hasil Bumi, Pertanian, Perumahan dan Agama.

Manakala Hamidah Osman dilantik exco kanan kudeta dengan mempengerusikan Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita; Ramly Zahari (pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah Hang Soon (pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Saarani Mohamad dilantik pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan; Mohd Zahir Abdul Khalid (pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi), dan Zainol Fadzi Paharuddin (pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Zambry mengangkat sumpah sebagai menteri besar Jumaat lalu hasil dari kudeta yang berlaku selepas Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri apabila kerajaan Pakatan Rakyat dinafikan haknya dengan kejayaan BN memperdaya 3 ADUN Pakatan Rakyat serta ADUN Bota yang kembali kepangkuan UMNO setelah menyertai Pakatan Rakyat selama 11 hari.

Masuk pejabat

Sebelum itu, pada jam 10 pagi tadi beliau secara rasmi memasuki pejabat Menteri Besar di Bangunan Darul Ridzuan dengan diiringi barisan exco kerajaan kudetanya.

Ketibaan mereka disambut kakitangan Pejabat Menteri Besar dengan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim.

Mengenai hanya enam Exco yang dilantik bagi menerajui pentadbiran negeri berbanding 10 exco kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini, Zambry berkata ia bergantung kepada keperluan tertentu dan keputusan yang dibuat.

Katanya dari segi peraturan, menteri besar boleh melantik seberapa ramai Exco yang beliau mahu.

Satu kenyataan yang ingin menutup kelemahan pada kerajaan kudeta.

Jumlah exco kurang

Ketika ditanya mengenai polisi dan dasar kerajaan negeri yang baru dibentuk ekoran tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat selepas empat anggotanya keluar parti masing-masing untuk menyokong BN, Zambry berkata semua dasar kerajaan BN adalah untuk rakyat.

Zambry mendakwa selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac lalu, mereka telah meneruskan polisi yang digariskan kerajaan BN sebelum itu.

Kenyataannya itu dilihat sebagai usaha untuk melindungi segala usaha baik yang dilakukan oleh pakatan Rakyat Selama ini.

"Kamu perlu tahu bahawa banyak polisi yang mereka (kerajaan Pakatan Rakyat) umumkan itu adalah polisi BN." dakwa Zambry dalam sidang akhbar itu.

Ketika ditanya sama ada beliau mendapat sokongan majoriti rakyat Perak walaupun selepas Sultan Azlan Shah tidak perkenan untuk membubarkan DUN ekoran kemelut politik yang melanda, beliau hanya menjawab dengan jawapan yang ingin menutup kelemahan dan usaha kudeta merampas hak pakatan Rakyat dengan berkata: "Ini adalah proses demokrasi. Adakah anda faham mengenai demokrasi? Adakah anda faham mengenai falsafah politik demokrasi?".