12 Februari 2009

Pilihanraya dua tempat diketahui Jumaat ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini untuk membincangkan kedudukan kerusi parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah.

Pegawai perhubungan awamnya Sabri Said dalam kenyataan berkata
mesyuarat khas itu juga akan memutuskan tindakan selanjutnya berhubung kedua-dua kawasan berkenaan, lapor Bernama.

Selepas mesyuarat itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengadakan sidang akhbar yang dijadualkan pada 11 pagi di Bilik Gerakan SPR di Putrajaya.

Anggota parlimen PAS di Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal
dunia semalam akibat serangan jantung.

Selang beberapa jam selepas itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula mengumumkan peletakan jawatan V Arumugam sebagai wakil rakyat Bukit Selambau dan anggota exco kerajaan negeri.

Pada pilihanraya umum lalu, Roslan menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, manakala Arumugam yang bertanding atas tiket ebas menewaskan S Krishnan, juga daripada BN.

Sementara itu, Dewan Rakyat dilaporkan sudah memaklumkan kepada suruhanjaya itu mengenai kekosongan kerusi Bukit Gantang.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata notis bagi memaklumkan kekosongan kerusi itu dihantar selepas menerima dokumen rasmi berhubung kematian Roslan, lapor agensi berita itu.

Roslan menang majoriti 1,566 undi, manakala Arumugam meraih 7,695 undi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,Dengar khabar Utusan M'sia mencadang UMNO utk mencalonkan Mufti Perak mewakili BN bagi Parlimen Bukit Gantang..Bagi PAS ,Ustaz Idris Ahmad sudah cocok,berkarisma dan datang dari keluarga ulama.Bagaimana pandangan PAS negeri?