12 Februari 2009

Osman Jailu, baliklah kempen di Bukit Gantang !

BUKIT GANTANG, 11 Feb. :- Banyak pihak juga membincangkan siapakah calon UMNO yang akan ditampilkan sebagai calonnya. Walaupun menurut banyak pemerhati politik pertandingan yang berlaku di Bukit Gantang dalam suasana politik Perak yang sangat memihak kepada pakatan Rakyat.

Kalau tidak terlalu bombastik dan happy ending pertandingan yang berlaku cuma memenuhi syarat supaya seorang ahli parlimen dari Pakatan Rakyat dipilih secara sah.


Maklumat dari pihak yang saya boleh percayai dan cakap-cakap di kedai kopi di Bukit Gantang mendapati sekurang-kurangnya terdapat 3 calon yang disebut setakat ini.

Calon populer ialah Kamalulai, Timbalan Ketua bahagian UMNO Bukit Gantang. Beliau adalah pensyarah di Kolej Islam Kuala kangsar.

Keduanya Ismail Sofyan, Calon yang kalah dalam pemilihan Ketua bahagian Bukit Gantang yang lepas. Beliau kalah kepada YB. Rosli yang juga ADUN Terong.

Terakhir ialah Pengarah Mardi Negeri Perak, Dr. Zamry. Dari segi akademik beliau lah yang paling layak menurut sumber itu.

Siapapun calon yang dikemukakan nampaknya percaturan sangat sukar . Siapapun yang disebutkan di atas nampaknya tidak dapat menghadapi gelombang rakyat yang berlaku di Perak sekarang ini.

Kemarahan rakyat kepada ADUN Changkat Jering yang berada dalam Parlimen itu, Mohd. Osman Jailu pasti akan menambahkan lagi majoriti undi di kawasan DUN berkenaan .

Ramai yang menunggu ke pulangannya untuk berkempen di Changkat Jering. Cuma yang kita ragui adakah dia sanggup muncul di khalayak ramai dan apa pula yang dia akan ucapkan dalam keadaan dia pun tidak pandai berceramah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Man Jailu boleh jemput Jamal Berang kempen parti bebas atau parti barunya cop katak puru

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan osman jailu utk parlimen bkt gantang, kalau najis bagi, maknanya memang UMNO ikhlas, jadi kita kena sokong BN, sapa setuju, angkat tangan

Tanpa Nama berkata...

Sokong.
Hidup Man Jailu.
Hidup Parti cap Katak Pisang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Man Jailu ngan Jamal Berang turun Bkt Gantang tentu BBC,CNN dan Al Jazeera buat liputan.Maklum lah nak rakam terompah jamban dan kasut jepun berkulat singgah kat muka mcm penganut Hindu pecahkan nyuk di jlnraya masa Thaipusam.Tentu ada janda muda dan andartu berbaris melambai mesra kat Man Jailu.Dpt jadi nombor 3 dan 4 pun tak pa.Berumuq tapi mantain hensem .Duit mesti byk lepas lompat kijang aritu...oops lompat katak. Awang Bujil Kpg Cheh,Bkt Gantang.