12 Februari 2009

PENDIRIAN MAHASISWA PERAK UNIVERSITI MALAYA MENGENAI ISU PERAK

Institut beraja di negara telah bertapak di negara kita selama hampir 400 tahun sejak bermulanya empayar kesultanan Melayu Melaka dan kekal sehingga hari ini. Oleh yang demikian, institut beraja masih teguh walaupun beratus tahun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dari pihak-pihak yang ingin menjatuhkan institusi beraja pelembagaan di Malaysia. Maka dengan itu, saya terpanggil untuk menulis artikel ini akibat peristiwa yang berlaku di negara saya, iaitu Perak Darul Ridzuan. Rentetan peristiwa ini berlaku apabila berlakunya perubahan kuasa antara Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional dan hal ini berlaku apabila 3 orang adun Pakatan Rakyat bertindak keluar dari parti campuran itu dan mengistiharkan sebagai adun bebas dan menyebabkan Pakatan Rakyat kekurangan majoriti di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak dan bertindak menyokong Barisan Nasional.

Polemik ini menjadi berat apabila permintaan Dato Seri Ir Nizar Jamalludin, selaku ketua kerajaan Pakatan Rakyat memohon perkenan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan Dun ditolak baginda dan memberi laluan kepada Barisan Nasional membentuk kerajaan berdasarkan kekuatan 28 orang adun Barisan Nasional dan 3 orang adun Bebas berbanding Pakatan Rakyat 28 orang adun sahaja. Bahkan Dato Seri IR Nizar Jamaludin diminta untuk melepaskan jawatan Menteri Besar oleh Paduka Seri Sultan, tetapi beliau enggan meletakkan jawatan kerana merujuk kepada pelembagaan negeri iaitu artikel 16 (6), yang menyebut “ Menteri Besar diminta melepaskan jawatan apabila mendapat undi tidak percaya ketika sidang Dun dijalankan ataupun sidang Dun dibubarkan.” Oleh yang demikian timbul polemik antara pihak istana dan Pakatan Rakyat mengenai krisis pelembagaan negeri dan perlantikan Menteri Besar yang baru serta timbul isu saman kepada Paduka Seri Sultan Perak. Kalau kita melihat peristiwa di atas berlaku kes perderhakaan kepada Paduka Seri Sultan akibat kurang memahami pelembagaan negeri dan kurangnya meghormati institusi beraja.

Saya mewakili mahasiwa-mahasiswa Perak Universiti Malaya ingin menegaskan bahawa institusi beraja tidak perlu diheret kepada tujuan politik mana-mana pihak kerana jika tidak kesannya akan membawa padah yang buruk kepada institusi beraja itu sendiri. Hal ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa institusi beraja di Malaysia masih kukuh kerana tidak mempengaruhi oleh mana-mana elemen politik kerana sifat konsep institusi beraja di Malaysia adalah menjadi perantaraan rakyat dan pemerintah seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan dan negeri.

Maka saya ingin memohon cadangan kepada kebawah duli-duli raja-raja Melayu supaya membuat sidang khas majlis raja-raja supaya membincangkan masalah kuasa memerintah di Perak dan meminta perkenan untuk melantik Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong Tuanku Mizan untuk menjadi perantara atau orang tengah antara Paduka Seri Sultan Perak dan Dato Seri IR Nizar Jamalludin serta Dato Dr Zamby Abdul Kadir agar dibincangkan mengenai isu ini dan mengambil pendekatan “win-win situatioan” antara dua pihak. Hal ini kerana jika ianya dibiarkan berlarutan akan menyebabkan pepecahan sesama rakyat Perak dan merosakkan nilai perpaduan antara rakyat dan pemerintah.

Selain itu keyakinan kita sebagai rakyat Malaysia kepada institusi beraja wajar dikuatkan dan perlu didalami khususnya kepada golongan muda. Jika dilihat pada hari ini, tiada satu kumpulan dari golongan muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil tahu akan sistem beraja dan mengkaji sejarah institusi raja-raja Melayu serta menilai dan mengambil idea daripada titah-titah ucapan diraja. Kebanyakannya lebih banyak menumpukan kepada perjuangan peribadi dan politik. Oleh itu, saya juga berpendapat pihak istana seharusnya membuka ruang kepada golongan mahasiswa untuk berkongsi idea dan berdiskusi dengan institusi beraja agar nilai-nilai keyakinan terhadap keutuhan sistem beraja tidak hilang dengan begitu sahaja.

Sebagai penutup, saya tegaskan sekali lagi bahawa mahasiwa-mahasiwa Perak yang menuntut di Universiti Malaya ingin menyokong dan menjunjung daulat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, selaku Canselor Universiti Malaya dan seluruh keluarga kerabat baginda dan kami anak-anak Perak di sini berikrar akan mepertahankan institusi beraja pelembagaan di Malaysia terutamanya di negeri kami dan mendoakan negeri Perak kembali aman. Daulat Tuanku.

Oleh :JUANI MUNIR BIN ABU BAKAR
PRESIDEN,
PERSATUAN MAHASISWA PERAK DARUL RIDZUAN (PEMARAK)
ARAS 2, BLOK F, KOMPLEKS PERDANA SISWA
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.
juanimunir@yahoo.com

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya pun setuju juga...

Ikhlas dari,
Orang Parit Buntar...

Tanpa Nama berkata...

inilah pandangan orang yang berilmu..

Tanpa Nama berkata...

kalau sultan berjiwa rakyat,ikut perlembagaan negeri,x ikut nafsu....perkara ini takkan berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju dengan komentar ini...

Tanpa Nama berkata...

Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.

trolak tempat aku.

Brahim Nyior berkata...

Teman pun setuju, sebab kita tak tau apa jadi masa depan. Kalau PR kembali memerintah dan Sultan Azlan masih menjadi Raja, tidak molek jika hubungan kedua-duanya renggang disebabkan masalah sekarang.

Apa-apa pun, teman tengah nunggu PRK Bukit Gantang..