12 Februari 2009

Sakit atau buat-buat sakit ?

Berita dan ramalan yang saya terbitkan dalam blog ini kelmarin mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Exco kudeta di Perak ternyata benar semuanya. Ramalan kedua saya yang menyebut tiga ADUN lompat tidak terlibat dengan lantikan ini juga ternyata benar.

Persoalannya ke manakah mereka selepas ini ?, walaupun tidak dapat disahkan seratus peratus mereka bertiga tidak akan dilantik sebagai Exco namun ada berita yang saya terima bahawa Hee Yit Fong kemungkinan akan dilantik semula dalam kabinet kudeta itu sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.

Ternyata mereka lebih teruk dari pepatah sudah jatuh ditimpa tangga, apa kan tidak jawatan yang telah pun hilang dan melayang datang lagi bala yang bersilih ganti.

Kalau lah benar mereka telah di katakan mengalami penyakit yang teruk, paling tidak yang boleh disahkan ialah penyakit tekanan mental. Bayangkan sehingga ini gambar mereka yang tersiar sejak mereka melompat keluar dari Pakatan Rakyat hanya diambil di Istana sahaja.

Kalau lah benar hendak berkhidmat lebih kuat seperti didakwa Jamaluddin kenapa kena bersembunyi begitu lama dan tidak muncul di khalayak ramai.

Dengar khabar Hee juga tidak balik ke rumah sampai saat ini. Saya kasihankan kepada jiran dan rakan serta semua penyokong yang berkerja kuat untuk dia sampai menang di Jelapang. Seorang OKU yang begitu dihormati sebelum ini sekarang di caci dan di maki dan ada yang sudah berkumpul sambil membakar gambarnya.

Jamaluddin dan Osman sejak awal lagi bila mula muncul setelah surat dia berhenti jadi ADUN di terima oleh Speaker mula mendakwa sakit dan mendapat rawatan. Adakah mereka minta sakit atau buat-buat sakit ?

Sehingga kelmarin saya menerima berita dari Hospital Selayang bahawa Osman betul berada di CCU Selayang. Malah waran tangkap kerana beliau tidak hadir di mahkamah kelmarin dikaitkan dengan kesihatannya.

Jamaluddin mengemukakan surat sakit, lalu dia terlepas dari waran tangkap.

Sakit dan sembuh adalah kehendak Allah SWT, dan satu ujian bagi manusia yang beriman. Tetapi janganlah kita buat-buat sakit. macam cerita seorang yang buat-buat cerita emaknya mati sehingga dapat cuti, akhirnya emaknya betul-betul mati. Secara kebetulan atau tidak apa yang terjadi didunia ini kadang-kadang disebabkan ikhtiar dan doa kita juga. Allahu aklam.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang B-end pembawa penyakit...

Tanpa Nama berkata...

salam,ana mendoakan semuga osman sihat dari penyakit,muga dapatlah dia lihat dan lalui pentadbiran yang dirosakkan olehnya,sehingga kini adakah yb osman mengetahui brapa banyak mata golongan miskin yg sedang mengalirkan air mata bilamana harapan yang selama ini berputik kembali tiba2 hancur disebabkan oleh yb osman.
tiada apa yang diminta golongan ini selain hanya secebis perhatian penguasa adil,bila sudah dikawal menteri and exco haram,sume pihak dapat mengagak semua jenis bantuan dan inisiatif yang diperolehi sebelum ini dinafikan sebaik2nya oleh pemerintah haram ni.jika dlm persidangan DUN pun MB Haram tu menunjukkan sikap kebiadapannya.apakah ia akan berubah sekilip mata kepada sangat bersopan santun,TUIH...toksah harap.buat 2 adun yg istihar bebas trima kasey..........atas sumbangan ente be2 semuga dirahmati Allah dari dunie sampai akhirat.paling dak pun mintak Allah pelekas sikit pembalasannye kalo yg be2 ni salah.but selalunye makan masa yg lame bebenor baru dpt pembalasan.sebab Allah nak tengok ader ke idak yg trojun lubuk sekali.

Tanpa Nama berkata...

wat pasbangang mung dok tengok bideo atah nung,duk ngate istane dr rumah mb.

Unknown berkata...

pasbangang yang sebenarnya sakit mental itu sebab buat kenyataan macam tu insaflah sebelum ada yang makan kasut saiz 8 dengan sos cili nanti

Tanpa Nama berkata...

sakit btl2 baru tau..masa jumpe najib sihat je..mybe dapat byk duit

Tanpa Nama berkata...

Pasbangang ni salah seorang cybertrooper upahan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Drs,seandai ADUN Changkat Jering merasa tidak bersalah di atas pertuduhan ke atas nya meskipun sakit, datang berusung pun pasti sanggup.Tetap beliau dan ADUN Behrang telah membuat onar menyebabkan sebuah negeri menjadi kacau.Sekarang beliau merasa setiap gerak geri nya diperhati dan ikuti.Begitulah balasan bagi mereka yg curang dan rela harga diri dilacuri. Dang Ratna Kesuma Megat Darwis.

Tanpa Nama berkata...

YB, TERIMA KASIH KERANA MENERIMA SARANAN SAYA.
HARAP PUAK UMNO BN NI CELIK SIKIT, JGN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN2 KAMU YANG CELAKA ITU.

Tanpa Nama berkata...

YB, TERIMA KASIH KERANA MENERIMA SARANAN SAYA UNTUK MENYIARKAN VIDEO DIATAS.
HARAP PUAK2 UMNO BN NI CELIK SIKIT, JGN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN2 KAMU YANG CELAKA ITU

EQUILIBRIUM berkata...

sapa kata speaker takde? adun pakatan masih speaker tahu tak. sultan pun tak boleh pecat speaker. kalau pun kerajaan pakatan ditumbangkan speaker masih tak berubah selagi dun belum bubar atau dia tidak meletak jawatan.

caranya hanya satu. memalui undi tak percaya. tapi jenuh juga le adumamno nak memujuk speaker terima usul memecat diri sendiri. hee hee hee (tiru ketawa mahathir)

LeeZ berkata...

nak tanya... ada tak peruntukan MB untuk pecat speaker DUN??? Thanks...

Tanpa Nama berkata...

Usah dipeduli kata nista orang. Jika berada di jalan betul, mengikut undang-undang bertulis, niat kita untuk mendapat redha Allah, teruskan sahaja.
Kerja kita seterusnya ialah bawa kes ke mahkamah. di masa yang sama bekerja untuk menangkan Pakatan rakyat di dua Bukit yang kosong sekarang nih...

Tanpa Nama berkata...

Tiga ADUN tu tak dilantik jadi exco pun takpe. Deme dah kenyang kena suap. Tak abis makan tiga generasi.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB,
"Ternyata mereka lebih teruk dari pepatah sudah jatuh ditimpa tangga,.....dan ditimpa poster Najib "
Sejak kemelut politik di Perak ni blog YB dikunjungi oleh ramai orang..

Tanpa Nama berkata...

Salam ziarah buat tamu di laman Drs.Kpd sihalimunan "Pas bangang" mohon beradab bila bertandang.Anda tidak punya hujjah utk menyanggah.Lalu dizahirkan akhlak yg rendah.Orang Melayu punya akalbudi yg tinggi.Merujuk kpd senario siasah di Perak perlu byk mengkaji aspek undang undang dan perlembagaan.Tindakan Dato Ir Nizar masih "valid" spt pandangan Tengku Razaleigh.Dan dipersetujui ramai bloggers pro UMNO.Hanya "Pas Bangang" sahaja yg bahlol ultra dan ektrem melalu. Dang Ratna Kesuma Megat Darwis.