Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.
Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.
Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.
Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.
Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. AUN Bota , Nasharuddin Hashim yang mulanay berada dalam Pakatan Rakyat selama 11 hari juga kembali kepangkuan BN.
Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.
Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.
Dengan larangan itu berarti, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.
Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat.
Krisis perlembagaan di negeri Perak ini dilihat tidak akan berakhir sekiranya rakyat tidak diberikan hak untuk mengundi sekurang-kurang untuk DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
16 ulasan:
jeng..jeng..siapa yang kena. Unit Amal PAS sila bersedia di DUN perak. Samseng banyak berkeliaran nanti.
siap sedia... umat islam di Perak... kita bersatu menentang munafik yang merampas kuasa di Perak.... Mb Haram takkan kekal lama..... ALLAHUAKBARRRRR...!!!!! Kita jihad Fisabilillahh......!!!!!!
Hidup hidup!
Hidup rakyat!
Hidup hidup!
Hidup PR!
Hancur hancur!
Hancur be end!
Hancur hancur!
Hancur Najib al-tantuya!
SYABAS SIVAKUMAR...SYABASS...WALAUPUN DI UGUT OLEH PARTI KOMPONEN BN(polis diraja umno & SPRM ) anda terus berada di tahap yang membanggakan...teruskan perjuangan..utk menegakkan kebenaran dan keadailan...
Sivakumar adalah pejuang rakyat! beliau mepunyai pekerti yang luhur dan pegangan ideologi yang kukuh! Calang-calang orang boleh tunduk dengan wang dan harta puluhan juta RM yang ditawarkan, atau tidak pun dengan ugutan dan deraan yang diterima beliau oleh anjing-anjing BN iaitu polis dan SPRM malah orang yang lebih tinggi dari itu...
Tetapi tidak Sivakumar ini...aku berbangga mempunyai seorang pemimpin yang walaupun bukan satu agama denganku tetapi berani dan tabah. Syabas Sivakumar!
Tahniah YB Speaker Negeri Perak DR.
Jalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.
Nama mu dilakar dalam sejarah Negeri Perak DR sebagai seorang Speaker yang bertanggung jawab, berani dan amanah mempertahankan hak rakyat dan perlembagaan Negeri Perak DR.
MAKKAL SAKTI.
janganlah katae polis anjing...ksian lah merraeka juga hamba ALLAH . berdakwahlah secara berhemah
aku ase malu kat speaker perak,wpun dia non-muslim,tp peribadinya mencerminkn dia seorg yg teguh kpd perjuangan. xmcm jamaludin n osman jailu..nama ja islam,tp sanggup gdai maruah diri semata2 wang..rendhnya martabat pemimpin tue bla menerima rasuah..krna nila setitik,rosak susu sebelanga..
YB,
Walauapapun mesti ada plan b,plan c, plan d dan seterusnya, bijak menjangka tindakan UMNO dalam mengagalkan sidang ini.. jangan leka
dan walaubagimanapun DUN Perak mesti dibubarkan secara sah supaya umno akan ternganga!!
Well done speaker.
YB Sivakumar man to watch. Baru lah makhal Sakti aka Ketuanan Rakyat.
Unit Amal tentukan keselamatan speaker.
YB Sivakumar is the Malaysian future politicians and you bet.
Daulatkan rakyat.
Drs,Mengambilkira kejadian yg berlaku di Parlimen tempohari,Sidang Dewan Undangan Negeri Perak akan turut menjadi perhatian media dlm dan luar negeri.Rasa nya Al Jazeera,CNN. Reauter dll akan skop setiap sessi sidang nanti.Semoga pasukan keselamatan akan bersikap profesional dlm menjlnkan tugas.Di samping Pemuda UMNO tidak "childish" dlm tindakan mereka.Mana mana pihak yg emosi akan diterjemah keputusan nya dipeti undi PRK Bkt Gantang. nanti.Kpd semua ADUN ,Selamat bersidang.Jadilah wakil rakyat dibanggakan pengundi.Usah di calari Sidang Dewan Undangan Negeri. Nona Ratana Chulaborn.
PR 3 BN 1; Terus lebarkan kedudukan anda. Jangan biarkan BN bangkit..
tahniah YB Siva. Teruskan usaha demi keadilan. Kami menghormati kamu sebagai speaker, walaupun diri kamu dan keluarga terancam oleh budaya samseng UMNO dan BN. Walaupun dah merdeka buadaya dan watak kuno dan tidak bertamadun. Provokasi bangsa sering dilaungkan oleh UMNO supaya melayu, cina, india bergaduh.percayalah YB. kami dari PAS tetap dengan prinsip berdiri teguh atas prinsip keadilan untuk semua, tanpa mengira ras keturunan. Jasa mu tetap dikenang dalam sejarah PR memerintah perak seperti sejarah yang ada pada hari ini. Kitalah pejuang untuk negeri kita yang telah dirosakkan oleh UMNO 50 tahun. Pemimpinnya yang berebutharta sedangkan rakyatnya lama menderita.
Semoga cahaya petunjuk ALLAH akan menyinari tuan YB Speaker.. InsyaALLAH.
Kami bukan melayu Islam Hadhari!
Tahniah YB Siva!!! teruskan perjuangan dengan berlandaskan undang-undang yang telah diperuntukkan, mari kita benamkan be end ke jurang yang dalam melebihi jurang mindanao agar be end terus berkubur tanpa nisan dalam semua pilihan raya yang ada. Takbir!!!
yb speaker & yb pr teruskan perjuangan rakyat amat berharap kemakmuran.
Catat Ulasan