01 Mac 2009

Speaker Perak cuba dihalang panggil sidang tergempar

IPOH: Krisis perlembagaan di Perak semakin menarik apabila sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speaker dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar, Selasa ini, dikatakan cuba dihalang oleh Penasihat Undang-Undang negeri. Satu tindakan yang melangkaui bidang tugas beliau yang sebenarnya.

Notis pemberitahuan bagi mengadakan sidang tergempar itu sudah dihantar kepada Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, tetapi Sivakumar mendakwa beliau dimaklumkan Penasihat Undang-Undang negeri cuba menghalang dengan tidak membenarkan notis itu diedarkan.

Pada sidang media di pejabatnya di sini semalam, Sivakumar menyifatkan tindakan Penasihat Undang-Undang negeri mencampuri bidang kuasa Speaker sebagai pencabulan dan pertindihan kuasa antara eksekutif dan legislatif.

Speaker dari Pakatan Rakyat itu memanggil sidang berkenaan bagi membincangkan dua usul berkaitan krisis perlembagaan negeri, tetapi Menteri Besar kudeta, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Ahli Exco kudetanya dan tiga wakil rakyat Bebas tidak dibenarkan hadir.

Dua usul berkenaan dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dan Adun Titi Serong (Pas), Drs. Khalil Idham Lim Abdullah yang diterima pada 24 Februari lalu.

Drs. Khalil mengemukakan usul menyokong Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, sementara Chang mengusulkan supaya persidangan diadakan bagi menyokong pembubaran DUN.

Sivakumar berkata, sidang itu turut diadakan bagi menolak pelantikan Zambry yang juga Adun Pangkor, sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata, Speaker mempunyai kuasa mengadakan persidangan tergempar mengikut Perintah Tetap 8 dan 11.

Mengikut Perintah Tetap 8, Speaker boleh mengadakan mesyuarat penggal baru atau sebelum diadakan semula mesyuarat dewan dengan notis 14 hari. Bagaimanapun, notis 14 hari tidak diperlukan jika Speaker mengadakan sidang tergempar dan mesyuarat boleh dilakukan seberapa segera.

Perintah Tetap 11 pula menyatakan mesyuarat dewan dalam setiap penggal hendaklah diadakan pada hari tertentu dan bermula dari suatu waktu, seperti yang ditetapkan oleh Speaker.

"Sebagai Speaker, saya meminta diadakan sidang DUN terlebih dulu untuk mendapatkan undi majoriti. Selepas mendapat keputusan undi itu, baru pelantikan boleh dibuat.

"Justeru, saya sudah menulis surat untuk memanggil semua anggota dewan bagi menghadiri sidang tergempar itu dan surat berkenaan diserahkan kepada setiausaha DUN untuk diedarkan," katanya.

Tiga wakil rakyat Bebas, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) pula sudah meletakkan jawatan sebagai Adun selepas meninggalkan parti masing-masing dalam Pakatan Rakyat.

Ditanya apakah tindakan memanggil sidang tergempar itu mencabar kuasa Sultan, Sivakumar menegaskan beliau hanya mengikut prosedur dan peraturan sebagai Speaker.

Katanya, sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa.

Setiausaha Majlis,Abdullah antong berkata "Penasihat Undang-Undang masih dalam proses untuk menjawab permohonan itu sama ada persidangan tergempar itu boleh diadakan atau sebaliknya," katanya yang menjangka keputusan itu akan diperoleh selewat-lewatnya, Isnin ini.

Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau terpaksa mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-undang negeri kerana kes itu belum pernah dilakukan Speaker sebelum ini.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..saya rasa ada pihak tertentu yang tak suka tindakan yang di ambil olih speaker dun perak.ada yang sewenang wenangnya menyatakan speaker melanggar kuasa sultan untu mengadakan sidang tergempar..kenapa segala tanggapan ini berlaku?.. jwpannya mudah,50 hn umno/bn telah menyorokkan peraturan2 ini,hatta pihak istana pun di kongkong olih penyangak politik ini.haruslah kita akui iaitu speaker pakatan rakyat ini telah mula berjaya memecahkan cengkerang umno/bn,secara langsung dapat memulihkan nama baik istana perak dan dapat memberi satu ilmu kepada rakyat..

Idham Lim (林川興) berkata...

Kita cuba dimomokkan dengan kononnya kita membelakangi Sultan kalau mereka sudah terdesak, inilah tandanya UMNO adalah penderhaka kepada raja, dengan mudah beselindung.

azhar berkata...

salam..sekarang macam macam depa kata kena perkenan sultan lah..betuike peraturan tu..saja deme menambah..deme ingat PAKATAN RAKYAT ni bodo ka..kita kena rujuk lawyer dulu..itu yg penting..YM Sultan fikirle baik 2 jangan kena main dengan UMNO lagi ...rakyat marah..Sultan tu bukan orang UMNO punye..

Tanpa Nama berkata...

walauapapun terjadi teruskan sidang tergempar itu kami rakyat negeri perak tak sanggup lagi hidup dibawah be end yang jahanam.semoga kita beroleh kemenangan mutlak.... kemenangan kian menjelma ....insya allah TAKBIRRRRR....

Tanpa Nama berkata...

YB..korang jangan peduli..ada ruang yg dibenrkan undang2 ambil kesempatan tu,.. cuma teman harap sangat2 keselamatan kome semua kena jaga baik2. Unit amal tolong escort semua YB PR nak harap polis deme sekarang ni dah tak bole dipercayai dah.... tolong vetting semua prog prioritykan keselamatan.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Betul tu apa yang dikatakan oleh anonim 19.11.Saya pun harapkan semua yb jaga keselamatan masing2 termasuk anak-isteri semua. kut2 depa culik n ugut plak. terutama yb sivakumar, sebab dia ada power lebih. sekian wassalam.

Power Renjis berkata...

nampak gayanya umo semakin kalut..malu pasti milik umno

Tanpa Nama berkata...

Drs,Pandangan tamu 19.11.30 dan 20.39.00 mohon di beri pertimbangan serta perhatian oleh semua ADUN PR.Maaf kira nya saya curiga BN akan melakukan apa jua demi mencapai matlamat mereka masakini.Semoga ALlah melindungi dan memberkati para YB yg ikhlas demi Illahi dan para pengundi.Semarak salam jua. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

salam.. untuk saudara azhar.. sultan x bodoh sebenarnya, mana mungkin dia bodoh sedangkan dia pernah menjadi hakim negara. dan juga bukan dia kena main dgn umno pun.Sebenarnya sume psal rel berkembar MMC-Gamuda. Raja Eleena ada syer kt sane, payment dh sangkut sbb masalah di laluan Ipoh-utara. Sangkut pula di Seberang Jaya sbb tk submit pelan dan feesnya.
Najib ulamkan sultan nk release part payment. Tu je. (harapan63)
lihat disini>>>http://stocktube.blogspot.com/2009/02/perak-pr-bn-and-gamuda-its-all-about.html