01 Mac 2009

Kenaikan tol ditangguh kerana pilihanraya kecil ?

Kabinet hari ini menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol bagi lima lebuh raya seperti yang diumumkan semalam.

Kerajaan juga memberi jaminan kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan itu dibuat sehingga ke satu tempoh yang belum ditentukan lagi, bergantung pada kemampuan kerajaan

Penangguhan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai usaha untuk menarik hari rakyat dari tidak menyokong calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Kedua-dua tempat itu melibatkan Lebih Raya PLUS yang pada awalnya disenaraikan salah satu dari 5 lingkaran tol yang dinaikkan harganya.

Inilah taktik terdesak BN yang sering kita lihat. Sesudah Piliharaya mereka akanmw menaikkan harga TOL sebagaimana rencana asal yang telah diumumkan, itulah yang kita faham.

4 ulasan:

Power Renjis berkata...

taktik lama..makan tuan jugak akhirnya

Tanpa Nama berkata...

Ini semua retorik BN untuk bermain dengan sentimen rakyat. Mereka sememangnya tahu yang rakyat akan marah jika tol dinaikkan. Bagaimana cepatnya mereka mengumumkan kenaikan begitulah cepatnya mereka mengumumkan penangguhan. Pengumuman kenaikan dan penangguhan dalam masa yang singkat sebenarnya telah dirancang dari awal..ini adalah taktik BN yang perlu diketahui oleh orang ramai..

Tanpa Nama berkata...

Dalam utusan baru2 ni ada gambar utama khir toyo ditahan polis sebab hantar memorandum.. jadi saya pun ramalkan akan keluar tajuk beria keesokannya:

"Bukti Polis tidak berat sebelah"
rupanya betul ramalan saya..

Jadi kes tol diturunkan balik ni, saya ramal esok akan ada tajuk utusan

"Turun harga tol bukti kerajaan prihatin"

rasanya lah...
kalau keluar esok, PRU 13 nanti pangkah PR!

Tanpa Nama berkata...

x payah komen rasanya.. org umno pun tau kot kenapa jadi mcm ni? biar dia jawab sendiri jer.. kita teruskan perjuangan isnyaAllah. takbirrrrrrr!!!!!!! (harapan63)