01 Mac 2009

China kenakan hukuman berat terhadap amalan rasuah dan jenayah komputer

China akan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap amalan rasuah dan jenayah komputer.

Ini terkandung dalam draf pindaan Undang-undang Jenayah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China hari ini.

Menurut pindaan undang-undang itu, tindakan ahli keluarga dan sahabat kakitangan awam yang mendapat keuntungan daripada hubungan baik mereka akan disabitkan bersalah buat kali pertama

Menurut peraturan terkini, "hacker" yang mencuri maklumat dengan menggunakan teknologi komputer dan menguasai komputer orang lain secara haram pula akan dikenakan tindakan undang-undang. Badan kewangan dan telekomunikasi yang membocorkan maklumat peribadi juga akan di kena hukuman

2 ulasan:

Unknown berkata...

BILE LAGI PEMIMPIN UMNO NAK SEDAR

Brahim Nyior berkata...

Tuan, seketat dan sehebat mana pun undang-undang, tapi kalau tak dilaksanakan oleh agensi yang berkenaan, tak ada gunanya.

Ambil contoh, di Malaysia, undang-undang berkaitan rasuah sebenarnya sudah cukup ketat (cuma tak menggerunkan), tetapi pelaksanaannya dibuat secara berpilih-pilih, dan hanya bilis yang selalu jadi sasaran. Jerung biasanya terlepas dek kedudukan dan pangkat yang dimiliki.

Itu sebabnya rasuah semakin membudaya dan subur di negara kita ni..