30 Mac 2009

20 tanding tiga pilihan raya kecil, 15 di Bukit Selambau

Tiga pilihan raya kecil serentak - di Perak, Kedah dan Sarawak - menyaksikan 20 calon bertanding termasuk seramai 15 orang merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Daripada tiga kerusi yang dipertandingkan, 15 turun gelanggang Bukit Selambau dan tiga di kerusi Parlimen Bukit Gantang manakala dan dua lagi di DUN Batang Ai.

Ini kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini sehingga 15 orang bertanding.

Jumlah teramai sebelum ini ialah lapan calon pada pilihan raya umum negeri di Sabah.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang, menyaksikan saingan tiga penjuru antara bekas Setiausaha dan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang, Ismail Saffian (BN); Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas).

Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang.

Kamarul merupakan seorang usahawan berusia 41 tahun dari Taiping.

Pada sidang media di bangunan Majlis Perbandaran Taiping, Taiping selepas proses penamaan calon berakhir, Nizar menganggap pilihan raya kecil ini sebagai refendum ekoran krisis politik yang membawa kepada tumbangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat awal bulan lalu.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassan pula berkata, pilihan raya kecil ini bukan satu refendum sebaliknya satu peluang merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Dalam pilihan raya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh calon PAS yang meninggal dunia awal bulan lalu.

Calon BN, Ismail pula berkata, beliau sudah bersemangat untuk menemui pengundi bagi mendapatkan sokongan.

"Saya anak tempatan dan kenal rapat budaya tempatan... jadi tidak nampak sebab mengapa saya tidak boleh mendapat mandat penduduk sini," katanya.

Kamarul pula berkata, pihaknya mahu memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memilih wakil rakyat di sebalik kemelut politik semasa.

Status sah ketiga-tiga calon ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Datuk Mahmud Morsidi pukul 11.26 pagi tadi.

Penamaan calon berlangsung dari pukul 9 pagi selama sejam dan disusli oleh sesi bantahan yang menyaksikan tiga bantahan dibuat iaitu satu ke atas calon BN dan dua lagi ke atas calon Bebas.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BN meletakkan muka baru Malcom Mussem Lamoh, 49, yang akan berdepan dengan Jawah Gerang, 55, dari PKR, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu bagi lima penggal.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini pada pukul 11 pagi.

Kerusi kawasan itu kosong berikutan kematian penyandang kerusi dari BN bagi empat penggal, Datuk Dublin Unting Ingkot, yang juga Pembantu Menteri Sukan dan Pertanian Sarawak dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

Sementara itu seramai 15 calon bertanding merebut kerusi DUN Bukit Selambau.

Berdasarkan kedudukan calon atas kertas undi, mereka terdiri daripada R. Loganathan (guna simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR) dan Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau).

Calon lain ialah Abdul Rahim Abdul (Jam Loceng), L.Sarala (Basikal), S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Mogankumar (Buku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M. Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

Pengundian akan diadakan 7 April ini. mstar.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ok lah tu boleh catat dlm Malaysia Book of Rekod.. di Terengganu nenek tertua masuk bertanding.. d Kedah 15 org masuk bertanding... Malaysia Boleh!... apa2 pun kita lihat siapa yg menang...

Bangsa Cina Malaysia berkata...

Insyaallah MB nizar akan menang besar.

Ameen.

Juraimi Zainal berkata...

insyaallah kemenangan akan berpihak kpd DS M Nizar amin

Tanpa Nama berkata...

Sekadar berkongsi kesyukoran, saya akan pulang ke Malaysia, selain berjumpa ibu bapa, akan memangkah BULAN di Bukit Gantang 7 Apr. Walaupun satu undi, saya akan merasa PUAS...Ya Allah permudahkanlah perjalanan hamba mu ini.

Taiping

Tanpa Nama berkata...

Selamat pulang tanpa nama 4:31!Moga Allah mudahkan segalanya.