30 Mac 2009

Referendum rakyat di Bukit Gantang, PAS menang pusingan pertama

Banyak yang mempersoalkan saya bila meletakkan jumlah penyokong BN sehingga 5000 orang,katanya sekitar 3000 orang sahaja. Begitulah sedikitnya orang BN yang keluar untuk memberi sokongan kepada calonnya.

Yang paling malang, laungan "hidup melayu" yang kedengaran sayup-sayup dari pihak BN bila diperiksa kembali adalah laungan dari seorang India. Baguslah masih ada orang India yang boleh diharap untuk melaungkan kalimat "berkarat" itu. Persoalannya kemanakah orang Melayu sehingga mereka semacam tidak mahu keluar di hari penamaan calon kelmarin.

Gelombang rakyat yang saya namakan satu "referendum rakyat" adalah suatu perkara yang tidak dapat dinafikan sehingga Timbalan Presiden UMNO yang hadir sama memberi gambaran sebaliknya dengan ramainya penyokong PR yang berkumpul.

Katanya ramainya orang bukan menggambarkan sokongan yang sebenarnya kepada PR, itulah yang saya faham.

Tetapi Muhyiden mesti faham itulah realiti yang telah terbentang dihadapan matanya, semacam seorang yang dalam keadaan sakit tenat, UMNO dilihat sebagasi pesakitnya, apapun ubat yang dihulurkan dia akan makan walaupun terasa pahit ataupun manis.

Itulah realiti yang UMNO telah hadapi kelmarin. Semuanya mesti diterima oleh UMNO walaupun dia sudah banyak keluarkan "dalih" , namun "dalilnya" Umno telahpun ditolak oleh lautan manusia yang menyebelahi calon PAS.

Tersangat malang pergaduhan dengan saling lempar botol air sesama sendiri dan sempat disaksikan oleh banyak pihak termasuk wartawan adalah tragidi yang memperlihatan pertahanan BN dalam keadaan kucar kacir.

Serangan rakyat di Taiping kelmarin tidak mampu ditangkis sehingga pertahanan BN jadi kucar-kacir. Mereka berbalah sesama sendiri dengan alasan yang belum dipastikan.Namun jentera PAS sangat menyedari pangadil, penjaga garisan sedang memihak kepada BN.

Insya Allah apa yang disakasikan kelmari akan diterjemahkan oleh rakyat Bukit Gantang pada kertas undi maing-masing pada 7 April nanti. KIL.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang paling malang, laungan "hidup melayu" yang kedengaran sayup-sayup dari pihak BN bila diperiksa kembali adalah laungan dari seorang India. Baguslah masih ada orang India yang boleh diharap untuk melaungkan kalimat "berkarat" itu... fenomena paling lucu didunia

Tanpa Nama berkata...

Bila datang bantuan Allah ke atas golongan yang lemah, maka antara mereka sendiri akan berkelahi....pergantungan kita kpd Allah semata2 kerana Dia yang menentukan akhir keputusan... aiman

Unknown berkata...

namun tactic2 kotor BN/UMNO/SPR tidak boleh diperkecilkan.

Tanpa Nama berkata...

kita tak boleh over confident...berkerja keras hingga ke akhirnya...

hamba ALLAH yang hina berkata...

Kita jangan lupa bahawa ALLAH itu ada..
DIA lebih berkuasa dari segala-galanya..
YA ALLAH,BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA PEMIMPIN KAMI MUHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN DALAM PILIHANRAYA KALI INI YA ALLAH..BANTULAH KAMI DALAM MENEGAKKAN YG HAQ DAN JAUHKANLAH KAMI DARI PIMPINAN YANG ZALIM YA ALLAH.
AMIN YA RABBAL'ALAMIN

Tanpa Nama berkata...

yb salh fakta tu yang baling abotol air tu di tujukan kepada yb kapal singh. harap yb perbetulkan fakta supaya pelayar internet tidak keliru. yb karpal singh teleh membuat report polis dalam kejadian tersebut.