22 Mac 2009

ARTIKEL LUCU : MAHATHIR DAN ZAID, SIAPAKAH YANG TIDAK WARAS?

Dr Fikrah

Mahathir begitu marah dengan kenyataan Datuk Zaid yang meminta supaya Yang Dipertuan Agong tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri. Sehingga Mahathir menyifatkan Zaid sebagai katak, dan Yang Dipertuan Agong tidak akan dengan kata-kata katak. Selain itu, Zaid juga dikatakan sebagai tidak waras kerana mengemukakan kenyataan tersebut.

Soalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah, siapakah yang tidak waras, dan siapakah yang dikatakan sebagai “katak”? Jawapannya, sudah pasti mereka yang menyebelahi pandangan Zaid, akan mengatakan bahawa Mahathir adalah tidak waras, dan katak. Manakala mereka yang menyebelahi Mahathir pula, akan mengatakan bahawa Zaid adalah tidak waras dan katak.

Mari kita ukur dengan pandangan kita pula. Terdapat sebuah cerita lucu yang saya petik daripada sebuah akhbar...

Satu ketika, seorang pemimpin negara melawat Hospital Sakit Jiwa. Di dalam hospital tersebut, terdapat pelbagai kelakuan yang pelik, dilihat oleh pimpinan negara tersebut. Sampai di satu bilik, beliau terlihat seorang pesakit yang sedang memancing tanpa kail di dalam sebuah baldi. Dia terasa geli hati melihat gelagat pesakit jiwa tersebut, lalu bertanya “ikan apakah yang sedang engkau pancing?” Orang gila tersebut menjawab dengan penuh perasaan “Engkau sudah gilakah, mana ada ikan di dalam baldi ini!”

Cerita ini, menceritakan bahawa orang gila telah menuduh seorang pemimpin sebagai gila, kerana bertanya soalan yang tidak masuk akal. Siapa sebenarnya gila? Adakah pesakit atau pemimpin? Atau kedua-duanya gila, atau kedua-duanya tidak gila? Sebelum saya menjawab persoalan ini, saya ingin kemukakan teori yang kedua, juga agak pelik.

“Orang gila tidak akan mengaku dia gila”

Saya bertanya semula, “orang yang waras pun tidak mengaku dia gila!” Jadi, siapakah yang gila sebenarnya?

Di dalam situasi yang sedang kita bincangkan hari ini, Mahathir telah menuduh “tidak waras” kepada Zaid adalah satu tuduhan yang agak memalukan dirinya sendiri. Seoalah-olah Mahathir tidak professional di dalam membuat kenyataan. Anda boleh baca sendiri kata-katanya yang terlalu kesat yang dilemparkan kepada Zaid.

Saya tidak menuduh sesiapun gila, sebaliknya, ingin menegur Mahathir supaya tidak menuduh orang “tidak waras”. Ini kerana Zaid adalah waras, dan dia dituduh tidak waras.. Jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu tuduhan yang tidak berasas, dan tidak boleh digunapakai. Oleh itu, kata-kata Mahathir tersebut, langsung tidak boleh digunapakai.

Seperti pesakit jiwa tadi yang menuduh pemimpin tersebut sebagai gila, sedangkan dia mempunyai hujahnya untuk mengatakan pemimpin itu gila. Tetapi, Mahathir tidak punya bukti untuk mengesahkan ketidakwarasan Zaid. Jadi, adakah Mahathir lebih teruk daripada pesakit jiwa tadi? Saya tidak menuduhnya sebegitu, tetapi sekadar melontarkan sesuatu untuk dijadikan pengajaran bersama.

Selain itu, kenyataan Mahathir itu juga, adakala mencuit hati, apabila dia menyifatkan Zaid sebagai katak, dan Agong tidak akan mendengar kata-kata si katak. Tetapi yang saya peliknya, Mahathir mendengar kata-kata si katak dan mengambil perhatian pula dengannya. Tetapi, dia tidak membenarkan Agong berbuat sepertimana yang dilakukannya.

Selain itu, Mahathir juga telah mengemukakan kenyataan yang memalukan buat kali kedua dengan penggelaran “katak” itu. Sudah pasti, sekiranya terdapat seorang pesakit jiwa yang mendengar kata-kata tersebut sudah pasti mereka akan mengatakan bahawa Mahathir adalah seorang yang gila, kerana Zaid dan katak langsung tiada persamaan, tetapi Mahathir boleh menyamakannya! Sama seperti cerita tadi bukan?

Oleh itu, pengajaran yang boleh diambil daripada artikel ini ialah, janganlah menuduh orang sembarangan atau menggelar dengan sesuka hati. Orang yang gila pun, mereka tetap makhluk Allah, bahkan mereka tidak berdosa disebabkan gila mereka. Katak juga makhluk Allah yang menjalankan amanahnya setiap hari, sekiranya katak sudah tidak menuruti perintah Allah, sudah pasti manusia pun akan menjadi makanan katak! Tetapi manusia lebih teruk daripada itu.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

5 ulasan:

Unknown berkata...

tun dah makin risau dan tak sedar apa yang dia cakap. jika benar apa yang zaid cakap, buat apa tun nak menyibuk? boleh pulak samakn diri sendiri sengan agong. biadab!

Tanpa Nama berkata...

WAkakakakaka... lawaknya...
chedet.. chedet...
So aku xnk tuduh chedet dah nyanyuk laa.. takut aku yg dikatakan nyanyuk plak.. cuma aku nak kemukakan soalan jer.. mahathir ni dah nyanyuk ke?
wakakaka....

Alah.. dia back up si najis tu ada sebab. dia x tahu si najis tu lebih ganas dari dia apabila berkuasa nnt. kita ni rakyat dah biasa dizalimi.. kita mmg dah bersedia untuk terima semua tu. Skrg ni nada chedet dan si najis tu sering ada persamaan. cuma chedet kadang2 seperti membelasah najis tu jer.. bkn apa, biasa la kan keturunan mamak. belit mau lebih. aku dah x caya kat ko dah mahathir. Klau jumpa ular dah chedet.. bunuh la ci chedet tu dulu.. dia lagi kuat belit dari ulat tu. siap patuk siap telan lagi... wakakakakka...

(YB Hasan Rahman ADUN BN Sg.Rambai, Melaka) tel:0196265625

Tanpa Nama berkata...

Aku pada tahun 1974 pernah interview dia ni, nampak cengeee tapi hangpa cium tangan diaa, khasnya pemuda dan pemudi serta tok nenek dan tok haji dan lebai UMNO, dan dapat duit "raya" dan kalau tanya dia pasti dia kata hangpa la gila, cum tangan aku bok pa

Tanpa Nama berkata...

salam pada CIna ISlam.....

saya nak kata tak sokong mahathir, saya sokong 100%.... saya memang salute dengan Bekas Perdana Menteri kita ni... memang betol pun si Zaid tu katak dan tak waras, memandai jer dia kata Najib tak layak jadi PM.... memang dia katak!!!!

Dia tak sedar ke saper lantik dia jadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dulu??? memang jahat Si Zaid nih!!!!

Sahaja nak memporak-peranda kan Negara Kita.....

Tanpa Nama berkata...

zaid tu saje jer buat kacau..
dia kan x dpt sokongan daripada geng2 umno.
sb tu buat statment nk dpt publisiti.
zaid tu mangarut jer..merepek jer..
Pas dan Pkr x nak ambil zaid ker?
hahaha...jgn jgn..nanti hancur lebur..
hahahaha...