Oleh : Muhaimin Sulam
Fenomena pelajar Malaysia di UK duduk satu rumah bercampur antara lelaki perempuan adalah perkara biasa. Ada yang campur serumah sesama orang Malaysia dan ada juga campur serumah dengan pelajar internasional.
Satu rumah bersama lelaki Afrika dan Sepanyol, campur perempuan Jerman dan ada gadis Melayu. Tiada siapa yang hendak sibuk membuat laporan kepada ibu bapa mereka di tanahair. Di sini tiada pasukan pencegah maksiat ataupun ustaz yang sukarela memberikan pemantauan terhadap hal ini.
Alasan yang paling mudah ialah 'darurat'. Entah ustaz atau ulama mana yang buat hukum sedemikian. Namun, rata-rata menjadikan alasan 'darurat' itu sebagai satu jalan mudah duduk satu rumah bercampur lelaki dan perempuan. Latar belakang pendidikan agama seperti sekolah agama atau dari keluarga orang yang dihormati seperti anak haji atau ustaz bukanlah satu jaminan untuk menghalang fenomena ini berlaku.
Memang mereka bukan berniat untuk tinggal bercampur tetapi kebanyakan mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelak hal itu berlaku.
Darurat
Penggunaan istilah 'darurat' sering digunakan bagi mengesahkan semua tindakan. Seperti buka tudung bagi pelajar perempuan kerana khuatir keselamatannya diancam kerana konon wujudnya sentimen anti-Islam di sini. Makan daging yang tidak disembelih oleh orang Islam. Tidak sembahyang Jumaat kerana ada kelas. Cuma satu sahaja yang mungkin tidak dibuat: makan babi! Itupun barangkali kerana orang Melayu sudah dididik membenci babi sejak kecil lagi.
Alasan lain adalah kerana untuk menjimatkan duit perbelanjaan. Meskipun pihak kerajaan memberikan elaun yang mencukupi tetapi sering dijadikan alasan untuk menyatakan sebaliknya. Sesetengahnya mengatakan duduk bercampur satu rumah samalah seperti tinggal dalam satu hotel. Macam-macam alasan yang diberikan. Semuanya untuk mengesahkan tindakan mereka tinggal bercampur lelaki perempuan dalam satu rumah sebagai tidak salah.
Aku percaya, mereka tidak akan buat perkara itu jika berada di Malaysia. Mungkin kerana cara itu tidak diterima dalam budaya tanahair. Ia seperti lebih kepada faktor budaya dari faktor agama. Jika faktor agama, mereka tidak akan berbuat demikian. Seolah-olah agama Islam hanya sesuai diamalkan di sesetengah tempat.
Jika berkesempatan menonton rancangan televisyen 'Friends', itulah gambaran kehidupan remaja dan anak-anak muda di Barat. Mereka yang berumur melebihi 17 tahun ke atas bebas daripada kawalan ibu bapa mereka. Mereka boleh tinggal serumah dengan teman lelaki atau perempuan mereka. Itu adalah jaminan dalam undang-undang mereka.
Mereka boleh berkeluarga dan mempunyai anak tanpa nikah. Yang perlu mereka mendaftarkan nama kepada Majlis Perbandaran (City County) sebagai pasangan untuk mendapatkan beberapa faedah (benefit) kebajikan daripada kerajaan seperti elaun anak, elaun susu dan sebagainya.
Selain itu, ada faktor lain yang menyebabkan fenomena itu berlaku. Antaranya nasihat dan pandangan daripada beberapa pelajar senior yang memesongkan pemikiran mereka. Memang yang datang belajar ke UK ini kebanyakannya bijak, IQ tinggi dan pintar belaka. Namun, itu tidak memadai untuk menjadi pendinding kepada budaya baru yang memuja kebebasan.
Bijak mereka bukan pada memahami hakikat kehidupan beragama tetapi kepada mata pelajaran sahaja. Mereka kalah dengan 'hujah bodoh' sesetengah pelajar senior. Oleh kerana mereka orang baru, kebanyakan 'nasihat bodoh' akan ditelan tanpa so
al jawab. Kejutan budaya menyebabkan sesetengah pelajar muda terperangkap kepada kekeliruan yang merosakkan diri mereka.
Asrama Campur
Sesetengah universiti, tidak ada konsep asrama yang berasingan antara lelaki dan perempuan. Bagi mereka, tiada perbezaan antara lelaki dan perempuan. Ini mungkin hasil daripada perjuangan hak sama rata tanpa mengenal gender. Satu rumah yang berkongsi bilik air, ruang tamu dan dapur biasanya untuk lima atau enam orang.
Setiap orang mempunyai bilik yang berasingan. Hampir semua rumah di UK terdapat hanya satu bilik air sahaja meskipun rumah tersebut mempunyai tiga atau empat bilik. Ada yang menyebut macam filem P. Ramlee, �Pendekar Bujang Lapuk�. Mereka tinggal satu rumah tetapi diasing-asingkan dengan bilik. Paling tidak dalam filem itu, si Bujang Lapuk tidak boleh berbuat sewenang-wenangnya kerana ada Pendekar Mustar yang mengawal rumah tersebut.
Tiada larangan untuk pelajar lelaki masuk ke bilik pelajar perempuan begitu juga sebaliknya. Mereka melayan lelaki dan perempuan sama. Oleh itu, mereka bebas untuk datang ke bilik kawan meskipun pada malam hari. Tiada siapa yang melarang. Semua sudah besar panjang dan bijak pandai.
Tidak ada yang sibuk menjaga tepi kain orang. Yang penting kawan serumah itu tidak mengganggu ketenteraman dan keselesaan dirinya untuk belajar di bilik mereka. Jika tidak, mereka boleh lapor kepada pihak universiti. Biasanya tindakan akan dibuat oleh pihak universiti atas alasan mengganggu orang lain.
Kadangkala mereka berasa susah hati kerana terpaksa berkongsi satu peti ais dengan penghuni lain yang menyimpan babi dalam peti tersebut. Bayangkan ayam halal bercampur dengan daging babi dalam satu peti ais.
Walau bagaimanapun, setiap pelajar mempunyai hak untuk memohon rumah yang tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. Itu bergantung kepada kekosongan ataupun budi bicara pihak pengurusan penginapan universiti.
Ramai ibu bapa di tanah air tidak mengetahui keadaan kehidupan anak mereka di sini. Bahkan, jika mereka mengetahui anak mereka duduk bercampur, mereka mungkin diberikan pandangan yang mengelirukan oleh anak-anak mereka di sini. Akhirnya, ibu bapa di tanah air seperti terpaksa �merestui� keadaan anak mereka. Ibubapa diyakinkan bahawa keadaan mereka benar-benar darurat, terpaksa dan tiada pilihan.
Kadang kala akupun pelik juga, ada juga ibu bapa yang membenarkan anak mereka tinggal bercampur. Mungkin kerana jiran mereka tidak tahu atau kawan-kawan satu kampung tidak tahu. Jika tahu, tentu mereka akan malu. Maknanya, mereka hanya malu pada jiran atau rakan-rakan sekampung, satu pejabat atau setaman mereka.
Satu perkara yang menarik di UK adalah masyarakat mereka amat menghormati cara hidup dan kepercayaan termasuklah agama seseorang, termasuklah Islam. Malangnya, terdapat juga sebilangan orang Islam yang malu untuk berfikiran dan bertindak sebagai seorang Muslim. - tajdid

22 ulasan:
bukan perkara biasa tapi jarang-jarang, 5% sahaja, 95 % tahu halal haram dalam islam. yang 5% tu datang dari mak bapak yang jahil tukir dah. saya tak setuju dengan artikal saudara yang mengambarkan pelajar malaysia di sana nampak bebas, saya adalah penghuni di sana juga
bukan sahaja di UK, malah di Amerika, Australia dan juga negara2 lain. kalau pelajar2 perempuan itu tak tinggal jemaah kemungkinan besar dia akan terselamat dari fenomena ini. malangnya sebahagian besar dari pelajar2 perempuan yg ke luar negara ini adalah dari golongan yg suka bersosial. yg dalam jemaah pun kadang2 tertarik dengan kawan2 sebegini.
ketika bercuti hujung tahun, kebanyakan pelajar yg tak mampu balik ke Malaysia akan mengambil peluang untuk mengunjungi kekasih dari bandar yg lain. ada yg menumpang tinggal di rumah pasangannya walaupun teman serumah tidak bersetuju. ini yg ana pernah alami. menakutkan!
itulah sebabnya selapas ana balik belajar dari Australia, ana tidak mencari bakal isteri yg pernah belajar di luar negara!
rasanya 5% - 95% itu kurang tepat. 60-40 dan malah mungkin 50-50 kerana kuota untuk biasiswa atau pinjaman tak ambil kira pelajar susah. ramai yg dapat biasiswa anak orang senang sebab mereka mampu berbahasa inggeris dan lebih teruk lagi dapat peluang melalui kabel kroni UMNO!
Salam YB, saya pernah berada di UK selama lebih dari 3 tahun, dari tahun 2003 hingga 2007. Fenomena tinggal serumah lelaki dan perempuan hanya berlaku di dalam kawasan yang tidak mempunyai pengawasan dari abang-abang atau kakak-kakak senior. Dan yang lebih penting usaha pihak kominiti (Malaysian) di kawasan itu untuk mengambil langkah langkah tertentu untuk tarbiahkan pelajar-pelajar malaysia yang berada bersama-sama . Saya ketika di Glasgow, kita mempunyai ukuwah yang kuat antara pelajar-pelajar. setiap permasalahan di selesaikan bersama. Yang lebih penting pihak kerajaan harus sentiasa turun untuk memberi fahaman tentang hukum hakam islam bukannya hanya turun untuk melancung. p.s cuba tanya ustaz ifri nor. beliau merupakan atache agama di UK. apa kerja beliau?
Salam.
Kalau di UK contohnya, rumah disana bukan macam rumah di Malaysia. Jika di London contohnya, rumah adalah seperti 4 tingkat dimana setiap tingkat tu ada 2 bilik. Kadang-kadang kita pun tidak sempat lihat wajah housemates.
Ayat akhir momo "tulah sebabnya selapas ana balik belajar dari Australia, ana tidak mencari bakal isteri yg pernah belajar di luar negara" seolah-olah mereka yang belajar di luar negara itu tidak baik tingkat lakunya. Itu tidak benar sama sekali.
Drs,Sekadar berkongsi pengalaman.Selepas SPM adik bongsu perempuan dpt tawaran ke US.Seorg pelajar sekolah berasrama penuh,Berperawakan sedikit tomboy.Sewaktu form five wakil state dlm MSSM.Ayah saya restui walaupun abg sulung menentang.Apatah lagi Quran tak khatam.Punbegitu di US adik dipertemukan dgn kumpulan yg baik.Dia ikuti usrah dan ditarbiah oleh jemaah.Dr seorg yg buta Al Quran adik bukan sahaja khatam malah fasih berbahasa Arab.Dr tak tau masak,adik boleh menyediakan masakan dr hasil air tangan nya sendiri.Sewaktu pulang dr luar negara ayah menitis airmata gembira dr seorang yg mendedahkan aurat(rambut) adik kini bertudung labuh.Sudah brtemu jodoh dan se org professor madya di IPTA.Saya bersyukur kerana adik bertemu kumpulan yg baik.Dlm ramai ke luar negara ada yg tercicir dan tergelincir namun ibubapa dan sanak sdra wajar terus berdoa agar mereka terus terpelihara dr segala pancaroba dan ujian diluar negara. Nona Ratana Chulaborn.
tak payah pandang keluar..dalam negara kita nie pun dah banyak fenomena duduk serumah nie..tak percaya pegilah sekitar tempat2 yang ada institusi pengajian tinggi..
mmg fenomena begini terjadi di UK. Pelajar-pelajar yang pertama kali datang ke negara luar kadang kala sangat terdesak untuk mencari tempat tinggal. asal ada tempat berlindung tak kira bercampur atau tidak mereka akan kebas. bukan sahaja tiada bimbingan dari senior2 tapi yang paling menyedihkan senior2 ini masa di beritahu ada junior baru mahu datang dari malaysia, tiada tempat tinggal, kebanyakannya duduk membisu. bukan mereka tak tahu. saja buat2 tak tau. takut kalau2 orang mahu menumpang rumah mereka. pentingkan diri. bila junior duduk serumah bercampur barulah nak bising. mana mereka masa pertolongan di perlukan?? setakat menulis, mengomen semua orang boleh. buat lah.
perkara ini bukan fenomena yg berlaku di luar negara sahaja,ia juga berlaku dalam negara. pada saya,bukanlah tempat sahaja yg jadik ukuran, ia bergantung pada keimanan seseorang. tak kirelah dok kat mana pon.
salam..
betul..tak payah tengok sampai ke UK..remaja di KL pn mmg kebanyakkan duduk bercampur lelaki & perempuan.ini berdasarkan pemerhatian saya sendiri.
di ukraine pun sama...
yg berilmu agama pun boleh duduk sebilik...bkn lg serumah tp sebilik...
xtahu la apa nak jadi...
mudah2an Allah bg petunjuk pd mereka
aku tak pernah pegi UK so,no komen lah.... tapi aku kenal penulis posting ni.... apa tak sama2 main bola kat bendang zaman budak2 dulu dia ni memang ada tokoh jadi pemimpin..... wa caya lu lah min.. harumkan nama sg.lampam kat UK tu... PERAK BOLEH...PAS BOLEH...
Ini nampaknya artikel yang hangat. Saya kurang setuju dengan artikel ini. Bagi mereka yang belajar di kawasan di mana orang melayu adalah ramai, mungkin hal ini tidak terjadi. Tapi bagaimana dengan tempat dimana orang melayu/islam boleh dibilang dengan jari.
Pilihan yang ada:
1. Tinggal sesama jantina, kalau berkongsi seorang dua tentunya kurang berkemampuan. Pilihan lain.
2. Tinggal sesama muslim sejantina yang lain. Mungkin pilihan yang baik tetapi keadaan ini tidak semudah yang disangka. Seagama tidak sebangsa, kesukaran memahami budaya dan keadaan hidup menjadi isu yang besar. Pilihan lain.
3. Tinggal sesama jantina tetapi berbeza agama (itu pun kalaulah ada, sebab kebanyakan merekapun tinggal bercampur). Kalau ada, alhamdulillah, pilihan yang baik. Tetapi satu hal yang dipertimbangkan, adakah kita senang dengan party dan arak. Kalau ya, munkin anda boleh bertahan di rumah tersebut tapi kebanyakkan rakan-rakan melayu tidak mampu bertahan. Ini kebenaran dan pilihan lain.
4. Tinggal di asrama, itu pun sama juga, masih bercampur. Bagi yang bijak menguruskan masalah ini, kebanyakkan mereka mengasingkan kawasan lelaki dan perempuan. Contohnya, ground floor didiami pelajar lelaki dan first floor pelajar perempuan. Hakikatnya, kita lah yang harus menjaga diri sendiri tentang hal halal dan haram. Pilihan lain.
5. Tinggal sesesama melayu. Pilihan ini tidak disenangi ramai. Dari sudut agama, ianya haram tapi dari sudut pemikiran logik keadaan ini lebi selesa. Bagi saya, pilihan ini adalah lebih bagus sekiranya kita mampu menetapkan peraturan-peraturan yang mampu membataskan pergaulan.
Tentang artikel ini, saya nak bertanya, kita memang boleh mengkritik dari sudut agama atau fikiran. Alangkah bagusnya sekiranya pemikiran kita tu adalah satu bentuk penyelesaian. Tinggal serumah di UK, apa bentuk penyelesainya? Fikiran situasi mereka yang terpaksa kerana tiada pilihan...apa pilihan yang mereka ada?
Asm,
Saya pun tak setuju 100% tulisan diatas. saya belajar di U.K dan juga dimana komuniti melayu tak ramai boleh dibilang dengan jari. Sebelum ke U.K book asrama university. Sampai di sana asrama semua campur, tapi bilik asinglah. Memmanglah boleh mohon minta duduk dengan sama jantina, mana university nak layan benda macamtu. Ramai yang dah mintak tak pernah dapat pun. Ni tempat saya belajarlah.
Sampai di U.K jumpa dua tiga kerat melayu, semua buat tak nak layan. Kalaulah saya tak ambik asrama university rasanya mesti tidur kat kaki lima dah lah sampai dekat dengan musim sejuk. Bila dah sampai, cuba juga tengok iklan tempat tinggal, sewa kat sini bayak bilik, itu jelah yang mampu, semuanya campur dengan bangsa lain jadi stayjelah kat asrama university.
Tapi kalau ada option duduk flat seorang, atau dengan sama jantina tulah yang lagi bagus dan sebaiknya. Tapi kalau option tu tiada, mana nak duduk. Mana mak ayah nak pilih.
Kalau nak menghukum seperti,momo, janganlah hukum cara pukal. Kalau nanti jadi kat anak kita sendiri, orang tak nak kat anak kita sebab belajar kat luar negeri, baru tahu.
Disini pun macam ragam orang malaysia, nak kata alim tak tahulah pulak, tak campur pulak dengan komuniti melayu, bila tulis macam banyak menghentam, tolong tak nak, bagi cadangan penyelesaian tak ada, nilah saki baki orang politik yang pandai cakap, buat tak pandai, idea penyelesaian kurang.
Assalamualikum w.b.t
kepada penulis diminta menarik balik tulisan yg bagus mencabar minda tetapi tidak mampu memberikan penyelesaian walau sebodoh2 penyelesaian pun utk kami yg bodoh dan telah dimalukan disini ... bukan bertujuan menyokong malah jauh dari memberi galakan ... cuma ingin menyatakan pendapat sedikit
jgnlah dgn mudah menyalahkan pelajar senior dan pelajar2 tersebut sedangkan PENULIS sendiri telah dipanggil dan terlibat dlm mesyuarat menangani isu tersebut dan tidak ada pula pelajar senior yg memberi "galakan - nasihat bodoh" sebaliknya amaran agar menjaga adab! malah tiada idea penyelesaian pun dr penulis sendiri terhadap isu ini selain menyuruh pelajar perempuan tersebut menumpang dirumah pelajar kelamin yg lain. setelah didesak barulah di tawarkan rmh beliau sendiri dgn tidak ikhlasnya...
mungkin penulis menganggap pelajar2 postgrad tersebut tidak punya ilmu agama utk pendiding diri dan tiada adab belaka sama seperti anak2nya yg umur belasan tahun tetapi tiada adab - bergaduh di depan tetamu sehingga menangis2 dan suka menyampuk perbualan orang tua... malah pernah pula lari ditgh malam hanya kerana ditegur di tgh kehadiran tetamu tak ubah seperti anak2 berumur 5 thn.... dan kerana gangguan mereka jugalah pelajar menumpang tersebut terpaksa balik ke bilik sewanya kerana tidak dpt meunumpukan perhatian dgn pelajarannya
suka diingatkan penulis sendiri pernah berbulan2 menumpang rumah rakan2 yg lain...Bukankah itu bercampur jantan betina sama shj ... apakah itu dharurat juga?? malah lebih berat lagi anta sekalian ustaz2 punya ilmu agama yg tinggi melangit dan membuat kajian mendalam didlm ilmu agama tidak sperti kami yg bijak dlm ilmu dunia tetapi sgt jahil dlm agama ... maka apakah alasannya di dlm ilmu agama atas tindakan Tuan tersebut??
malah lebih teruk lagi kerana perlu menjalankan tanggungjawab kelamin dll yg pasti menggangu tuan rumah dan mengganggu aktiviti tuan rumah pula... malah jgnlah dilupakan hasil kebijaksanaan berpolitik penulis - seorg pelajar baru yg punya anak2 kecil pun pernah dijadikan penumpang dirumah sendiri dan tinggal diruang tamu yg sejuk sedang beliau dan anak2nya dgn selesa menumpang di 2 bilik tidur ditingkat atas yg hangat selama berbulan2 juga.... itu lebih berat ... itu menganiaya namanya ... kalau penulis tidak mampu mencerna tindak tanduknya
kami tidak perlu to any political gain, tidak seperti penulis yg apa2 pun pentingnya adalah kepada diri sendiri dan hasil politiknya .... suka diingatkan sekali lagi agar penulis menarik balik tulisan tersebut dan memohon maaf kpd kami yg terluka disini dgn tulisan yg berat sebelah spt itu.. jgn dilupakan ... kami yg bodoh inilah yg bnyk menolong saudara didlm kesusahan sedangkan bantuan dr penulis kpd kami boleh dikira dgn jari kerana penulis tentu sedar atau mungkin tidak sedar bahawa beliau adalah seorg yg bakhil dgn hartanya dan berkira dgn kederatnya ... mungkin penulis dah biasa hidup senang sebagai YB dimana bantuan org boleh dianggap sampah dan tak perlu dihargai .... mungkin itulah juga sebabnya penulis meminggirkan diri dan keluarga dari bermasyarakat dgn kami dan tidak pula menyumbang sebarang sesuatu demi meningkatkan ukhuwah dikalangan pelajar disini yg serba kekurangan dan tidak punya keluarga sbg tempat bergantung ... mungkin penulis tidak sedar kekurangan yg ada sehingga kuman diseberang laut mampu dilihat sedang gajah didepan mata tak mampu ditenung
penuntut radikal
Salam,
Sayangnya artikel tulisan Saudara Muhaimin ini akhirnya menjadi tempat membuka pekung beliau. Walaupun saya kurang bersetuju, tetapi tulisan beliau ini mempunyai kebenaran dari sudut realiti kehidupan generasi muda hari ini. Usah lihat di UK sahaja, malah di Malaysia sendiri keadaan ini tidak terkawal. Semoga kita dapat mencari jalan penyelesaian yang sebenar-benarnya.
Saya percaya saudara Muhaimin menulis artikel ini daripada pandangan kasar beliau terhadap situasi yang berlaku di UK. Memang tidak dinafikan bahawa tinggal bercampur lelaki dan perempuan bukan muhrim seakan menjadi trend. Namun di sudut lain, ianya bukanlah menjadi pilihan kebanyakkan orang melainkan keadaan yang memaksa. Punya pilihan mungkin mudah dibicarakan bagi ramai orang, tetapi yang melalui pengalaman keterpaksaan ini lebih memahami. Mungkin sekiranya penulis membuat kajian sedalamannya dan bertanya kepada mereka-mereka ini apakah yang ada dalam hati mereka akan situasi hidup bercampur, maka di situ kita akan melihat kenyataan sebenarnya.
Marilah kita melihat masalah ini dari sudut kemashalatan yang sebenarnya. Janganlah kita berfikir terlalu jumud dengan menghukum keadaan keterpaksaan ini. Janganlah kita melihat mereka yang tinggal bercampur itu rendah imannya dan hina akhlaknya kerana kita sendiri tidak tahu situasi di dalam rumah tersebut. Mudahan mereka ini diberikan kekuatan untuk saling menjaga adap dan batas halal haram.
Marilah kita berdoa, mudahan Allah mengampunkan keterlajuran sangkaan buruk, marilah kita berdoa semoga Allah menghindarkan pemikiran yang cetek yang akhirnya merugikan agama dan bangsa dan mari lah kita berdoa semoga Allah menjauhkan perbalahan sesama kita.
Assalaamu'alaikum...
1.Saya terpanggil untuk beri komen, walaupun tak pernah seumur hidup saya untuk komen dalam mana2 blog.
2.Bukan tujuan untuk menyebelahi mana-mana pihak.
3.Semua orang ada hak beri komen dan inti komen berdasarkan pengalaman, pemerhatian, ilmu dan iman semestinya.
4.Bagi saya, kekadang tampak seperti buka pekung orang lain, tetapi jika itu adalah benar, penting untuk KITA tahu...supaya penganiayaan tidak berlaku.'BERANI UNTUK TAHU' seperti cogankata blog sang penulis.
5.Memang mesti untuk bersangka baik, awas....langkah berjaga-berjaga perlu diambil.
6.Dilihat dari sudut neutral, secara peribadi ada yang saya bersetuju dengan komen2 saudara2 dan ada juga yang kurang bersependapat.Begitu juga terhadap sang penulis.
7.Ya, benar, kadangkala kebaikan akan terhasil daripada perbalahan.Sekiranya dilihat dari sudut POSITIF-nya.
8.Dari satu sudut yang lain, sang penulis jangan lupa kerana 'Hanya Tajam Yang Mengenal Manikam'.Maksud saya, masyarakat (komuniti Malaysia)sekeliling tidak BUTA, tidak juga PEKAK, tidak juga 'BODOH', tidak 'DUNGU'..apatah lagi mereka di kalangan golongan akademik dan terpelajar.
9.Setiap tindak-tanduk seseorang dalam setiap masyarakat pasti dinilai orang. Kebenaran dan kelemahan dapat terlihat dari mata hati yang tidak BUTA.
10.JIKA BENAR beberapa bentuk 'penganiayaan'yang sang penulis pernah lakukan(MUNGKIN lupa, hipokrit, penting diri sendiri, gila kuasa atau sebagainya) pasti ia akan tetap diingati dalam masyarakat(yang terlibat).
11. SOALNYA, bagi mereka yang pernah 'dianiayai' oleh sang penulis (Jika benar dianiayai), sememangnya wajar marah dan geram, tidak enak dengan sang penulis kerana menunjukkan seolah2 sang penulis begitu sempurna ilmunya, adabnya, hidupnya,siasahnya dsbnya...tambahan pula sang penulis menuding jari kepada 'pelajar2 senior yg dikatakan memberi nasihat bodoh'...
12. Pandaikah sang penulis mengubah kebenaran yang telah berlaku?
13. MUNGKIN dari kacamata orang lain...sang penulis seorang yang BERKARISMA, hebat BERKATA_KATA, UNIK tindakannya....tetapi MUNGKIN sebaliknya bagi orang yang KENAL.
14.PENTING JUGA, Adalah menjadi satu tanggungjawab untuk ahli masyarakat untuk mengingatkan ahli-ahli masyarakat yang lain mengambil langkah berjaga2 dan berhati-hati dalam berurusan dengan mana2 sang penipu.(Jika benar pembelit)
15. Tetapi jika benar 'penganiayaan' dilakukan oleh sang penulis,boleh disampaikan langkah berjaga2 kepada orang lain tetapi jangan sampai diwar-war dan dimalukan dengan perkara yang tidak relevan dan secara umum.
16. 'Kita sekarang ni takde yang perfect......'
17. Orang Melayu memang terkenal dengan sikap 'takpe laaa...', 'biar lah dia.......','kita diam2 sudah...', 'asalkan dia bahagia...'.
18. Selalu juga sering juga melayari blog sang penulis, pernah 'kenal' dan tinggal bermasyarakat dengan sang penulis....
19. Ingat....macam cerita dulu-dulu......Nak kenal seseorang kita tinggal dgnnya, makan bersamanya, perhatikan gerak-geri serta tuturnya, sekurang2 3 hari 3 malam. Begitu juga dalam bermasyarakat.
20. Tidak hairan ada saudara kita yang agak marah...dengan sang penulis.....kerana beliau mungkin memang benar pernah tinggal bersama sang penulis, bermasyarakat bersama sang penulis, pernah berurusan juga dengan sang penulis. Tidak dinafikan secara otomatis beliau lebih berhak untuk 'judge' sang penulis dari orang lain yang tinggal di Malaysia, sekiranya diberi hak untuk'judge'.
21. Teringat kata-kata orang tuaku.....'Lihat dulu pada akhlaknya.........'
22.Ternyata benar sehingga sekarang saya masih memegang petua: Berhati2 , berjaga2 dalam di dalam bersangka baik...dan lihat akhlak dan adabnya...dalam memilih kwan dan berurusan......
'SALAM kenalan buat semua.....'
PAKU KERAS
Nampaknya isu ini semakin panas dan sudah mula menimbulkan perbalahan sehingga ke tahap membuka pekung orang lain atau secara kasarnya mencaci maki.
Saya rasa eloklah jika kita semua beristighfar kepada Allah, setuju atau tidak setuju, sokong atau tidak sokong, eloklah kita beristighfar kepada Allah dan memohon ketenangan dari Allah agar PERBINCANGAN ini tidak tersasar menjadi PERBALAHAN atau PERGADUHAN dan seumpamanya...
Bagi saya, isu yang dibawa penulis adalah baik, saya juga yakin beliau berniat baik untuk mengajak dan menyeru kita semua memandang berat pada isu ini kerana ia sememangnya melanggar hukum agama.
Saya tahu, bahasa penulis dalam artikel ini boleh dianggap direct atau agak kasar, seperti sangat marah dengan isu ini dan membuatkan orang yang membacanya terasa berdesing telinga. Tetapi bagi saya, itu bukan perkara utama yang perlu kita berikan tumpuan, berikanlah tumpuan kepada isu ini secara umum sahaja kerana ia memang sebuah isu agama dalam masyarakat yang sepatutnya diberikan perhatian dan ia merupakan isu yang mengaibkan dan kontroversi serta tidak bertepatan dengan hukum Islam.
Memang tidak dinafikan, mungkin ada yang terguris hati contohnya Penuntut Radikal dan mungkin rakan-rakan setempatnya juga kerana rasa tersindir terhadap teguran ini. Pastinya Penuntut Radikal terasa hati kerana beliau tahu perkara ini berkaitan juga dengan isu tinggal serumah yang dihadapinya bersama penulis dan rakan setempat mereka sepertimana disebut oleh Penuntut Radikal di komennya di atas. Jika saya di tempat penulis mungkin saya juga akan terguris begitu dan artikel ini membuatkan beliau teringat semula isu seumpama ini yang pernah dimesyuaratkan bersama penulis sebelum ini.
Hanya mereka yang terlibat dan hanya Allah yang lebih tahu apa isi mesyuarat itu, walau bagaimanapun komen penuntut radikal yang mengatakan penulis akhirnya menawarkan enuntut ini untuk menumpang di rumahnya dengan TIDAK IKHLASNYA adalah tidak patut, hanya Allah yang tahu ikhlas atau tidaknya hati seseorang. Yang penting, kita terima yang zahir sahaja, dan tidak rugi untuk bersangka baik, itulah yang lebih baik untuk menjaga hati kita sendiri..
Artikel ini juga akhirnya telah membuaka pekung Penulis sendiri dan ahli keluaranya, waAllahu a'lam, mungkin Penuntut Radikal lebih tahu kebenarannya, walau bagaimanapun bagi kita yang tidak tahu perkara ini atau tidak mengenali penulis secara dekat atau kenal penulis tetapi tidak pernah melihat perkara ini dalam keluarga penulis atau kenal penulis dan merasakan apa yang dikatakan oleh penuntut radikal itu betul, perlu mengambil sikap sendiri.
Sikap anak-anak beliau yang dikatakan tidak beradab dan sebagainya dan penganiayaan beliau kepada penuntut lain yang menumpang di rumahnya diharap tidak terus kita percaya dan terima, sejauh mana kebenarannya kita juga tidak tahu, mungkin ada sedikit benarnya tetapi tidak sepenuhnya, mungkin juga ia diluahkan dengan pengaruh emosi marah atau mungkin juga ia silap faham. Oleh itu, bagi orang luar seperti kita yang tidak tahu apa-apa diharap membacanya secara masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja. Tidak patut bagi saya isu ini dikait-kaitkan dengan cerita-cerita lain untuk menunjukkan keburukan penulis.
Jika benarpun, kita perlu ingat Penulis tetap seorang manusia biasa, MUSTAHIL beliau sempurna, walaupun mungkin ada yang buruk pada beliau tetapi pastinya ada juga yang baiknya. Contohnya, seorang pemimpin atau ahli masyarakat lain yang kita kagumi atau seorang yang kita anggap berkarisma dan hebat dimata kita, pasti juga ada sifat negatifnya, ia mungkin sedikit tetapi jika orang tak suka ia akan dianggap desar dan dilihat sangat mencacatkan sehingga menenggelamkan segala yang positif. Begitu juga diri kita sendiri dan anak isteri kita, pasti juga ada kurangnya. Bagi saya, yang penting sifat negatifnya tidaklah dominan sehingga apabila apabila disebut sahaja namanya semua orang tahu dia memang sejahat-jahat manusia, contohnya ahli gangster karat yang pantang jumpa orang pasti akan mengugut, membelasah dan sebagainya, itupun kena ada seseorang yang perlu cuba membantu dia berubah dan masyarakat semua perlu sama-sama berdoa agar dia berubah di samping berhati-hatai atau menjauhkan diri darinya.
Kesimpulannya di sini ialah fokus kita terhadap perbincangan ini hendaklah tidak lari. Jangan dikorek atau disebut lagi perkara-perkara yang buruk tentang penulis, ia tiada faedahnya bahkan boleh menambah dosa sama ada ia benar atau tidak benar. Janganlah difokuskan kepada gaya bahasa penulis yang agak kasar itu, mungkin ia bertujuan untuk menarik perhatian pembaca, lagi pun penulis tidak menyebutkan lokasi, oleh itu, penuntut radikal tidak perlu risau tiada siapa yang tahu tempat-tempat ia berlaku secara khususnya. Mungkin tempat tinggal adalah salah satunya, tetapi artikel ini sebenarnya berbentuk umum, tidak timbul isu 'dimalukan' sebenarnya. Harap penuntut radikal dapat lebih bertenang, dan membaca artikel ini dengan hati terbuka sebagai satu maslah bersama masyarakat yang tinggal di luar negara. Sebagai orang yang berpengalaman Penuntut radikal' amat layak memberi pandangan dan menjelaska keadaan, tetapi biarlah secara akademik bukan secara emoasi.
Saya tidak pastilah kenapa Penulis menggunakan bahsa yang agak kasar, mungkin sengaja mengundang perhatian masyarakat, jika Penuntut Radikal tersinggung diharap dapat tenangkan hati dan bersabar, yakinlah ada pahala yang besar di atas kesabaran itu, bacalah semula artikel ini secara teliti BUKAN DENGAN EMOSI dan carilah positifnya, kerana tujuan penulisannya saya yakin untuk membetulkan masyarakat kerana itu tanggunggjawab setiap muslim iaitu menyeru yang makruf dan mencegah yang mungkar. Hakikatnya perbuatan ini melanggar hukum, alangkah baiknaya jika artikel ini mencetus kan medan perbincangan ke arah jalan penyelesaian di mana di sana sini orang memberi komen dan pandangan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian. Ya benar, mungkin penulis hanya mencetuskan masalah tapi tidak jalan penyelesaian, bagi saya ia tidak salah, tidak semestinya setiap artikel yang menyebut sesuatu isu mesti memberkan juga jalan penyelesaian, sekurang-kurang-nya ia membuka mata masyarakat dan masyarakat boleh berbincang dan memberikan pandangan untuk mencari penyelesaian terbaik, mungkin ia akan juga mata pihak kerajaan sendiri atau pegawai atase agama di UK supaya prihatin dengan isu ini dan tidak membiarkan masyarakat di bawah tanggungjawabnya terkapai-kapai mencari jalan penyelesaian. Perlu juga diingat, tajuk artikel ini adala 'Fenomena....' BUKAN 'Penyelesaian Masalah Tinggal Bercampur Serumah' . Bagi saya kita perlu bersyukur bila ada di kalangan ahli masyarakat kita yang memandang berat terhadap masalah masyarakat dalam apa jua isu, cuba bayangkan jika semua orang buat tak tahu terhadap apa sahaja yang berlaku dalam masyarakatnya? Oleh itu, tidak perlu lah ditimbulkan kata-kata.....cakap senang, komenpandai tapi tak bagi jalan penyelesaian. Jalan penyelesaian adalah tanggungjawab kita semua termasuk pemimpin untuk mencarinya bersama-sama.
Akhirnya, kesimpulan saya ialan, tumpukanlah perhatian kepada isu yang dibangkitkan ini dengan hati terbuka, janganlah diingat-ingat apa-apa yang negatif yang ada pada penulisnya (jika benar-benar ada, jika tiada-jadi fitnah nanti, atau mengumpat pula). Jika ada yang terasa, bersabarlah, insyaAllah ada pahala yang besar jika anda bersabar, yakinlah, janganlah penuntut radikal risau, tiada siapa yang kenal anda, jika tiada siapa yang dimalukan di sini, kerana penulis menulis artikel ini secara umum bahkan bukan untuk satu-satu tempat sahaja bahkan bukan untuk satu-satu negara sahaja.
Yang pastinya, masalah ini jika dibiarkan boleh mendatangkan masalah, sedih sekali ia bertentangan dengan hukum Islam pula, oleh itu tumpukanlah kepada perbincangan bukan peribadi penulis. Yang penting bagi kita ialah keredhaan Allah terhadap kita semua.
Maafkan saya jika terkasar bahasa atau ada yang tersinggung, waAllahu a'lam, Wassalam, semoga anda semua dikurniakan rahmat oleh Allah Taala.
-Pencinta Allah, Perindu Sakinah.
Saya yang menamakan diri 'Pencinta Allah , Pencinta Sakinah' di dalam komen sebelum ini ingin membuat sedikit tambahan.
Saya sama sekali bukanlah ingin menyebelahi penulis dan menyalahkan mereka yang tidak bersetuju, harap tiada yang silap faham, cumanya saya harap kita fokus sahaja kepada masalah yang ditimbulkan untuk membincangkan penyelesaiannya bersama-sama dan tidak mengubah tumpuan kepada perkara yang lain, semua orang hendaklah bersifat terbuka dan berlapang dada.
Walau bagaimanapun JIKA BENAR penulis berniat melepaskan geramnya atau ingin memalukan atau menyakiti hati seseorang, di sebalik artikel yang bermanfaat ini, saya harap penulis dapat meminta maaf secara peribadi kepada individu itu, yang pasti- kami di luar ini tidak kenal siapa penuntut radikal dan rakan-rakannya yang tersinggung, tidak perlu risau dan berasa malu okey.
Sekian, Wassalam.
Salam ziarah...
bagus artikel saudara ni..
jd peringatan bg pelajar2 lain..
Saya sekarang study di overseas, duduk di Hall utk semua female students. bercampur dengan berbagai bangsa dari seluruh dunia.. satu hall ada 4 orang.
ada yang benar ada yang tak benar dari cerita article saudara ni terutama untuk dalam kes saya sendiri. dalam experience saya sekarang, flatmates non-muslim juga amat tidak menyenangi seandainya ada salah seorang flatmate kami membawa lelaki/kekasih bermalam di bilik. Ini kerana kami semua tidak kira agama maupun bangsa rasa tidak bebas bila ada lain jantina dalam hall yang sama. Biasanya setelah lebih 3 hari lelaki tersebut bermalam di flat kami, tapi masih tidak mahu keluar, maka kami mula lah melapor ke bahagian pengurusan setelah diberi amaran kepada flatmate yang membawa lelaki tersebut selama 3 hari yang pertama. itu la yang biasa kami lakukan. Malah saya sendiri sering tidak tidur di flat bilamana ada saja lelaki yang diangkut oleh salah sorang flatmate kami kerana pastinya langsung tidak selesa dan rasa amat2 marah.
terpaksala tidur di university. Nasib baik tempat belajar saya ada bilik yang boleh dikunci sendiri dari dalam malam-malam. Kalau tidak pun tidur di surau university untuk keselamatan. Alhamdullilah pengawal keselamatan amat memahami. Pagi lepas subuh balik dan pergi lagi cepat2 ke University kalau dah siap mandi sebab terasa menyampah dah marah tengok flatmate bawa lelaki. Merantau ditempat orang memang banyak cabaran, banyak menguji iman, malah banyak mempersoalkan tentang hubungan diri kita pada Allah. Ada sebilangan orang memandang orang perempuan yang belajar overseas seolah2 tiada maruah dan tidak sesuai dibuat isteri. Tidak mengapa lah mereka dengan tanggapan sebegitu... kerana iman, perolehan rahmat dan rezeki dari Allah dan juga hal ehwal tentang bersih atau tidak diri ini dari dosa, hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.
Sepanjang saya belajar di overseas, puas saya bertemu dengan rakan senegara maupun dari negara islam lain yang mulanya datang tanpa satu hijab pun dikepala. Al-quran solat tak pernah di utamakan sebelum datang overseas. Namun hati itu Allah yang maha membolak balikkan.
maka mereka mula berhijab, solat dan membaca al-quran sebaik saja tiba di sini. sekembali ke negara mereka, cukup masa datang lagi kesini untuk graduation, mereka masih berhijab manis. Alangkah Allah itu maha membolak hati manusia. Hidayah itu di negeri Mat saleh untuk mereka. bukan di negara mereka yang memang negara Islam.
Hati dan iman ini Allah maha membolak balikkan...
Sangat setuju dengan pendapat awak.. saya juga pernah bukan sekali bahkan berkali2 jumpa orang macam ni. Hidayah ni milik Allah. Kita meminta. Kalau UK tempat untuk kita dapat hidayah, maka saya tetap berdoa bawala ya Allah aku kesitu.
Catat Ulasan