10 Mac 2009

Salam Maulidur Rasul 1430.

“Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad SAW) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah yang beruntung” (QS. Al-‘Araf: 157).

Kelahiran Nabi Muhammad SAW jatuh pada hari ini , yang menurut catatan sejarah pada 12 Rabi‘ul Awwal, lebih dari sekadar kelahiran seorang insan ke dunia ini. Kelahirannya juga merupakan kelahiran kebenaran dan kekuatan yang membenteras kejahilan atau kebatilan di muka bumi ini.

Namun sebagaimana diketahui, begitu berat perjuangan Rasulullah SAW bersama orang-orang beriman untuk menegakkan kebenaran dan membenteras kejahiliyahan. Bukan hanya harta dan fikiran yang dikorbankan, tetapi juga umur dan nyawa. Segenap waktu hidup mereka habiskan untuk menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Tidak sedikit juga yang menemui ajal dalam merintis perjuangan demi perjuangan menegakkan kebenaran.

Kerana itu, sepatutnya kita menghargai perjuangan Rasulullah SAW bersama orang-orang beriman. Jangan kita semai kembali dan pelihara bibit-bibit jahiliyah, seperti pembohongan, janji-janji yang tidak di tepati, tidak amanah, rasuah, dan menyelewengkan perjuangan untut kepentingan diri sendiri. Sebab, semua itu adalah unsur-unsur kegelapan dan jahiliyah. Hidup dalam kegelapan akan menyesatkan.

Sedangkan kebenaran adalah cahaya yang selalu menerangi jalan hidup manusia di dunia ini hingga akhirat nanti.

Kedatangan Mauludur Rasul tahun 1430 untuk kali ini sepatutnya sudah cukup mengajak kita untuk muhasabah diri masing-masing. banyak manakah kerja amal yang kita lakukan untuk bekal hari kematian yang akan muncul tiba-tiba. Atau cukupkah kita dengan amal soleh sebagai pesiapan hari yang pasti itu.

Sebagai muslim sejati nukilkan pada kehidupan ini wangian yang semerbak wanginya untuk diri sendiri. Walau di sana ada manusia yang buta mata dan telinganya serta tersumbat hidungnya untuk menciumnya, yakinlah Allah mencium segalanya jika ianya satu amal yang ikhlas untukNya.

Teruslah melangkah bukan kerana pandangn manusia namun semata-mata kerana Allah memandang kamu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya memuji ketua wanita umno yg sentiasa meletakkan alquran dihadapannya dibilek pejabatnya.saya yakin beliau akan sentiasa merujuk kpd alquran jika timbul masaalah atau keraguan dlm pentadbiran partinya.namun beliau mungkin terlepas pandang ayat yg mewajibkan wanita menutup aurat....

Tanpa Nama berkata...

YB,
minta izin menyebarluaskan pengisian dari blog YB.