30 Mac 2009

Ramainya orang.....

Penamaan calon telah pun tamat, keadaan kenderaan masih bergerak perlahan di dalam Bandar Taiping. Bagi yang telah ditugaskan khusus untuk berkempen mereka dengan segera balik ke pos masing-masing.

Bagi yang cuma dapat hadir dalam perhimpunan penamaan calon ini mereka mungkin terus menuju ke Lebuhraya untuk balik ke distinasi masing-masing.

Penamaan Calon PRK 059 Bukit Gantang untuk kali ini mencatat sejarah baru dalam politk Malaysia apabila kita menyaksikan lebih 60,000 orang penyokong pakatan Rakyat yang berkumpul bersama dengan pimpinan masing-masing berarak mengiringi calon PAS, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin.

Jika ingin bandingkan ramai mana yang hadir ada beberapa orang yang ditemui mengesahkan bahawa jumlaahnya jauh lebih ramai dari kehadiran di Permatang pauh.

Namun begitu jauh sekali dengan kehadiran penyokong BN, yang saya yakin datang dengan "diupah". Termasuklah mereka diangkut dengan bas percuma dan sebagainya. Saya hanya memberi angka sekitar 5000 orang sahaja.

Selain itu kalau kita melihat bahan kempen seperti sepanduk, bendera dan sebagainya yang diangkat semasa perarakan oleh penyokong pakatan rakyat dibawa oleh mereka sendiri. Tetapi BN terpaksa mengangkut dengan lori kecil bahan yang ingin digunakan dan diangkat.

Saya baru melintasi Hospital Taiping yang terletak sekitar 1.5 kilometer dari tempat penamaan, kelihatan banyak kenderaan yang diletakkan didalam kawasan hospital.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

meriah sungguh noo... harapan semuga ini semua dapat diterjemahkan dikertas undi... PAS FOR ALL... TAKBIR!

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya tanda-tanda awal telah memihak kepada kita kerana dalam kajian saya sebelum saudara nizar dicalonkan saya anggarkan kita akan dapat majoriti lebih 5000 undi dengan perkiraan kaum cina akan memihak sebanyak 65%,tetapi apabila saudara nizar dicalonkan undi cina dijangka 85%

zaidin berkata...

membaca yang tertulis di sini, amat mengharukan sekali. ternyata rakyat bukit gantang menanti-nanti detik 7 april nanti dengan harapan berkobar-kobar untuk memberikan kemenangan kepada PR. semoga akan diterjemahkan dengan sempurna di atas kertas undi.