31 Mac 2009

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

http://kamparinn.blogspot.com/

8 ulasan:

zizi3131 berkata...

Allah dapat beza kan hati mana yang hitam hati mana yang putih

Man Wan Tak berkata...

Lun usoh le mike nok beria-ria nolong oghang tak jujur. Balik je kampung. Ingat akhirat. Orang kampung doh benci nengok mike le ni.

Tanpa Nama berkata...

Bismillah...ya Allah... Kau hancurkanlah UMNO dengan sehancur-hancurnya... mereka tidak lg mengenali ayat2 suci Mu... belagak sombong dan angkuh dirumah-Mu... Ya Allah bantu lah kami dalam menegakkan kalimah-Mu dibumi yg bertuah ini.. amin.. amin.. amin ya Allah. Allahuakhbar!

Hancur!... Haancur!.... Hancur UMNO.....

Tanpa Nama berkata...

kenapa sesama manusia suka aniaya???? memberi ilmu itu sesuatu yang baik bagi mengelakkan manusia itu sesat

akira® berkata...

Solat itu wajib.
Umno dah menyimpang dari kewajipan tersebut.
Politik tetap politik tapi jgn campuradukkan dgn kewajipan kita sebagai muslim.
Hal begini sepatutnya tidak diperbesarkan oleh Umno Laknatullah.

masih ramai yang menyokong PR
lihat sini
BLOGGER-BLOGGER tersohor bersama PR

Tanpa Nama berkata...

isu ini diputarbelit...saya syorkan kemana DS Nizar pi bawa vidoa cam...rakam setiap saat...insyaAllah ada la satu yang lekat gelagat sebenar orang UMNO ni...kata mereka DS Nizar yang rampas mmic cari imam...Allahualam..saya nak berbalas cakap pun tak guna..sebab saya pun tak berada di situ...tapi saya lebih percaya kepada yang beriman dan adil.

Tanpa Nama berkata...

salam...memang benar solat itu WAJIB...tapi umno bkn kira WAJIB X WAJIB..waktu mesyuarat pun boleh tanya "sapa nak solat"...sedangkan kalau mereka tahu apa hikmah ALLAH WAJIBKAN SOLAT,MESTI MEREKA LAKUKAN...DARI SEGI SAINS,SOLAT SEBAGAI TERAPI BG TUBUH BADAN KITA...KAN BAIK UTK KITA?KNAPA X NAK SOLAT?RASULULLAH SENDIRI BG KITA SARANAN,JGN SESKALI PILIH PEMIMPIN TU KLU DIA X SOLAT...ADAKAH MASIH KURANG JELAS?

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan zizi3131,
muka hitam x apa,
janganlah hati pun turut hitam,
hitam-hitam sitampuk manis......