31 Mac 2009

Seloka Tok Guru

BERI... SALAH, TAK BERI... KALAH, JADI UMNO SERBA SALAH.. Begitulah kata2 hikmah dari Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz kepada para pengundi di Malaysia khususnya di Parlimen Bukit Gantang. Wang dan rasuah memang menjadi madu berharga bagi mereka yang bergelar UMNO.

Seluruh Malaysia mengetahui tetapi kenapakah ada ahli2 Umno yang masih tetap menyokong pimpinan meraka yang terang2 mengamalkan rasuah? Tidakkah ahli Umno sedar mainan politik Ali Ketam yang akhirnya menjerat dirinya didalam pemilihan Umno kali in?

Tidakkah orang Umno yang tidak berada di PWTC dengar kata2 perwakilan di PWTC apabila Najib memperkenalkan Khairi selaku ketua pemuda Umno? Boooooo.....KJ rasuah......itulah yang kedengaran. Kepada para pengundi di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai, pilihlah pemimpin yang berhemah,amanah,jujur dan setia pada negara serta sanggup berkorban apa sahaja.

Yang penting, pemimpin itu berjiwa rakyat dan tidak meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga kita susah untuk menemuinya. Teringat saya petang tadi terserempak dengan YB Speaker Perak Sivakumar berhenti di warung tepi jalan Air Kuning untuk minum petang.

Terkejut tuan punya kedai menerima kedatangan pelanggan yang sedemikian. Di sinilah letaknya nilai-nilai moral yang luhur cuba ditampilkan oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat. Semoga Malaysia akan berwajah bahagia selepas ini...Amin

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

2 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

hmmm.....saya pun ada nampak banner tu.kat simpang pekan bukit gantang kan?

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

kata-kata hikmat ulamak tersohor ini acap kali telah menjadi racun yang amat berbisa kepada Umno BN. Dulu di Kelantan Tok Guru Nik Aziz telah memperkenalkan seloka "Beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, beri duit ambik, tapi masa tak mengundi pangkah PAS", terbukti telah berjaya menghukum Umno.

Pada PRK P036 Kuala Terengganu tempohari Tok Guru telah perkenalkan seloka "Tak beri... kalah, nak beri .... salah, akhirnya Umno jadi serba salah, susah2 sangat undi saja PAS" bagi menggambarkan suasana kacau bilau Umno bn degan rasuah yang berleluasa. Akhirnya Umno BN Kecundang di Kuala Terengganu....

Begitulah keramatnya kata-kata seorang Ulamak yg selalu dikeji hina oleh Umno Bn.

www.pemudakemehe1.blogspot.com