29 April 2009

ADUN Kuala Nerang tak akan letak jawatan

ADUN Kedah kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, yang didakwa menghadapi masalah kewangan, tidak akan meletak jawatan, kata pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Mohd Shafie Apdal.

Shafie memberitahu pemberita demikian di Langkawi hari ini. Syed Sobri juga adalah naib ketua Umno bahagian Padang Terap.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa beliau meletak jawatan kerana masalah yang dihadapinya mengganggu prestasinya sebagai wakil rakyat, lapor Bernama.

"Memang Syed Sobri menemui saya di Kuala Lumpur Ahad lalu dan kami telah berbincang beberapa perkara yang dihadapinya.

"Selaku ketua perhubungan yang baru, saya memberi nasihat dan beliau menerimanya dengan baik dan berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat," kata Shafie.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Kuala Nerang itu.

Pada 3 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000. Malaysiakini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elok juga ADUN Kuala Nerang tidak letak jawatan kalau tidak ada pilihanraya kecil. Soal beliau menghadapi masalah kewangan adalah tanggongjawab pihak Umno/BN menyelesaikannya.

Tanpa PRK dapatlah Umno/BN terus mengekalkan kerusi ADUN tersebut dan menjimatkan wang negara dalam mengadakan pilihanraya kecil.

Bondtoad berkata...

Apalah SPR.... Nak kena SPRM ke? Lagi terang nak bersuluh juga....

Kalau PR punya ADUN, dah lama jatuh dah....

alamalikut berkata...

Kalo dah mahkamah istihar muflis...boleh ker terus jadi ADUN????....
Sedangkan nak jadi calon pun muflis tak boleh tanding... ni kan pula dah jadi ADUN..pelik,.
Sifat org muflis ni ..semua dia blasah..asalkan boleh duit dia spu sama jer... tapi yerlah..kedah kan dah diperintah PR ,..so nak cari duit kat ner???? tunggu projek pusat jer lah weiiii.......

Mahasiswa Malaysia berkata...

YB tolong jwb... Boleh ke yg dah muflis pegang jwatan ADUN???

*~De' Reza Family~* berkata...

dia tak akan diisytiharkan muflis selepas mendapat rm 150,000 dr duit kjaan persekutuan....

biasa ler...duit kjaan (rakyat)...adalah duit UMNO juger....