Bergambar bersama Uncle Ah Kiang (77 tahun). Teman lama sejak awal berhijrah ke Parit Buntar saya sudah mengenali beliau yang tinggal di Pekan Batu 5. Kelebihan beliau ialah fasih berbahasa Banjar, gurauan saya "cuma belum masuk Islam lagi", dia tersenyum dengan gurauan saya kelmarin.
PARIT BUNTAR, 28 April :- ADUN Titi Serong meneruskan siri lawatan bertemu dengan rakyat di dalam kawasan DUN nya dengan meluangkan masa sekitar 2 jam untuk berada di Pasar Minggu di Taman Kerian Parit Buntar. Pasar minggu pada setiap hari Selasa itu merupakan salah satu pasar minggu yang mendapat perhatian ramai penduduk tempatan dan dari luar untuk membeli pelbagai keperluan harian.
Tidak ada aduan khusus yang disampaikan kepada kami dalam lawatan tersebut.Cuma sesetengahnya merungut dengan kegawatan ekonomi menyebabkan jualan agak merosot.
Pada kesempatan yang sama Drs. Khalil sempat berbual dan bertukar-tukar maklumat dengan sepasang suami isteri yang baru balik kerja di sebuah kilang komponen elektronik di Nibong Tebal. Mereka berdua mengatakan agak bertuah kerana kilangnya masih beroperasi seperti biasa sedangkan sepengetahuannya ada kilang yang sudah membuang pekerja dan mengurangkan jumlah hari kerja kerana kemelesetan ekonomi.
Kebanyakan dari mereka yang ditemui bertanyakan kepada ADUN Titi Serong mengenai perkembangan sidang 7 Mei akan datang, jadi atau tidak ?
Semuga Pejabat ADUN Titi Serong meneruskan usaha menyusun pergerakan Drs. Khalil untuk bertemu dengan pengundi di kawasan DUN nya.
11 ulasan:
Tahniah YB....... keep it up...... Semoga menjadi contoh dan ikutan dari YB YB yg ado dalam Malaysia ini....
Ingat yer, bila datang N9@Ghombau please do contact me,,,,,,
YB berjiwa rakyat...tahniah YB Lim,, wssalam
Drs,Santai ziarah YB sempat berdakwah.Tampak ceria depa bila disapa mesra..Gusar rakyat dek mendong ekonomi.Terubat jua bila dikunjugi. Nona Ratana Chulaborn.
Truskan usaha begini Drs...
salam drs.
teruskan ziarah2 sebegini. rapati dan kenalpasti masalah dan keperluan mereka. cubalah atasi masalah, sebaik mungkin. cubalah penuhi keperluan mereka, setakat terdaya.
teringat kisah umar al-khatab & perempuan tua yg mendidihkan batu di waktu malam.
Syabas YB, semoga diberkati ALLAH. Teruskan perjuangan.
Drs,Di Parit Buntar dan sekitarnya masih terdapat tak lagi ikan keli atau sepat yg segar yaani yg ditangkap disawah ataupun taliair? Nona Ratana Chulaborn.
salam....bravo....
kot Drs Khalil ader masa waktu petang....pi ler jenjalan kat kampung kampung....kot terjumpa budak muda main sepak raga bulat...leh la join....tapi pakaian kena sesuai ler....hehehehe....baru gempak YB mcm ni....
assalamualaikum..
teruskan usaha yb mendekati pelbagai peringkat.jgn tatkala nak mengundi jer baru nak nampak muka.rakyat sekarang semakin matang dan bijak.
Dapat semua YB mcm nie sure best...Bravo3..Salute sama YB...Semoga diberkati Allah...
Semoga ada perubahan di kawasan yg diwakili oleh PR terutama PAS...& berbeza dengan YB2 sebelum2nya (Be-End)....Jgn sama je...Takut nanti, BN cmtu, PR pon cmtu gak
meniti titi di sungai datar,
mengutip pegaga jual di pekan;
berbakti yb harus sabar,
yang papa dilupa jangan....
Catat Ulasan