30 April 2009

Pekan Rabu Batu 5 : Lawatan ADUN Titi Serong bertemu rakyat diteruskan

Drs. Khalil bertanyakan sesuatu kepada OKU cacat penglihatan yang menjual jelly berasal dari Parit Sungai Burung.

Senyuman sambil membalas salam serta senyuman tanda penghargaan dalam kunjungan bertemu rakyat pada hari ini.


TITI SERONG, 29 April :- Usaha mendekati dan meninjau masalah rakyat di DUN Titi Serong diteruskan dalam jadual harian Drs. Khalil Idham Lim apabila beliau meninjau keadaan Pasar Rabu Pekan Batu 5 disini hari ini.

Setiap peniaga dan pengunjung tidak mengira bangsa dan agama disapa oleh Drs. Khalil dan disambut dengan senyuman tanda mereka menghargai kunjungan sekitar 2 jam itu.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah 3 orang pegawai dari pejabat ADUN dan Ketua Kampung Pakatan Rakyat Parit Hj. Tahir, Hj. Ahmad Tyandarius.

Dalam bahasa banjar, kalimat "kulaan" sangat popular untuk memulai pertemuaan sebegini.

Penjual kopi dari Sungai Bakap bersalaman dan bertanya khabar.

"Macamana sidang 7 Mei depan" tanya pak cik ini kepada saya .

Syabas, anak muda gigih dengan perniagaan ikan laut menyambut kedatangan Drs. Khalil dengan penuh ceria.

Seorang malu-malu bergambar, seorang tersenyum lebar bersalam dengan ADUN.

Drs. Khalil bertanya khabar dalam bahasa Mandarin kepada peniaga jam dari Nibong Tebal.

Adik ini ahli Qariah Surau Sg. Labu Bawah, Bila masuk waktu dialah muaazinnya.

Peniaga baju kurung perempuan serta kawan-kawannya sempat berbincang pasal bisnesnya, "kami tahu YB juga minat niaga".

Kertas akhbar lama ditangan diguna untuk lap tangan, namun tanda pertemuan huluran tangan mesti disambut dengan mesra.

"Apa khabar kulaan"

Pak Tam peniagaan keperluan dapur bersalam dengan Drs. Khalil.

Peminat kecil, kata bapanya "dia nak bersalam dengan YB", hadiahnya dapat duit raya.

Keluarga India asal Batu Lima bersarapan bergambar dengan ADUN.




2 ulasan:

Timangbanjar berkata...

Diharap selepas ini YB dapatlah melawat ke Pasar awam Parit Buntar pula, sebab tiga hari lepas seorang peniaga sayur keturunan Tiong Hwa (yang saya kenali dengan nama Panjang) ada mengatakan YB dah lama tak datang ke Pasar awam. Beliau meminta YB jenguk jenguk lah sekejab peniaga di pasar, tak dapat selesaikan masaalah pun tak mengapa .

Tanpa Nama berkata...

Drs,Syukur bila lihat YB komited turun padang.Dgn izin boleh YB share profail DUN Titi Serong dgn taburan penduduk,pecahan bangsa dan latarbelakang sarahidup.Belia adalah aset malah modal insan masadepan.Apa perancangan YB utk kumpulan sasar ini.Sudi apalah kira YB sudi berkongsi informasi.Salam Hari Pekerja! Nona Ratana Chulaborn.