KAMPAR : Kita tidak mahu UMNO kerana mereka mengamalkan diskriminasi kepada rakyat. Sebab itu kita mahukan Pakatan Rakyat yang tidak mengamalkan diskriminasi. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramah di sini.
Ceramah penerangan yang diadakan di Dewan Tokong Cina Mambang Diawan menampilkan penceramah laian iaitu, Exco Kerajaan Negeri pakatan Rakyat Perak, Nga Kor Ming dan Chen Fock Chai, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.
DS. Nizar menjelaskan terdapat beberapa faktor dan fakta yang bercanggah sehingga Mahkamah Persekutuan telah memutuskan masalah kemelut siapakah Menteri Besar diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Malah kata beliau "Mahkamah tidak ada hak menentukan siapa kerajaan yang sebenar, kerana rakyat adalah yang paling berhak menentukan siapakah kerajaan yang sah".
"Saya berterima kasih kepada saudara yang memberi sokongan termasuk dengan dengan sms dan Email" katanya.
Disamping itu beliau mengupas perkembangan Sidang DUN dengan katanya "7 Mei adalah tarikh yang mengerikan kerana hari itu akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga sama sekali, kami akan bermesyuarat esok untuk menyusun strategi. Kami akah hadir mengikut bidang tugas yang ada pada speaker."
DS. Nizar menyifatkan " kemenangan di Bukit Gantang adalah kemenangan rakyat sebab itu Najib cukup takut. Sekarang UMNO takut kepada PRK kerana rakyat akan hukum mereka dan rakyat akan mengatakan kamu zalim dan aniaya negeri perak." mengakhiri ucapan penuh bersemangat pada malam ini.
10 ulasan:
Walaobagaimanapun, Nizar masih merupakan MB Perak saya yang tersayang!
Hidup Nizar!!!
Regards,
GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/
Assalamualaikum Drs.
Alhamdulillah...Saya berada di majlis yang bertempat di Mambang di Awan ini. Pertama kali saya dapat melihat secara live kepimpinan Pakatan Rakyat di Perak yang terus berjuang untuk rakyat.
Saya adalah ahli UMNO di bahagian Teluk Intan, malah abg Ipar saya adalah S/U UMNO Bahagian Teluk Intan. Pada pilihan raya 8 Mac lalu saya hanya melakukan undi rosak bagi protes kepada UMNO. Namun selepas melihat apa yang UMNO lakukan kepada mandat rakyat di perak baru-baru ini dan jika DUN Perak dibubarkan kali ini, saya dengan tidak ragu-ragu lagi akan memangkah Pakatan Rakyat.
Bibsprop,
http://www.bibsprop.com
Assalamualaikum YB
Saya memerlukan jawapan dari YB.Persidangan dibawah pokok gara2 UBN menghalang Persidangan DUN yang ditetapkan YB Speaker. Pada masa itu DUN PR amat bersungguh untuk mengadakan persidangan DUN walaupun dihalang dan dibantah dengan pelbagai cara olih UBN. Beberapa perintah mahkamah dipohon untuk menghalang persidangan DUN. Peristiwa itu telah menjadi sejarah yang tersohor di negeri Perak.Akhirnya berjaya diadakan di bawah pokok Demokrasi. Keputusan DUN pada hari itu ialah penggantungan MBH dan barisan exconya. Walaubagaimanpun Hakim Mahkamah Persekutuan telah membatalkan penggantungan tersebut.
Dari peristiwa ini, dapat dilihat pada masa itu begitu sukarnya untuk diadakan satu persidangan DUN yang mana UBN amat gentar kepada persidangan DUN ini. Maka bila pihak UBN begitu beriya iya ingin mengadakan persidangan DUN, saya rasa ini telah memudahkan kerja2 YB Speaker dan barisan PR. Inilah masanya untuk PR mengusulkan semula penggantungan secara rasmi MBH dan exconya melalui J/Kuasa Hak sepertimana yang dibuat sebelum ini yang telah ditolak olih MBH. Apa juga agenda yang telah dipersetujui melalui persidangan DUN bawah pokok tetapi ditolak olih MBH dan exconya bolihlah dilaksanakan semasa persidangan DUN 7hb Mei Nanti. Mungkin YB IdhamLim bolih komen sedikit akan cadangan ini atau pihak PR telah bersedia dengan agenda yang lebih hebat lagi. Kami penyokong PR sentiasa bersama YB..
AMARAN JOM HEBOH BUAT PENYAMUN BESAR NEGERI PERAK
* MUTAKHIR
Gempa bumi lemah landa Manjung, Perak
KUALA LUMPUR: Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada jam 9.35 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu. - Bernama
xde ke video ceramah tu upload kt mn2?youtube ke..sy nk tgk
Cadangan persidangan ADUN Perak pada 7hb Mei 2009 adalah tidak sah. Diharap pemimpin Pakatan Rakyat Perak dapat mengambil sesuatu tindakan untuk mengagalkan persidangan tersebut.
Biarlah mahkamah memutuskan kedudukan kerajaan Perak yang sebenar. Apabila ditentukan kedudukannya barulah dijalankan persidangan ADUN tersebut. Andaikata persidangan ADUN dijalankan dan iktiraf Dr Zambry sebagai MB dan mahkamah memutuskan Datuk Seri Nizar sebagai MB yang sah mana nak taruk muka.
Drs,Mambang di awan.Rakyat di bumi.Lawan tetap lawan.Semarak demokrasi. Nona Ratana Chulaborn.
Tak guna pun pencacai2 UMNO ni buat bising. UMNO akan tetap tumbang pada PRU13 nanti.
Sekarang sudah nampak nyata pemimpin UMNO cuba ambil hati kaum bukan melayu - seperti lupuskan DEB dan undang2 bagi bukan islam yang memeluk agama islam.
Kami bukan bodoh dengan mudah termakan 'umpan murahan' UMNO ini. Sebaliknya ianya sudah menimbul kan kemarahan dari kaum melayu/islam pula terhadap UMNO.
Kesian UMNO, nampak nya apa yang dibuat jadi serba tak kena.
Sebenarnya UMNO sudah TIDAK boleh berbuat apa2 untuk kembalikan sokongan kaum cina dan india terhadap UMNO.
Di nasihatkan kepada pencacai2 UMNO supaya jangan buang masa untuk kutuk Pakatan Rakyat. Tumpukan masa untuk perbaiki kerosakan dalam UMNO.
YB TS Muhyiddin Yassin TPM telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan.
Malangnya UMNO nampak bertambah parah di buat oleh pencacai2 blogers ini.
Jangan boikot sidang Dewan yang akan dibuat oleh MBH.Ini kerana mereka menggunakan Sultan untuk mengesahkan sidang.
Yang penting sediakan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi serangan mereka.
Teruskan perjuangan, jangan boikot sidang dewan, gagalkan persidangan 7 Mei nanti dengan cara yang berhemah. Dekatilah bukan islam dengan lebih tertib agar bukan setakat menyokong perjuangan islam malah beringinan untuk memeluk agama yang suci ini. Insya`Allah. Kesederhaan dan kesamarataan di tuntut oleh islam. Amin.
Catat Ulasan