Barisan Nasional (BN) Perak telah mengemukakan usul untuk memecat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat apabila ia bersidang 7 Mei ini.
Bagaimanapun, Pakatan membantah keputusan tersebut atas alasan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, yang kini digantung tugas, telah mengeluarkan surat berkaitan dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Speaker.
Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham, beliau (ADUN PR yang lain juga telah menerima notis tersebut) telah menerima surat yang memberitahu mengenai usul tersebut semalam.
"Surat itu menyatakan Zambry (Menteri Besar Perak) dan kerajaan BN negeri akan mengemukakan satu usul undi tidak percaya untuk pecat Speaker (Sivakumar).
"Usul itu tidak sah kerana dia (Abdullah Antong Sabri) telah digantung tugas oleh Speaker,"katanya kepada mStar Online hari ini.
Tegasnya, surat tersebut jelas menghina Speaker kerana Sivakumar tidak diberitahu mengenai usul berkenaan.
"Mereka perlu rujuk dan beritahu kepada Speaker dahulu. Tapi mereka (BN Perak) buat macam itu,"katanya.
Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beruas berkata, BN Perak tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam isu tersebut.
"Bagi saya ini tidak betul dan surat yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan kerajaan BN tidak ikut undang-undang.
"Jika mereka mahu pecat dia (Sivakumar) mereka perlu lantik Timbalan Speaker (Lee Yit Foong- Bebas) menggantikan Speaker.
"Tapi mereka (BN Perak) tidak buat begitu kerana Yit Foong(ADUN Jelapang) dikatakan tidak layak kerana itu mereka mahu kemukakan nama yang Speaker yang baru. Mereka( BN Perak) tidak boleh buat andaian-andaian sebegini,"katanya.
Pada 16 April lalu, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong menghantar notis pemberitahuan persidangan bertarikh 7 Mei kepada semua ADUN negeri itu.
Sultan Perak juga dilaporkan berkenan menandatangani surat perisytiharan berhubung persidangan berkenaan.
Berikutan itu, Speaker DUN Perak, Sivakumar pada 17 April telah bertindak menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis persidangan tanpa pengetahuan dan persetujuannya terlebih dulu. Mstar.

5 ulasan:
YB saya masih belum memerima apa-apa surat lagi. Nak sokong sape ya nak jadi speaker Perak? Ketiga-tiga katak berhajad nak jadi EXCO. sape pun tak mau jadi speaker!
Biar BN buat apa dia suka, rakyat perak tengok apa yang mereka buat. untuk kali ni mereka berjaya baut ikut suka tapi ingat PRU13 dan seterusnya. jangan harap BN nak dapat balik. pertama gerak kerja dari ahli parti pakatan yang telah terguris hati pastinya membuak-buak untuk menumbangkan Bn. jangan hairan jika mereka bergolok gadai untuk menumbangkan UMNo dan BN. waktu tu berapa juta pun BN tabur tak akan berjaya menumbang semangat dan cita2 org yang marah ini. kedua, saya hairan, kenapa BN masih lagi cuba mengakkan kerajaan haram mereka. dari setiap segi mereka kalah. tidak berupaya untuk menang. peguam mereka hafarizam tu junior saya kat UIA memang tak perform pun masa jadi student. kami pun hairan macam mana boleh jadi lawyer UMNO. hafarizam yang terkenal dengan nickname "mamak" kat uia pun boleh dapat datuk dan jadi lawyer. kalau ikutkan pembantu dia mamak bakar (baka as-sidek) lebih pakar dan perform kat uia. malang pak kadok la UMNO oiii.
Hafarizam cari makan.nak buat camna.Janji,payment tinggi. Biarkanlah.Kita sabar dan Allah bersama orang yang sabar.Mantapkan jemaah dan parti, kuatkan azam dan terus berjuang tanpa jemu. Dihujung nanti kejayaan akan menjelma.Kita percaya bahawa janji Allah itu benar.Memang Allah dah takdirkan agar mereka terus menunjukkan perangai hodoh mereka kepada dunia sebelum mereka dilenyapkan seperti Firaun yang penghujungnya mengaku dia tuhan.kemudian terus lenyap dari muka bumi.
hebatnya kuasa MB kudeta, tiada yang lebih berkuasa di Perak kini melainkan dia, dialah MB, dialah hakim, dialah speaker. Belajar kat UIA dulu tu tak belajar ke apa hukum makan duit haram, ingat gaji rakyat yang bayar.
saya rasa pernah mendengar SPEAKER TIDAK BOLEH DIPECAT MELAINKAN DUN DIBUBARKAN. Minta YB tolong jelaskan
Catat Ulasan