29 April 2009

ADUN Titi Serong lawat Pasar Harian Batu 5

sedap ikan ni, rondang pun sodap, goreng pun sodapMungkin ada sesuatu yang menarik kepada Drs. Khalil kepada Ikan Sembilang yang dijual di Pasar Harian batu 5.


TITI SERONG, 27 April :- Satu lawatan rasmi dilakukan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim ke Pasar Harian Batu 5, Jalan Bahru di sini. Lawatan sekitar sejam itu memberi peluang kepada Drs. Khalil untuk meninjau permasalahan yang dihadapi oleh peniaga di pasar itu disamping bertanya khabar mengenai keadaan perniagaan mereka masing-masing.

Lawatan bersama beberapa orang pegawai dari Pejabat ADUN juga disertai oleh AJK PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Ahmad Tyandarius.

Antara permasalahn yang diadukan kepada beliau ialah mengenai pasar tersebut yang tidak mempunyai kemudahan tandas dan meminta ADUN untuk mengusahakan dari pihak berkenaan.

Selain itu didapati keadaan bumbung pasar yang sangat uzur dan perlu difikirkan untuk kemudahan peniaga dan pengunjung di masa akan datang khususnya semasa hujan.












17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila pulak pandai turun padang ni,,, sejak kalah bertanding ke? tak ramai pun yang sapa apek lim ni... tak takbur ke buat kerja kemudian tunjuk kat orang ramai... sendiri kerja sendiri post... malu la ...pek

pasnational_unity berkata...

Alhamdulillah, Yang Berkhidmat(YB)! Kelebihan wakil rakyat PR tak macam BN ada niat sebaliknya.Jika perlu menyamar lagi baguih.

Perantau PB dibumi Adat Perpatih

ninja97 berkata...

macam ni lah pemimpin yang kami cari.......selalu turun ke padang bagin mengetahui masalah rakyat....terima kasih yb....terukan usaha....pesanan saya agar yb akn selalu turun untuk mengetahui masalah rakyat.....pas untuk semua...!!!!!

ninja97 berkata...

pemimpin cam ni lah baru betulll...saya harap yb lebih kerap turun untuk mengetahui masalah rakyat...teruska usaha....pas untuk semua!!!..

Tanpa Nama berkata...

Drs,Bila menatap jadual yg padat se org wakil rakyat tertanya jua bila mantan Menteri Pelancungan pernah berkata "Se andai tidak menjadi menteri saya akan menjadi "part time lecturer"Ahli Parlimen lebih relax dr ADUN ke YB? Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Drs, Dengan izin pada Tanpa Nama 4/27/2009 11.54.Adat bertamu biar bersantun.Kesumat prasangka apalah untung.Meskipun tuan kekal berhalimunan.Isihati mu jelas dirakam tuhan.Seada nya buat renungan bersama. Nona Ratana Chulaborn.

azhar berkata...

salam...
pemimpin PAS kalah ke menang ke ada masa pasti YB pergi...
kalu BN..cukup 4..5 tahun baru tunjuk muka itupun resmi mesyuarat cawangan...

KTB berkata...

oii mangkuk memang ler sendiri pergi sendiri pos bukannya ada tv sendiri macam umno haprak tu...

Tanpa Nama berkata...

kpd 'tanpa nama(11:54pm)",
awak ni main serkap je ke?masuk2 'rumah' orang, xketuk,xbagi salam takkan terus makan kot?belek2 dulu,mesra2 dulu, baca2lah entry2 yg sblum ini,ini bukan entri pertama YB melawat,sebelum ini banyak lagi...kdg2 org pk buat baik jgn tunjuk2,simpan dlm tp dlm politik kena bgtau(bukn brtujuan menunjuk)tp itu tugas,satgi ada org kata mcm2,tak buat tugaslah, buat xtahulah.Bkn nak backing YB,tp yg sy lihat bukan mcm tu...nak puaskn manusia smpai bila pun xboleh,kdg2 smpai keliang lahad pun belum tentu...sbagai individu yg prihatin,cuba 'tanpa nama' p tolong byk lagi org susah,jgn harapkn YB ja, kita ni yg xdak jawatan apa2 ni.Jom sama2-pemerhati bebas bukan ahli

Ariffin - Ipoh berkata...

Assalamualaikum YB..tingkatkan lagi usaha YB untuk menjenguk hamba rakyat. Jangan dihiraukan komen komen yang kadang kadang menyakiti hati. Kalau boleh tunjukkan kepada semua dimana mana YB pergi, mana tempat yang YB BN sendiri pun tak tahu. Yang bagusnya orang UMNO pun tengok blog YB, kalau tidak macamana pulak dia orang sedap sedap komen kat YB.

Jebat Musibat berkata...

Kalau Adun BN.
5 tahun sekali je turun padang.

harap2 yb turun masjid dalam kawasan tiap2 minggu secara begilir2. ikut style nik aziz.

bagi masa lepas jumaat tuh sesejam 2 dengar kata orang2 dalam kawasan.

SIAL TANPA NAMA berkata...

MANA LE LETAK MATA TANPA NAMA BERKATA 11.54TU DUK PANDAI KATA YB MCM2. HEI TAMBI! HANG NI MAMAK ZAMRIKE? YB SENTIASA DKT DGN RAKYAT TAUDAK! HANGTU DUK TENGOK TV3 SUKUJE. AKAI!!!

Tanpa Nama berkata...

elok gak turun padang. jangan dok sedap atas kerusi empuk dalam ofos. ada aircon. kalau ada nasib lain pilihanraya kena pilih lagi.
kalau yb sombong patut tolak awal2...

Tanpa Nama berkata...

Najis pun sama ja...naik jadi Pi Em...hujung minggu ronda kl...haprak

heh berkata...

bgus2

IRON MASK berkata...

salam....ala anony 11.54 tu...jealous la tu....YB umno mana ader masa nak pi melawat rakyat...peeeerahhh....

YB Drs Khalil....ni ana nak mintak satu ni...hehehehe...kot kot buleh buat....kalau buleh mintak la turapkan jln antara batu 5 ikut parit taliair besar tu...terus ke tanjong piandang....ader la dlm 5 km kot....kalau ader jln tu....org tanjong piandang dan batu 5 senang skit nak pi pasar harian batu 5....pasar harian batu 5 ni memang famous dgn ikan dan sayur yang fresh....member dari parit buntar n bagan serai pun pi batu 5 utk beli ikan.....ana pasti ramai rakyat batu 5 dan tanjong piandang yg akan berterima kasih dgn YB kalau buleh usahakan turap jln tu.....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 1,
mungkin awak tak perasan : ini blog YB Idham. Jadi dia boleh post apa yang dia suka. Awak tak suka, tak payah baca.
Kepada orang yang tahu menilai, pasti boleh melihat ketelusan kerana kekalahan YB bertanding dalam jemaah pun dipaparkan dalam blog ini. Di samping itu, bukan sekadar komen yang memuji dipaparkan tetapi juga komen yang mengkritik (termasuk komen yang biadab seperti komen awak).
Ini yang dinamakan 'telus'. Jika tanpa nama 1 tidak tahu makna istilah ini, sila rujuk kamus.