01 Mei 2009

Drs. Khalil rancang saman pihak yang fitnahnya

PARIT BUNTAR : Saya merancang dan bercadang untuk menyaman pihak yang tidak bertanggung jawab memfitnah saya sehingga menjejaskan kdrebiliti dan maruah saya sebagai ADUN Titi Serong. Demikian kenyataan rasmi dari ADUN Titi Serong di Pejabatnya lewat petang ini.

Drs. Khalil berkata dia telah berbincang dengan peguamnya untuk melakukan segala langkah yang perlu bagi membersihkan namanya yang telah tercalar sejak akhir-akhir ini dengan fitnah yang tidak berasas oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Antara perkara yang sedang diambil kira ialah penyebaran risalah yang mengaibkan dan memalukan disebabkan tuduhan yang sangat berat tanpa ada sandaran dan bukti yang telah disebarkan di Bukit Gantang semasa kempen Pilihanraya Kecil berlangsung. Sehubungan dengan itu katanya dia akan menyegerakan tindakan membuat satu laporan polis dalam masa yang terdekat terhadap risalah itu.

"Saya hampir dapat mengenal pasti individu yang terlibat dan jika telah lengkap buktinya serta bila saya merasakan langkah ini adalah yang terbaik untuk menghentikan kerja buruk tersebut serta dapat membersihkan nama baik saya, saya akan bawa kes ini ke mahkamah" Kata Drs. Khalil.

"Dalam Agama kita ada hukum halal dan haram yang sudah cukup mengajar siapa saja menjadi orang yang taat kepada agamanya, begitu juga dalam negara kita ada undang-undang yang boleh mengajar pihak yang cuba menabur fitnah dan mereka cipta sesuatu tanpa bukti yang tidak berpijak dibumi nyata."Kata Drs.Khalil mengakhiri kenyataanya.

16 ulasan:

Dr Ahmad Muhammad Mujahid berkata...

Salam.....

Saman jer Drs. Jangan dibiarkan org mcm tu.

Ann berkata...

salam
ye betul, jika di diamkan takut makin menjadi2 fitnah tu..

Tanpa Nama berkata...

fitnah di angap perkara biasa. sedar kah mereka angkara fitnah kesan nya amat buruk sekali.ia nya bolih mencemarkan marwah dan nama baik seseorang.dan bolih memporak peranda kan masharakat dan negara.dengan di mbawa ke mahkamah dan di adili tu jalan terbaik.

Tanpa Nama berkata...

cepat bertindak....jgn biarkan duri dalam daging....

Tanpa Nama berkata...

fitnah apa? maaf, tertinggal bas ler saya..

aukauk88.

Tanpa Nama berkata...

tapi sebelum tu kene tengok diri dulu sebelum bertindak...
mungkin ader sebab kenapa mende nih berlaku...

Mahasiswa Malaysia berkata...

Semoga semua kebatilan dapat diatasi...

Seolah2 skrg virus (UMNO) melanda kepimpinan PAS semua peringkat... merebak mengalahkan virus H1 N1... Tambah2 lagi dgn tambahan perasa ajinomoto oleh MEDIA2 UMNO....

Semoga kesusutan dapat diatasi

Tanpa Nama berkata...

salam,
udah2 le, nampak gaya cam nak cari glamer je selepas kalah aritu..baik muhasabah diri kenapa tak dilipih..dari sibuk raih populariti...

Tanpa Nama berkata...

Bersetuju agar menjadi teladan. Kalau dahpasti teruskan aje.

Kalau yangn melakukan itu kawan teruskan juga supaya diajar "gunting dalam lipatan" perlu dikeluarkan agar tidak berterusan menjadi ancaman kepada mana-mana pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 11:12am, glamer kepala otak hang, tuduh orang makan duit haram siapa tak malu, hang kut salah seorang dari nya.....pemerhati politik PB.

Tanpa Nama berkata...

Drs,Dalam diam ada api dalam sekam.Ada gunting dalam liputan.Demi maruah diri dan famili saman adalah wajar utk mengajar "si kuramg ajar".Semoga mereka dapat berekomomi dalam tindak tanduk mereka. Nona Ratana Chulaborn.

kp cht ibol berkata...

suka hati ustaz la, kat dunia ni mana ada orang yang disukai oleh semua orang.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong saman ja ust. Tapi kenapa sekarang baru nak saman, lepas prk Bukit Gantang dulu kenapa tak saman.

Satu lagi, tunjukkanlah risalah haram tu dalam blog ust., supaya kami dapat nilai.

Kalau tak tengok risalah tu, ramai yang akan kata ust. cari populariti sebab kalah baru ni.

Ust kena telus, ramai yang nak tahu sebab apa ust. kalah.

Tanpa Nama berkata...

kp cht ibol,
saya rasa YB pun cukup sedar yang tiada orang yang akan disukai oleh semua. Tambah-tambah lagi dengan adanya komen-komen yang mengutuk dan menghina.
Bagi saya, tindakan menyaman ialah sebagai pengajaran supaya seseorang itu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dengan kata-kata, lebih-lebih lagi yang melibatkan maruah dan integriti orang lain.
Kami pun sebenarnya tak tahu apakah fitnah yang dilempar pada YB. Apapun, fitnah adalah sesuatu yang berbahaya.

muryadi berkata...

Tak disukai tak mengapa tapi janganlah fitnah mengfitnah.

Kalau sudah jelas siapa yg melakukannya baiklah disaman.

Tanpa Nama berkata...

ust, kawan-kawan saya ada bincang pasai ust. kata ada orang fitnah ust. Demo kata ust. buat gitu sebab ust. nak tutup kemaluan ust kalah.

Demo juga gitau kalau ust. jujur sepatutnya ust. dah saman masa pilihanraya kecil dulu.

Demo juga kata ust. ada masalah lin bukan sebab orang fitnah ust.

Demo minta ust. tak payah la cari populariti dalam blog ust.terima ja kekalahan dengan redha

Banyak demo gitau lagi masalah ust. nak tulis banyak-banyak pun nanti takut ust tak publish