Artikel ringkas ini akan menjelaskan tentang isu yang dihangatkan oleh beberapa golongan yang kurang memahami hakikat tentang Islam. Benarkah Islam membenar penggabungan dengan orang kafir? Bahkan PAS bergabung dengan orang kafir, menentang UMNO yang dikatakan Islam. Mungkin ia agak ringkas dan tidak dapat dijelaskan secara terperinci.
Sepertimana yang telah kita ketahui, golongan kafir terbahagi kepada dua, iaitu kafir harbi dan kafir zimmi (selain daripada itu, akan dipanjangkan dalam artikel lain, insya Allah). Secara umumnya, kafir harbi, adalah orang bukan Islam yang menentang Islam. Contohnya seperti Bush, Sharon dan sebagainya.
“Manakala kafir zimmi pula ialah : golongan bukan Islam yang berada di negara Islam”
Ini adalah penjelasan yang telah diberikan oleh ulama-ulama’ kita (lihat Fiqh al Manhaji, Bab Jihad). Orang kafir zimmi ini, telah dihukumkan haram bagi sesiapa membunuhnya, merampas haknya, dan sebagainya. Contohnya, bolehkah kita mencuri gula-gula di kedai apek? Hukumnya tetap haram, sama seperti kita mencuri barangan orang Islam.
Orang bukan Islam yang berada di Malaysia, boleh dikategorikan sebagai kafir zimmi. (persoalan tentang Negara Islam, sila klik di sini). Sekiranya ada yang bertanya “apakah hukumnya menceroboh rumah kafir zimmi, lalu menangkap gambarnya yang sedang tidur?”. Hukumnya tetap haram dan pesalah akan dikenakan hukuman walaupun mereka (mangsa) bukan beragama Islam.
Sekiranya kita meneliti Sirah Nabi SAW, ketika Baginda SAW baru sampai di Madinah, Baginda telah membuat Piagam Madinah, iaitu satu perjanjian dengan orang bukan Islam. Di Madinah Baginda SAW terpaksa berhadapan dengan 3 golongan, iaitu orang Islam sendiri, orang Musyrikin yang masih teragak-agak untuk meninggalkan agama nenek moyang mereka, dan orang Yahudi.
Bangsa Yahudi pula terdapat tiga golongan, iaitu Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Dari kalangan orang Islam tadi, juga sudah berbilang kabilah (kabilah ni bukannya sedikit…. ) dan begitu juga golongan musyrikin. Mereka begitu ramai, lebih daripada bilangan bangsa yang terdapat di Malaysia sendiri.
Apa yang telah dilakukan oleh Baginda SAW, adalah dengan membuat Piagam Madinah dan melaksanakan perjanjian dengan golongan-golongan yang bebilang bangsa ini. (Penjelasan tentang Piagam Madinah akan dijelaskan di dalam artikel lain, insya Allah). Oleh itu, terdapatlah dua jenis kafir, iaitu zimmi dan harbi, secara umumnya.
Golongan kafir yang tidak menentang, dianggap ahli zimmah. Mereka ini akan dipelihara hak mereka, dan mereka tidak dibenarkan menyentuh (mengganggu) hal ehwal tentang Islam. Mereka diberi layanan sama baik seperti orang Islam, dan mereka juga berada di bawah kawalan Islam ketika itu… bersambung lagi, Insya Allah
Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikra.blogspot.com)

13 ulasan:
Artikel ini anda patut e melkan atau pautkan dgn laman web UMNO and the gang
jangan lupa hantaq kat harussani sama...
dia tu kekurangan info dan aku ingat buku tafsir Al-Quran dia hilang... tu yang tak berapa nak betui sikit sekarang nie
pada umno totok: tu la org tua suruh mngaji hgpa pi dok bwh titi,la ni nmpak sgt hgpa x reti.
x guna blajaq smpai universiti kalu hal ugama hgpa tolak tepi,akhir skali mcm ni la jd.
50 tahun lbih dibwh pemerintahan parti hgpa,bnyaknya org kita dok pusat serenti.
kalu x reti2 lg,baikla parti hgpa pi mati.
sekian...patik mohon derhaka...
Assalamualaikum..
Diharap kepada pembaca budiman, dapat menyebarkan artikel ini, terutama kepada ahli BN sendiri, supaya mereka memahami hakikat sebenar...
Terima Kasih
assalamu'alaikum.. drs,
keluarga mertua saya tinggal di Selama perak, merupakan penyokong kuat umno. semenjak selepas PRU 12, dia nampak kecendrungan kearah PR. cuma semenjak rampasa kuasa di perak haritu, dia kelihatan seolah2 anti kpd PR (juga amat membenci bangsa cina terutamanya), tambahan pula saya cuma sempat pulang kampung sebulan sekali. skrg ni kalau saya pulang, beliau tidak lagi menyentuh tentang PR melainkan hanya suara kebencian kpd kaum cina dan india dgn nada yg agak tinggi, membuatkan saya agak keberatan utk memula bicara (awal-awal nak intro, dah kena cantas). saya mengagak mungkin beliau byk mendengar dari abg ipar dan biras saya yg "sangat biru" itu sselain fitnah dari kedai kopi dan media. bagaimana cara utk saya melenturkan semula dirinya agar beliau cenderung dan menyokong semula PR?
hafza7679@yahoo.com ipoh perak
Saya suka membantu pandangan Saudara Drs. Idham Khalil Lim.
Orang kafir yang meyokong UMNO selama ini adalah penyokong kepada perjuangan UMNO yang selama lebih 50 tahun berjuang, menegakkan, melaksanaka dan mempertahankan sistem Barat/Yahudi, bukan sistem Allah dan RasulNya. Justru tidak ada muafakat/baiah kepada Islam berasaskan sirah Rasulullah saw dan ini mendekati kafir harbi..
Berbeza dengan PKR, disokong oleh orang kafir yang sama-sama bermuafakat di atas cita-cita mulia menentang kezaliman, penindasan, ketidakadilan yang sememangnya menjadi inti peruangan Islam. Sekurang-kurangnya mereka berkongsi di atas matlamat dan prinsip Islam dan hasil perkongsian dalam pelbagai majlis/suasana manalah tahu dengaan hidayah Allah Rabbul Alamin terbukanya minda dan hati kafir zimmi ini kepada Islam. Ini sudah terbukti...Jangan pandang dengan jahat sangka bila adaa yang cuba-cuba berhujah di atas firman...
Berbeza dengan UMNO yang Islamnya pada zahirnya cuma, tetapi Islam di hatinya..Fahamilah iman golongan munafikun..Cara UMNO selama ini menjadikan orang bukan Islam semakin jauh dari Islam.Lihatlah isu-isu kontroversi mengenai agama dibangktkan oleh rakan-rakan UMNO sendiri...
Untuk puak puak amNo selayaknya disebut, "pengaku pengaku Islam" je! bukannya, orang amNO Islam!
Salam.. kepada hafza7679...
Saya tertarik dengan persoalan "benci kepada kaum India dan Cina". Ini kerana dia menyatakan kebenciannya terhadap PR disebabkan dua bangsa ini.
Sila lihat kepada Sirah Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW mempunyai seorang jiran yang beragama Yahudi. Siang malam orang Yahudi itu mencaci dan menghentam Nabi Muhammad SAW.
Walaupun begitu, Baginda SAW tetap menziarahinya ketika sakit, seperti yang biasa dilakukannya.
Wahai Hafza, itu adalah orang Yahudi, bahkan membenci Nabi Muhammad SAW. Tetapi, berbeza dengan keadaan mertua saudara/ri, dia yang beragama Islam pula, yang membenci orang bukan Islam.
Persoalan kedua, adakah mertua saudara/ri membenci cina atau india disebabkan kekafirannya? Atau disebabkan mereka bukan berbangsa Melayu?
Sekiranya mertua saudara/ri benci kerana kekafirannya, maka Nabi Muhammad SAW tidak mengajar kita membenci seorang kafir zimmi.
Sekiranya dia membenci kerana mereka berbangsa India atau Cina, percayalah, mana mungkin mereka boleh jadi Melayu. Sampai kiamat mereka tidak boleh jadi Melayu.. Islam bolehlah..
http://drfikrah.blogspot.com
Kepada Hafza.. sedikit ulasan untuk anda
Sila klik -
http://drfikrah.blogspot.com/2009/04/wahai-melayu-kenapa-membenci-bangsa.html
tapi jangan lupa, karpal singh pernah cakap langkah mayat dia dulu untuk jadikan malaysia negara islam..so kiranya dia ialah kafir harbi, iaitu orang bukan Islam yang menentang Islam. Macam mana PAS boleh menerima kafir harbi??
Salam Drs, saya mencadangkan PAS kawasan di negeri Perak ini khususnya dengan bantuan setiap jawatankuasa bagi setiap UPU dalam satu-satu kawasan supaya mendapatkan no h/p, alamat terkini dan email ahli PAS, PKR dan anak-anak muda dalam lingkungan umur 21 - 35 yang tidak berparti terutama yang tinggal diluar UPU tersebut.
PAS setiap kawasan di negeri Perak boleh membuat satu team untuk hantar satu email satu bulan dan satu mesej satu bulan, isi email dan mesej hendaklah disahkan oleh pimpinan negeri, kemudian dihantar kepada PAS kawasan untuk tujuan sebaran.
Karpal Singh mengeluarkan kenyataan sedemikian, belum pasti dia kafir harbi kerana dia sudah bermuamalah dalam menentang kezaliman UMNO/BN. Dia hanya jelas kafir harbi apabila sampai waktu negara Islaam hendak ditubuhkan dan dia menjadi penentang pada waktu itu, bharulah pasti dia kafir harbi.
Pada waktu kini dia membuka ruang untuk dirinya bersama dengan PAS/PKR dan manalah tahu hasil interaksi sedemikian dia akan mendapat gambaran yang lebih baik mengenai Islam, dan sampai waktunya dia tidak menentang penubuhan negara Islam.
Bersangka baik untuk kebaikan bib..UMNO/BN tak ada cita-cita negara Islam. Orang kafir yang menyokngnya sudah pasti bukan kafir zimmi...
memang betul dalam islam di kelaskan ada kafir zimmi dan kafir harbi. memang kita patut perangi kafir harbi dan melindungi kafir zimmi. barat dilihat sebagai kafir harbi dan non muslim di negara kita ialah kafir zimmi. tapi adakah kesemua mereka adalah kafir zimmi? Dahulu PAS mengatakan bahawa UMNO berpakat dengan MIC, MCA adalah berpakat dengan kafir sedangkan sekarang PAS berpakat dengan DAP. MIC dan DAP xde pun kata nak halang kalau dilaksanakan hukum hudud. Tapi DAP dengan terang2 kata mereka xkan benarkan negara malaysia jadi negara islam. Benda ni dah ramai yang tahu dan kalau tanya pemimpin DAP pun mereka memang xnak malaysia jadi negara islam. Saya bukan nak PAS perangi DAP tapi kenapa perlu bersekutu dengan orang yang memang tak nak malaysia jadi negara ISlam. harap tuan dapat menjawab persoalan saya dalam tulisan tuan yang akan datang.
Catat Ulasan