22 April 2009

Pembangkang gagal bawa usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka

MELAKA: Pembangkang gagal dalam percubaan membawa usul undi tidak percaya ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Usul itu ditolak oleh Speaker Dewan, Datuk Othman Muhamad pagi tadi.

Semalam, Ketua Pembangkang di DUN, Goh Leong San (DAP-Kesidang) memfailkan notis berkenaan untuk memanggil satu DUN tergempar bagi membincangkan usul berkenaan Mohd Ali.

Ketua Menteri Melaka itu didakwa kurang berintegriti sambil pembangkang mendakwa mereka sudah hilang kepercayaan ke atasnya.

Bagaimanapun, Othman berkata beliau menolak usul berkenaan kerana tidak memenuhi tiga kriteria utama untuk dibahaskan.

Walaupun usul berkenaan menyentuh isu yang khusus tetapi tidak memenuhi dua kriteria yang lain iaitu tidak perlu disegerakan dan bukan menyentuh kepentingan publik memandangkan ia telah pun diselesaikan oleh Umno.

Mohd. Ali telah dilucutkan kelayakan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kira-kira seminggu sebelum pemilihan hujung bulan lalu. mstar.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MEMANG MUKA PEMIMPIN UMNO TAK TAHU MALU. SUSAH SANGAT KE NAK BUAT SURAT LETAK JAWATAN. BAGI AKU LETTER HEAD KERAJAAN NEGERI MELAKA, BOLEH AKU TOLONG TAIPKAN.

Tanpa Nama berkata...

turun jawatan bukan prinsip pemimpim umno,dia akan pegang 1 jawatan tu sampai mampus.....rasuah,menipu dah jadi darah daging.yang betul diaibkan,yg salah diangkat tule umno islam hadari.

BUJANG SUSAH berkata...

Salam.. ada member cerita ali ketam sampai dah menyorok bawah meja dah. dah nak gila barangkali...

Tanpa Nama berkata...

Xpe ko ali.. sepandai2 ketam berjalan akhirnya kena masak dalam periuk juga..

Tanpa Nama berkata...

memang puak-puak Be End ni mana tau malu,speaker nya lak ada kuasa..ali ketam tak kan letak jawatannya...dia nak ajar semua ADUN jalan macam ketam..
hehehe..