22 April 2009

Semua jawatan utama PAS Kota Bharu menang tanpa bertanding

KOTA BHARU, 21 April: PAS kawasan Kota Bharu menunjukkan jalan terbaik apabila kesemua sembilan pemegang jawatan utamanya tidak dipertandingkan dalam mesyuarat agung mereka baru-baru ini.

Sembilan jawatan itu adalah Yang Dipertua, timbalan YDP, naib YDP, Ketua Urusan Ulamak, Ketua Pemuda, naib Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan naib Ketua Muslimat PAS kawasan itu.

PAS kawasan itu juga memecahkan tradisi sekali apabila menjemput Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bukan pemimpin PAS merasmikan mesyuarat agung mereka.

"Ini adalah lambang setia kawan kita apabila berkawan dengan lain-lain parti, kita tidak ada niat serong dan kita melihat pemimpin parti komponen juga adalah pemimpin kita," kata YDP PAS kawasan itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kepada Siasah.

Sebelum ini, katanya, PAS kawasan pimpinan beliau juga pernah memecah tradisi apabila menjemput pemimpin Muslimat Pusat (Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali) untuk merasmikan mesyuarat agung mereka.

Selain merasmikan mesyuarat, Khalid juga bersama Dr P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang memberikan ceramah bersama dengan MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malamnya.

"Ini lambang perpaduan dalam PR iaitu gabungan tiga negeri, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang," kata Wan Rahim lagi. Siasahdaily.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu baru betul yang dipanggil pakatan, bukan macam barisan, yg belakang ikut kata yang depan je, tak leh bermusyawarah langsung !!!

http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/20/blogger-raja-bahrain-hina-raja-perempuan-kelantan-malaysiakini/

http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/20/bn-sengaja-cari-alasan-gara2-takut-kalah-dipenanti-malaysiakini/

Tanpa Nama berkata...

Ikut YB Dato' Chegu lah apa nak cakap. Yang pentingnya kita kenyang.

Tanpa Nama berkata...

Setiap kawasan itu berbeza situasinya. Jadi kita tidak boleh pukul rata mengatakan cara ini atau itu yang terbaik. Mursyidul Am sendiri mengatakan jika perlu ada perubahan, maka ubahlah. Tidak wajar kita menilai sesuatu kawasan yang ada pertandingan sebagai 'tidak baik'.