22 April 2009

Waran tangkap Mohamad Sabu, 9 aktivis dibatalkan

Mohd Sabri Said

SUNGAI BAKAP, 21 April : - Kes Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan sembilan aktivis lain kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dihari penahanya di Plaza Tol Bukit Tambun pada 9 Disember 2007 lalu ditunda lagi pada tarikh 28, 29 dan 30 September 2009.

Semalam Mahkamah Masjestrit Jawi memutuskan mengeluarkan waran tangkap ke atas kesemua mereka kerana tidak hadir ke mahkamah kerana kesilapan taknikal.

Sembilan lagi yang dituduh melakukan kesalahan tersebut ialah Fauzi Saharat, Mohd Saleh, Mohd Lazim Osman, Abdul Rahim Mohd Arif, Zairul Azrun Zainol Abidin, Mohd Subri Mohd Said, Abdul Razak Ramli, Mohd Biyamin Ishak dan Zamirul Aini Abdul Malek. Harakhadaily.

Tiada ulasan: