Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussin mengesahkan telah menerima salinan asal surat peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus sebagai ADUN Penanti, semalam.
Abdul Halim bagaimanapun masih enggan mendedahkan daripada siapa surat tersebut diterima.
"Apa yang penting, kita menerima surat tersebut.
"Awalnya kita menerima salinan faks dan kemudian salinan asal mengenai peletakan jawatan Fairus," katanya sebagaimana yang disiarkan dalam Mstar sebentar tadi .
Beliau juga turut enggan mendedahkan masa sebenar salinan surat asal tersebut diterima.
Abdul Halim berkata, beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya lewat petang ini berhubung perkara itu.
Ditanya bila beliau akan menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN tersebut, Abdul Halim berkata, beliau akan berbuat demikian secepat mungkin.

2 ulasan:
Speaker mana ada kuasa menentukan kekosongan kerusi?Bukankah menurut perlembaggaan baru Malaysia Speaker hanya menjadi tukang Posman
Boleh kot Speaker kata terima perletakkan , SPR kata tak perlu pilihanraya. Suruh Fairos jgn boh tarikh kat surat, lepas tu minggu depan tarik balik perletakkan. Mesti angin BN lak..
Buat mcm kat Perak..tengok BN nak kata apa.
Catat Ulasan