10 Mei 2009

Hidup rakyat.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang memberi semangat kepada saya. Dorangan dan petunjuk daripada daripada kalian semua amat saya hargai sepanjang hayat saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN-ADUN Perak yang berjuang bersama-sama saya dalam mempertahankan sistem demokrasi di negeri yang
tercinta.

Saya cukup bangga dengan semangat dan keberanian mereka dalam menghadapi situasi yang genting pada 7 Mei 2009. Syabas dan taniah! Puak-puak yang merancang konspirasi untuk merampas kuasa speaker secara fizikal harus berasa malu.

Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya.

Saya percaya yang benar akan tetap menang tidak lama lagi. Tuhan memerhatikan segala-galanya yang sedang berlaku di bumi Perak ini. Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang besama-sama dengan kami. HIDUP RAKYAT!

Hidup Mengkianati Rakyat Adalah Serupa Mati
Mati Membela Rakyat Adalah Serupa Hidup

http://speakforperak.blogspot.com/

19 ulasan:

[ the 3RD PARTY ] berkata...

*Sokong demokrasi*

JP
http://jp3rdparty.blogspot.com

[ the 3RD PARTY ] berkata...

* sokong DEMOKRASI *

JP

Tanpa Nama berkata...

Hidup Mengkianati Rakyat Adalah Serupa Mati
Mati Membela Rakyat Adalah Serupa Hidup
...dalam makna kata-kaya YB tu...
berjuanglah hingga ketitisan darah terakhir.

Tanpa Nama berkata...

KOMEN SAYA UNTUK TUAN SPEAKER YB SIVAKUMAR:
YB Sivakumar, ini adalah proses pematangan untuk menjadi pemimpin Agung. Pemimpin Filipina Jose Rizal sebagai contoh yang telah melalui pelbagai rintangan sebelum dilantik menjadi pimimpin yang tersohor. YB telah berjaya melalui ujian ini. Kini Malaysia juga telah melahirkan Pemimpin yang Agung. Tuan Spekaer, adalah Juara Rakyat Malaysia untuk semua Kaum. Syabas!!
Adalah juga diharapkan dalam masa terdekat ini terdapat perjumpaan besar besaran antara YB dengan rakyat bagi meraikan kejayaan YB dan juga tanda sokongan rakyat kepada YB. Semuga seketeriat yang berkenaan dapat menyusun satu Program yang murni ini.

Dr. Muhammad Azhar Zailaini berkata...

Teruskan perjuangan. Walau tidak mempunyai kuasa eksekutif dan legaslatif, PR menjadi pembangkang yang kuat di Perak. Kalaupun Sultan masih enggan membubarkan DUN, PRU ke 13 tidak lama lagi. PR perlu terus menjaga sentimen dan semangat rakyat ketika ini sehingga PRU itu.

http://drazharum.blogspot.com

ninja97 berkata...

hidup..hidup...hidup adun titi serong....

ninja97 berkata...

hidup2...hidup adun titi serong...hancur2..hancur zambry

Tanpa Nama berkata...

BN mempunyai segala 'mekanisme' untuk sampai kepada tahap sekarang dan mungkin semakin mengukuh. Jika pun Sultan masih terus untuk tidak membubarkan DUN,sebenarnya PRU 13 sudah tidak lama lagi. Untuk itu jadilah pembangkang yang kuat dan jaga sentimen serta semangat rakyat yang ada kini sehingga PRU tersebut.

Sg Samak
http://drazharum.blogspot.com

Dr. Muhammad Azhar Zailaini berkata...

BN mempunyai segala 'mekanisme' untuk sampai kepada tahap sekarang dan mungkin semakin mengukuh. Jika pun Sultan masih terus untuk tidak membubarkan DUN,sebenarnya PRU 13 sudah tidak lama lagi. Untuk itu jadilah pembangkang yang kuat dan jaga sentimen serta semangat rakyat yang ada kini sehingga PRU tersebut.

Sg Samak
http://drazharum.blogspot.com

Xenan berkata...

bro2 sekalian,

mohon bantuan support n hebahan demi nasib tahanan ISA.Apa lagi lah senjata yg kita ada nak lawan.

http://bebaskanmereka.blogspot.com/2009/05/desak-pas-pkr-sediakan-2-penjihad.html

Harap boleh ajak kawan2 sign petisyen

Tanpa Nama berkata...

Sokong kerajaan PR yang sah...

adimarda berkata...

Syabas & Tahniah YB,
Sesungguhnya perjuangan YB & semua ADUN Pakatan Rakyat akan kekal terpahat dengan tinta emas dalam lipatan sejarah negara Malaysia....LAWAN TETAP LAWAN...

Tanpa Nama berkata...

Quote" I am the legal speaker, why am I being treated like this?" Speaker YB Siva, Unquote.
Amat menyedihkan. It is very disturbing and will the rakyat be protected? Lawan tetap Lawan. Teruskan perjuangan YB.

Naruto Sensei berkata...

Salam ?

Apakah UMNO tak merasa malu dengan PAS, hanya nak mencari kelemahan PAS sahaja walaupun UMNO tahu PAS dalam keadaan yang kukuh mendapat sokongan dari Melayu dan bukan Islam sekarang ini?

UMNOlah yang sepatutnya malu dengan sendiri kerana dalam 51 tahun.. walaupun mempunyai parti komponen MCA dan MIC belum pernah dia mendapat sokongan yang padu walaupun dari komponen mereka sendiri..

UMNO merasa cemburu apabila PAS mendapat sokongan padu daripada DAP sehingga PAS yang mempunyai kerusi tersikit dalam DUN Perak pun boleh melantik MB dengan sokongan DAP dan PKR..

Sedangkan kita lihat mereka cuba memainkan sentimen kaum sehingga mereka sendiri ditolak oleh kaum yang lain..Pernah ke UMNO mendapat sokongan Gerakan di Pulau Pinang? sehingga ke hari ini tak pernah pun melantik menteri dari kalangan melayu walaupun mereka mempunyai kerusi agak banyak suatu masa dahulu di Pulau Pinang.

Malah di Sabah sendiri mereka sendiri tak mendapat sokongan padu dari parti komponen mereka sendiri apabila berebut2 hendak menjadi KM sabah sehingga terpaksa mengadakan sistem penggiliran KM Sabah..

Jika benar UMNO mendapat sokongan sudah tentulah parti komponen mereka sanggup memberikan sokongan dan meletak jauh kepentingan
masing2 dalam memimpin negeri yang mereka menangi...

Tetapi yang saya lihat parti komponen mereka sendiri kadang kala membuat tuntutan yang UMNO sendiri anggap tak munasabah untuk di turuti contoh apabila MCA menuntut ekuiti 30% dihapuskan di semua kementerian...bukankah MCA sudah masuk campur dalam urusan dan hak2 Melayu kenapa tiada orang pun ahli UMNO yang membantah...?

Sememangnya mereka ini bekerjasama dengan UMNO atas dasar kepentingan bangsa masing2 dan poket sendiri sahaja..mereka mempertahankan hak Cina dan India tetapi mereka sendiri menggadai kepentingan hak2 melayu yang termaktub didalam perlembagaan..?

Melalui UMNO jugalah Hak2 kita banyak yang tergadai.. Fikirkan.. sejak merdeka sampai sekarang berapa banyak tanah melayu yang hilang dari kita.? bukan tanah sahaja tetapi membawa kepada kehilangan negeri seperti Singapura dan Pulau Batu Putih.. adakah tergadai ke bangsa lain kalau tak ke bangsa Cina yang menguasai Singapura..?

Kita lihat pula berapa banyak budaya Melayu yang dipupuskan oleh UMNO? dari tulisan Jawi sehinggalah kepada bahasa sendiri malah tak malu menghina bahasa sendiri kononnya belajar sains dan Mate dalam inggeris boleh maju..

Sedangkan kita lihat banyak budaya2asing yang di bawa masuk sehingga kita sebagai Melayu keliru yang mana benar budaya kita sendiri..
Siapakah yang bertambah kaya? bukankah tokey Cina yang membuka gedung2 pakaian berbagai fasion mengikut budaya asing..

Inilah kelemahan UMNO dalam 51 tahun ini dalam mengekalkan dan mempertahankan budaya sendiri sehingga kita sekarang semakin hilang Identiti kemelayuan kita.

Dan sekarang kehancuran yang UMNO bina ini mahu pula diletakkan kebahu PAS adakah UMNO langsung tidak tahu malu? Berpuluh tahun PAS berjuang menegakkan Islam dan mempertahankan Melayu..

Sedangkan UMNO sendiri melalui berbagai Program pula menyesat dan menghilangkan nilai budaya melayu sehingga Jatidiri orang melayu hilang sedikit demi sedikit malah semakin parah dewasa ini.. adakah UMNO muhasabah diri dan melakukan perubahan? jawapannya tidak ..malah menyalahkan orang lain pula..

Sekarang apabila PAS mendapat sokongan DAP mereka memfitnah dengan berbagai tohmahan dan cacian sedangkan mereka sendiri gagal mendidik kawanan mereka dari parti MCA dan MIC sendiri yang tak sudah2 nak menghapuskan hak2 melayu sendiri..

Walaupun PAS mendapat dokongan dari DAP dan PKR, PAS tidak menggadaikan prinsip Islam malah berjaya menonjolkan imej yang baik kepada bukan Islam sehingga mereka tertarik mengkaji Islam dan membaca Al-Quran sesuatu yang tak bisa dilakukan oleh UMNO dulu,Kini Dan hampir mati..

Tetapi UMNO bukan nak berkerjasama memajukan nilai Islam itu sendiri, malah dengan fikiran politik sempit mereka mengecam orang bukan Islam membaca Al-Quran dan mengenal Islam..Adakah orang bukan Islam di Zaman Rasulullah saw terus saja masuk Islam tanpa mengenal Al-Quran..?

Sedangkan Al-Quran sendiri diturunkan untuk semua manusia supaya beriman kepada Allahswt.. malah didalam Al-Quran sendiri tiada sempadan bangsa dalam beragama Islam, semua manusia adalah sama..

Jadi dimanakah sifat malu UMNO setelah bertubi2 dikalahkan dalam pilihanraya sebelum ini.. Nampaknya UMNO masih lagi mengekalkan sikap sombong dan angkuh mereka malah tak terfikir langsung untuk berubah malah masih lagi mengekalkan ciri2 kezaliman..

Makanya nantikanlah kejatuhan UMNO yang dah diberi peluang selama 51 tahun memerintah tetapi masih gagal meningkatkan kekuatan Melayu malah semakin lemah Melayu itu dibawah UMNO..

Ingatlah tiada sesuatu bangsa di dunia ini...Apabila bangsa itu memerintah bangsanya sepatutnya menjadi semakin kuat, bukan menjadi semakin lemah..

Alahai MelayuUMNO layu jadinya..

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

takbir

minda tenang berkata...

Dulu....
Aku tidak mengenali YB DS Ir Nizar.....
Ketika YB DS Ir Nizar dilantik sebagai MB Perak.....
Hatiku berkata siapakah beliau????
Tapi hari ini terbukti bahawa keperibadiannya membuktikan bahawa beliau adalah pejuang rakyat...
Lalu sehingga kini hatiku berkata....
YB DS Ir Nizar adalah masih MB Perak....

Dahulu juga .....
aku tidak kenal YB Sivakumar.....
Dulu hatiku terdetik "YB Siva ni India mana pulak"....
Tetapi sekarang terbukti bahawa YB Siva adalah pejuang rakyat (buka sama spesies si Samy tu yang kini dianggap pengkianat bangsa India)...
Lalu kini aku kenal siapa YB Siva......
Jiwanya kental dibawah Pakatan Rakyat....
YB Siva pejuang rakyat, pejuang demokrasi...
Sekarang melalui keperitan kemelut politik Perak...
Maka timbullah tokoh-tokoh ini yang sedang diasuh oleh keadaan keperitan untuk menjadi unggul dan gemilang....
Yang telah dan akan menonjol potensi diri sehingga diakui oleh Raja, Profesional, rakyat biasa dan lawan....
Tunggulah saat tersohor itu yang pasti akan tiba...
Hingga ke saat itu.....
Mangkin ramai tokoh-tokoh tersohol akan muncul lagi...
Tunggu, pada saat itu musuh dan pengkianat demokrasi akan terpinga-pinga kebingungan dan malu sendiri......

Putra IJ80 berkata...

"Naruto sensei berkata...

Salam ?"

Mak panjang nye komen.

anywhere is good idea
-----------------------
"minda tenang berkata...

Dulu...."

Sudah ada dua tokoh lahir di PERAK
Yg.telah di uji keberanian dan keimanannya.

Kita mau lagi .....

YB Tg.Piandang TAHNIAH ikhlas dari saya.,atas keberanian mempertahankan yang hak.

musafirlalu berkata...

Pas bukanlah parti serpihan UMno seperti yang telah ditanam difikiran kita.
Parti Pas sudah lama bertapak di Malaysia sebelum tertubuhnya UMno.Perjuangan Pas sebagai Parti Islam wujud sebelum Tok Janggut atau Abd Rahman Limbong lagi.Perjuangan Pas cuma tidak diberi nama aje.
Kita sebagai pendukung perjuangan Islam tidak gentar walau sebesar kuman pun untuk menghadapi BN yang diterajui oleh UMno dengan dibantu oleh talibarut-talibarutnya.
Kita bertanding didalam pilihanraya ini dengan kekuatan jentera kita sendiri.Kita bertanding bukan melawan jentera BN tetapi melawan jentera kerajaan.Itu yang mesti kita faham,BN mana ada jentera.Kalau mereka betul-betul anak jantan mereka akan mengunakan jentera mereka sendiri tapi nak buat macamamana kalau dah mereka ini pondan.Mungkin pondan pun lebih baik dari mereka.SPR jangan nak diharapkan sangat kerana SPR memang parti kompenan BN pun.Polis pulak faham-faham ajelah nak buat macammana kalau dah makan gaji.
Kalah dan menang dah menjadi darah daging bagi kita,kerana kita tahu pasti akan tiba kemenangan Islam seperti yang telah Allah janjikan kepada hambanya.
Hakikatnya yang tidak boleh menerima kekalahan adalah UMno yang selama ini dibuai dengan kemewahan duniawi.Kerana itulah bagi UMno yang menganut aliran "Matlamat menghalalkan cara" akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kuasa.
Bagi UMno tidak ada istilah halal atau haram,yang ada didalam kitab mereka hanyalah halang sahaja.Kerana mereka tahu bila mereka kehilangan kuasa maka banyaklah salahlaku mereka akan terbongkar satu persatu.Seperti kata-kata yang saya petikan daripada ucapan Saudara Mat Sabu"Apabila kita dapat memerintah perkara pertama yang akan kita lakukan ialah,kita akan menutup sempadan Malaysia.Takut para pemimpin BN melarikan diri".
Disini saya mengucapkan ribuan syabas diatas keberanian Pakatan Rakyat yang cuba sedaya upaya mempertahankan kerajaan Perak didalam sidang DUN baru-baru ini.....Tahniah.
Walaupun mereka telah dibantu oleh pencacai-pencacai mereka yang tidak tahu adat seperti SUK dan Polis yang tak tahu malu itu.
Seperti cerita melucukan yang diberi oleh KP Perak tentang penglibatan Polis memasuki dewan dengan alasan telah dipanggil oleh Bentara yang tidak dapat mengawal keadaan.Sedangkan yang berkuasa memanggil polis adalah Tuan Speaker.
Selepas ini ramailah yang akan dapat kenaikan pangkat dan gelaran.
Oleh itu saranan saya yang kedil ini agar para-para Blogger memainkan peranan yang lebih aktif lagi dalam menyalurkan maklumat kepada hamba rakyat sebelum tibanya PRU 13.Antara saranan saya ialah:

Dedahkanlah akan keburukan Kerajaan BN.

Dedahkanlah kekejaman mereka terhadap rakyat.

Dedahkan akan penganayaian yang telah mereka lakukan terhadap rakyat.

Dedahkan akan tangan-tangan mereka yang dipenuhi dengan darah-darah rakyat yang mereka lakukan.

Dedahkanlah akan kerakusan mereka mengumpul harta.

Dedahkan mereka dalam melakukan rasuah.

Dedahkan akan penyalahan kuasa yang mereka lakukan.

Dedahkanlah akan kekayaan pemimpin-pemimpin BN.

Dedahkanlah akan kemewahan anak-anak dan ahli keluarga mereka.

Dedahkanlah kekayaan yang diberi kepada kroni-kroni mereka.

Paparkanlah akan istana-istana mereka untuk tatapan rakyat.

Paparkan bagaimana,kerana kuasa mereka sanggup melakukan pembunuhan.

Kita bogelkan mereka sebagaimana mereka telah membogelkan Raja-raja melayu dulu.

Kerana sekarang ini rakyat malaysia sudah celak IT.Bukan seperti dulu,apa yang pemimpin kata semuanya betul.Kerana itulah peti undi saluran warga tua kita kalah.Sekurang-kurangnya anak-anak mereka dapat sedikit sebanyak memberikan penerangan kepada orang tua mereka.
Walaupun kita kerja tanpa gaji tetapi itu semua akan dibalas oleh Allah s.w.t.
Inilah masanya untuk kita bekerja keras sebelum tibanya PRU 13......... Insyallah kemenangan semakin hampir untuk pakatan rakyat.
Peluang telah ada didepan mata kita untuk menumbangkan Kerajaan zalim BN yang di terajui oleh UMno.

Tanpa Nama berkata...

Takziah untuk BN , kubur anda sudah siap digali hanya tunggu untuk diTALKINkan.