01 Jun 2009

Mahasiswa Perak Gesa KDN Jelaskan Isu Senjata Api di Ipoh

Sebanyak lapan senjata api, hampir 100 peluru M-16, berpuluh-puluh kelongsong peluru dan beberapa alat penyerap bunyi senjata ditemui dalam dua buah beg di Kampung Tawas, Ipoh, baru-baru ini.

Penemuan kesemua senjata api itu dari jenis sub-mesingan dan pistol itu ditemui dekat sebuah kilang simen berhampiran kawasan berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan.

“Ini dalam siasatan…saya tidak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Sementara itu menurut Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah ” Penemuan senjata api di ipoh itu ada perkaitan dengan politik”.

Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak, Saudara Mohd Hafez bin Sabri, kenyataan yang di keluarkan oleh Ketua Polis Perak itu amat berat, ni kerana ia akan menyebabkan situasi dan suasana politik Negeri Perak menjadi lebih membimbangkan dan akan mengeruhkan lagi suasana politik di Negeri Perak, beliau juga turut menggesa supaya ketua polis Perak tersebut perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkan beliau dan menjelaskan apakah asas kenyataan beliau itu.

Memetik kata-kata beliau ” Persoalannya mengapa ketua polis Perak membuat kesimpulan dengan begitu cepat dalam masa 24 jam beliau terus menyatakan bahawa isu penemuan senjata api itu melibatkan isu politik,padahal sehari sebelum kenyataan beliau itu, beliau meminta agar rakyat bersabar dan tenang , jika ketua polis Perak menyatakan ada kaitan politik beliau mesti dedahkan siapa yang terlibat dan parti mana yang terlibat”

Hafez Sabri juga menggesa agar Kemeterian Dalam Negeri membentang satu kertas putih yang jelas tanpa berselindung dalam isu penemuan senjata dalam sidang parlimen yang akan berlangsung pada 15 jun ini, ini kerana tuduhan yang di berikan bahawa ada kaitan isu politik berkenaan penemuan senjata tersebut merupakan tuduhan yang amat berat dan membimbangkan semua pihak.

Memetik kata-kata beliau lagi ” isu yang berlaku adalah di sebabkan kelemahan Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan, apa yang mereka buat sehingga senjata berbahaya seperti ini begitu mudah dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa kawalan yang rapi, selain itu sempadan Negara juga sangat mudah dibolosi oleh penyeludup senjata api dari rakyat negara luar dan rakyat Malaysia, apakah Dato’ Seri Zahid Hamidi hanya sibuk dalam merosakkan suasana keharmonian rakyat Negeri Perak, dengan merencana agenda rampasan kuasa terhadap pentadbiran kerajaan Negeri Perak?” Jelas beliau selepas selesai menghadiri satu sidang mesyuarat di Ipoh, Perak.

10 ulasan:

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... berkata...

Rasanya UMNO/BN punya kerja la... depa nak buat tahana kat PR mcm depa buat Kelantan dulu. Baling batu sembunyi tangan.Tapi depa (UMNO/BN) silap la... Rakyat dah cerodik sekarang...bukan bodo macam dulu lagi dah... teknologi pun dah berkembang... dah ada internet... rakyat boleh tau la....

merbok berkata...

ish!! kan dah kata... polis tu sibuk.. sibuk tau dak?? sibuk dok buat benda lain... mana ada masa dengan bende remeh-temeh mcm ni..kalau suruh siasat pun, nuuu lagi 7 tahun baru dapat bukti...

mimbarUMNO berkata...

Senang untuk bercakap meluahkan pandangan,tapi bila diamanahkan melakukan sesuatu tugas berbaliklah kepada ajaranNYA,moga-moga tidak mudah keliru dan fikirlah menggunakan akal yang dah ALLAH kurniakan.Segala pandangan,KATA-KATA kita pada hari ini akan memberi kesan langsung kepada anak-anak kita(generasi) akan datang terutamanya ORANG ISLAM di MALAYSIA

putraminang berkata...

Makin lama UMNO/BN memerintah makin sewel rakyat2 bawahan.
UMNO/BN REPUT MENANTI REBAH!!!

ubatkuat berkata...

senang cerita .. baik tuliskan lapuran macam ni :

PENGIKUT PR TELAH DITANGKAP BERSAMA SAMA BEBERAPA PUCUK SENJATA DAN PELURU DENGAN NIAT NAK MEMBUNUH ORANG SESUKA HATI DAN MERAMPAS KUASA

kenapa ada ada saja yg terjadi dalam perak ni yg semamangnya aman dan tenteram tapi sekelumit rasa rakus nafsu tak dapat mengawal pertimbangan maka bermulah episod malang di perak

hoi kepala bengong,,sejak bila kau bersungguh sungguh ingatkan masa depan anak cucu kita???sedangkan ISLAM DAN HUDUD PUN KERAJAAN MALAYSIA TOLAK,,MUFTI KELUAR FATWA JOM HEBOH MELALAIKAN PUN BUAT PEKAK BADAK JE,,konon kata2 KITA AKAN BERI KESAN PADA ANAK CUCU KITA,,

PAS dari dulu LAGI perjuangkan ISLAM KERANA ISLAM SYUMUL DAN UNIVERSAL,,TAPI PUAK SEKULARISME AJE YG GERUN DAN GENTAR BILA TENGOK BULAN PURNAMA

Tanpa Nama berkata...

jawab yob, jngan x jawab

http://terataionline.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

PDRM kini sudah jadi Raja.Bukan diraja lagi,jgn cabur ketuanan depa nanti dibuang dm kandang ka kemunting.
La ni Polis memang sibuk dgn kerja lainlah....

Tanpa Nama berkata...

Selalunya senjata ini ada nombor siri boleh semak
sapa punya kecualile nombornye dah dibuang.
entah entah macam kat jenalik dulu ye main wayang lagi.

madkrie berkata...

Filem PR ganas terbatal sebab Zamry MBM menang kes..
Kalau C4 pun boleh terlepas keluar masakan senjata api....

gelong gajah berkata...

Sakit hati dgn prdm dan puak umno ni..mcm2 hal
depa buat..tiba2 ada senjatapi pulak.