01 Jun 2009

USUL TIDAK BOLEH PAKAI USUNGJE DIPAKAI

Tanggal 31 Mei 2009 bertempat di Markas Pas Bukit Jana telah diadakan ceramah politik oleh penceramah2 jemputan yang terdiri daripada Ustaz Izaj Shauki Adun Bukit Lada Kedah, YB Aulong dan juga penceramah utama ialah YB Sivakumar Speaker yang paling sah di Perak. Kehadiran orang ramai melebihi 3 ribu orang. Sebelum penceramah2tersebut berceramah bekas calon Kamunting iaitu En.Apardi telah menyampaikan amanatnya terlebih dahulu. Beliau bercerita bahawasanya Adun Kamunting sekarang menang undi pos 5 ratus lebih. Dan keseluruhan Pas kalah di Kamunting hanyalah bawah seribu. Ini menunjukkan Adun sekarang juara undi pos itu sahaja.

Kalau kita lihat kepada keputusan pilihanraya Penanti undi pos yang memihak kepada calon PKR hanya 2 berbanding si K.Min 12. Undi calon bebas lebih banyak dari calon PKR. Pelik tetapi benar. Bak kata DSAI di Penanti dalam pilihanraya Batang Ai, undi yang dikira ditempat mengundi semuanya PKR menang tetapi undi yang dikira ditempat lain setelah peti undi tersebut naik helikopter semuanya PKR kalah. Apakah ini wahai pencacai2 UMNO?

Berbalik tentang kisah dipentas ceramah tersebut, YB Aulong walaupun berceramah hanya dalam sekitar 10 minit namun telatahnya mencuit hati para hadirin. Beliau mengingatkan yang beliau sanggup berkorban untuk menghancurkan BN kerana dah terang lagi bersuluh BN Zalim. Lihatlah Lim Guan Eng sanggup dipenjara kerana memperjuangkan nasib seorang gadis MELAYU! Inilah contoh pejuang rakyat. Adakah UMNO sanggup? Tepuk dada tanya mufti Perak wahai pembaca sekalian. Ingat lagi saya waktu Jom Heboh dianjurkan dengan memilih Lumut tempatnya. Selepas itu, Manjong terasa gegaran gempa...Adunnya roti tuluuur satu. Baru2ni Bagan Dato`pula dilanda ribut hingga meranapkan 250 rumah...Adunnya si yang xjadi debat dengan YB Husam. Pelik juga! Mesti ada sesuatu disebalik kejadian tersebut. Hanya Allah Taala lebih mengetahuinya.

YB Sivakumar berceramah sekitar jam 10.45 malam dan yang peliknya pada malamni ramai juga orang Cina dan India datang. Pelik bagi Umno tetapi tidak Pakatan Rakyat. Tidak kira bangsa Melayu,Cina dan India semuanya berkumpul bersama2 dan saling berjabat tangan bila bertemu. Semuanya duduk bersama2 tidak kira diatas jalan,ditepi parit malah dibawah pokok tanpa membezakan taraf antara mereka dan inilah jiwa yang perlu ada pada setiap rakyat Malaysia.

YB Sivakumar menceritakan dari sebelum kes sidang bawah pokok hinggalah kes dia dikurung. Menurut beliau speaker yang haram tersebut didalam dewan ibarat budak2 sekejap pergi sana sekejap pergi sini di dalam dewan. Dah jelas aturan dewan sebarang usul atau sidang tidak boleh dijalankan selagi speaker tidak membenarkan dan ada di dalam dewan. Namun terang2 BN melanggar adab aturan yang sebenarnya. Disini menunjukkan kezaliman mereka.

Berbagai taktik digunakan oleh mereka untuk membuatkan YB Sivakumar keluar seperti menangguhkan sidanglah, tanya xlaparke? dan bermacam2lagi. Namun, YB Sivakumar tetap duduk dikerusinya kerana pada beliau,beliau memikul amanah yang diperturunkan oleh rakyat kepadanya. Beliau sanggup berkorban walau ketitisan darah yang terakhir. Akhirnya setelah segala usul xboleh pakai USUNGJE DIPAKAI bawa beliau keluar dewan...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UNDI POSNI MEMANG XBOLEH PAKAI DAN PERCAYA.

Tanpa Nama berkata...

sial betul si speaker ganesan haram

Tanpa Nama berkata...

UNDI POSNI TUNJUKKAN LAGI KEBANCULAN BN

Tanpa Nama berkata...

semua orang wat tak betul je pembankang tahu.

Tanpa Nama berkata...

dah mmg bn buat tk betul....tkkn nk ckp betullk apala tanpa nama 5/31/2009 7:31 PM

kah kahkah

bapak 3 ekok berkata...

dok kata pembangkang xbetul yg hangpa dok culik 3 ekor hilang beberapa hari alih2 umum sokong bntu betul? hampeh tanpa nama 7.31 pm

Tanpa Nama berkata...

7.31 polis malaysia

S.Sulaiman berkata...

Kita juga perlu berjuang supaya pen digunakan ketika memangkah calon, bukan pensil.