Makan dengan tangan pun ok.
YAB Menteri Besar Rakyat Perak,DS. Nizar dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Tuan Lim Guang Eng makan bersama selepas azan maghrib dikumadangkan menandakan masuknya waktu berbuka. Kelihatan sama Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang.
21 ulasan:
Bukak puasa ke YAB Guan Eng kita tuu........
ini barulah pemimpin berjiwa rakyat... rakyat makan guna tangan pemimpin pun guna tangan...
Ni kalu UBN tengok ni akan diguna kat kempen di Manek Urai. Cina makan nasi dengan tangan ......bolehkah cina makan nasi dengan tangan? Ini sudah melanggar adat dan budaya melayu. Kita menentang sekeras-keras orang cina makan nasi menggunakan tangan. Esok atau mungkin petang ni akan ada lapuran polis dibuat.....biarkan,biarkan.....
KAU TENGOK PEMIMPIN DALAM GAMBAR TU KAT DISKO KE DAN TENGAH TOGOK BEER KE BUDAK BANGANG TANPA NAMA,,KAU NAMPAK TAK DIAORANG MAKAN APE TAPI DIDALAM BLOG PUAK KAU DI TUDUH NYA MENU BUKA PUASA ADA .......
KAU NI,,KALAU BENDA ELOK PUN KAU NAK SINDIR,,HABIS TU PEMIPIN KAU DIKALANGAN SEKULAR BAGUS SANGAT LAH BUAT PRESS CONFERENCE KAT HOTEL 4/5 BINTANG SERTA RIAK DAN BONGKAK KAT RAKYAT YG KAIS PAGI MAKAN PAGI DAN KAIS PETANG MAKAN PETANG,,,,
BETUL TU UBAIDAH,,PUAK2 PELAMPAU SEKULARISME NI MEMANG AKAN SENTIASA MENAGGUK DI AIR YG KERUH HINGGAKAN PAKAI BAJU HITAM TAK BOLEH,PUASA SUNAT DISALAH ERTI BUAT MOGOK LAPAR HINGGKAN BENDA2 BAIK PUN NAK DIPOLITIKKAN
Org BN pun ada yg mcm ni...
tapi, susah kita nak percaya...
Kalau PAS mcm ni, kita memang selalu lihat..
jd, org BN, didiklah agar boleh ikhlas berjiwa rakyat..jgn asyik tunggu masuk TV baru nak tonjol yg kita tu kononnya jiwa rakyat
Walau pun PR baru sahaja menyerlahkan kemenangan nya, tetapi nyata orang bukan Islam mula mengenali orang Islam dengan lebih dekat. Tak seperti 50 tahun yang berlalu, UMNO menakut nakutkan orang bukan Islam dengan hukum hudud.
Actually action is louder than words. Ini lah yang di katakan muhibbah. YB Lim Guan Eng, anda adalah tokoh politik yang di sukai oleh rakyat dari berbagai keturunan sama seperti YB Nizar.
rileks pro pembangkang.. mcm tegang je bunyinye.. kalu pihak lg satu ckp bukak puasa ke? biarkan dia.. tu kan mcm doa.. mana nak tau, pasni Allah bukak pintu ati LGE nk puasa n bukak puasa betol2.... sape tau.. kudrat Allah... DIA boleh bagi hidayah pd sesiapa yg DIA nak....
terkenang kat yb lim ni...
punyalah hebat membela gadis melayu yg dirogol oleh seorg bekas menteri besar..
tp last2 di tuduh menentang kerajaan dan dihumban ke dlm lokap...bela MELAYU pnya psl yb lim masuk penjara...tabik la sama ini orang!!!!
Salam, Inilah pemimpin yang kita nak, gunung sama di daiki lurah sama di turuni. Keakraban begini akan menjadi kegerunan dan igauwan bagi sesetengah puak.Hikmahnya Allah swt bagi ujian kat Perak ni menjadikan tautan persahabatan dan tolong menolong bertambah terserlah......perbanyakan program begini DS. Penang pun kena lah undang kita kat perak ni program2 tautan kaseh ni YB Lim.
Moga persahabatan kita sesama bangsa & berlainan agama boleh dimantapkan lagi dgn keberkesanan aktiviti bersama antara pemimpin-2 PR.
Bersama menentang ISA!
salam semua pengulas...inilah Malaysia baru..inilah Islam mahu..Bukan sebut je Islam,,,tapi amalkan..
amalkan keadilah, sama rata, hormat menghormati, menentang rasuah..tak ke islam semua ni??
politik baru--tahniah PR
psanan: berwaspada dengan pujian!
Saya suka tengok gambar itu!
Ubaidah, kalau beranilah Umno buat hal sebab kononnya Cina makan dengan tangan melanggar adat Melayu, nescaya kawan-kawan Cina pantai timur saya yang sudah berbelas generasi lahir di pantai timur akan membantah sekerasnya. Ini kerana memang sudah budaya Cina pantai timur tulen makan dengan tangan. Tanyalah YB Lim Chuan Hing.
DULU KATA UMNO KAWAN NGA MCA DAN MIC KATA TAK BAIK...TAPI PAS SAMPAI MAKAN SEKALI DENGAN DAP TU CAMANE LAK?aku rasa DAP tu makan bolehlah sekali tapi nak tubuh kerajaan islam kat malaysia...nanti dengan pinggan tu dia nak baling kat muka nizar
yang kau suka ungkit kesah tak berfaedah dan ketinggalan zaman ni seumpama gak kau menafikan yang BN PUN TAK KURANG PERANGAI BANGSAT NYA KAT RAKYAT DENGAN SESUKA HATI HUMBAN ORANG DALAM ISA TANPA PENGADLAN,,PERASUAH,,ZALIM KAT RAKYAT KELANTAN DAN BERMACAM MACAM LAGI KEMUNGKARAN PIMPINAN,,YANG NAK TUBUH KERAJAAN ISLAM NI GOLONGAN ISLAM DAN GOLONGAN UMNO BERKIBLATKAN BANGSA MELAYU DAN TEGAKKAN KETUANAN MELAYU LANGSUNG TAK AMBIL PEDULI,,BAHKAN MENGHASUT PULAK KAUM2 LAIN KONONYA HUDUD BILA DILAKSANAKAN HABIS TANGAN ORANG KUDUNG(APANAMA BERKATA)INILAH JAHILNYA KALAU BERTUANKAN SEKULARISME,,AKU RASA KALAU DAH BOLEH MAKAN BERSMA MAKA NAK WUJUDKAN JERAJAAN ISLAM TAK JADI MASAALAH KERANA MEJA PERUNDINGAN ADA DAN PASTI MEREKA AKAN IKUT JIKA DI BERI PENERANGAN SEBENAR DAN BUKAN HANYA SETAKAT UGUTAN BN AJE
Aku respek YAB Dato Lim Guan Eng sebab sehingga kini ramai berbilang kaum membuat perniagaan sampingan untuk pendapatan sampingan kewangan masing-masing pada waktu malam di tepi jalan secara bebas tanpa membayar lesen sebab YAB Dato Lim Guan Eng prihatin terhadap rakyat sebab Dato Lim Guan Eng tau bumi Malaysia bukan hanya untuk pemimpin ia untuk rakyat dan semua. Apa yang saya tahu dahulu kala bn pegang mereka tak berani buat, kalau buat pun secara curi-curi sebab tiada lesen kalau tiada lesen barang di kedai runcit tak laku sebab kekurangan perniagaan sampingan pada waktu malam.
wahai ubatkuat yg aku bimbang jadi racunkuat jap agi...
kau tahu ke sape sebenanrnya DAP tu...aku rae au ni BUTA SEJARAH politik....balik belajar banyak agi atau boleh tnya org dulu...sape tu DAP...kalu makan sekali kau kata dapat nak bincang perkara penting yg lain dgn DAP (kalu fasal nak buat projek2 kecik kt Pinang tu bolehlah),tapi kalu nak tubuh kerajaan/negara ISlam saranan PAS tu,,..sampai mati pun kau takkan dapat tengok...
Salam..
Patutnya gambar ni yang menang pertandingan 1Malaysia tempoh hari..hihihi(^_~)
YB guan eng bayak pandai ooo ..... sudah belajar puasa dia oooo..... banyak bagus oooo..... Lu banyak sokong itu PAS aaa... tapi nape lu tidak sokong itu negara islam dan hudud.... atau PAS sokong lu sebab mau itu MB kuasa..... atau lu mau jadi PAS ..... lembu cucuk idung DAP.... waaa....banyak bijok oooo..... bagus lu masuk islam la maaaa.....kasi taubat.....
Picture speaks for itself!! Gambar terbaik, saya ada terjumpa seblom ini dkt blog lain tp terlupa di mana, kemudian hari ini rasa macam nk tengok lagi sekali terjumpa plak dalam blog YB Idham. Walaupon hanya gambar tetepi kesannya kepada rakyat biasa macam saya amat mendalam.
Seronok rasanya hati tengok YB Lim Guan Eng berbuka puasa dgn orang Islam. Contoh2 begini memang patut dimulakan dari pemimpin dan menjadi contoh kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tetapi orang melayu jangan mengharapkan orang cina sahaja membuat baik kepada kita malah orang melayu terutamanya orang islam perlu lebih berhemah dan baik kepada orang cina dan india di Malaysia. Perlu ada sifat mutual understanding antara bangsa Malaysia!!! barula ada perpaduan, saya doakan untuk beberapa tahun akan datang tidak wujud jurang kaum di malaysia sebaliknya wujud perpaduan antara kaum yang hanya dikenali sebagai kaum Malaysia!!
Terima kasih YB Idham kerana berkongsi gambar yg menarik ini. =D Salam
Catat Ulasan