30 Mei 2009

PENANTI JGN JADI PENALTY...

Presiden Soekarno ada mengatakan: Sangkut kan cita-citamu di atas BULAN kerana kalau tak tercapainya akan tercapai lah bintang atau puncak gunung yang tinggi sekali, tetapi jangan sangkut kan cita-citamu diatas busut kerana kalau tak tercapainya akan jatuh ke dalam lubuk...Begitulah betapa keramatnya kata2 seorang Presiden terulung di Indonesia yang cekap berpidato hinggakan tangan2 petani yang sedang menuai padi terhenti secara tiba2 mendengar pidato ulungnya

Presiden Soekarno itu kemana-mana beliau pergi di dalam negeri dan di luar negara mendapat sambutan hebat kerana pidatonya yang terhebat dan telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai pemidato terunggul di dunia. Yang menariknya bahasa yang digunakan walau ke mana sahaja beliau berhujah dan berpidato ialah bahasa Indonesia. Di sini letaknya negarawan ulung yang tetap berpendirian tegas menggunakan bahasanya bagi menyuruh dunia mengiktiraf kedaulatan bahasa Indonesia.

Namun begitu, cuba kita lihat apa yang terjadi di negara ini. Bahasa Melayu dipinggirkan, Tulisan Jawi dihapuskan dan sebutan Bahasa Melayu Baku nampaknya tinggal nama sahaja. Yang menariknya perkara ini pada mulanya berlaku untuk meningkatkan BANGSA MELAYU agar semua tahu kedaulatannya tetapi ia dijatuhkan juga oleh mereka yang kononnya bergelar Melayu.

Saya masih ingat ketika Pertandingan Forum Remaja 1992 peringkat kebangsaan ada seorang Profesor berbangsa Melayu dan kalau saya sebut 1 Malaysia kenal cukup saya katakan beliau seorang perempuan Melayu yang kononnya memperjuangkan bahasa mengatakan kepada peserta pertandingan tersebut bahawa majlis penutup terpaksa kita tangguhkan agar dapat DBP memujuk Menteri Penerangan ketika itu bersetuju menggunakan sebutan Melayu Baku.

Beliau juga berkata ini antara perjuangan untuk kita mendaulatkan bahasa. TETAPI saya begitu terkejut dan kecewanya di saat2 sebutan Melayu Baku ini kecoh untuk dikuburkan oleh kerajaan almaklumlah sebutan ini ada berkaitan dengan DSAI, Profesor ini pula yang lantang bersuara memuji langkah yang dibuat oleh kerajaan kerana katanya memang tidak bagus untuk masyarakat di Malaysia.

Lihatlah Penanti, saya seru masyarakat Penanti, nyatakan protes anda melalui undi dengan memangkah calon Pakatan Rakyat. Kembalikan BAHASA MELAYU ke landasan yang sebenarnya kembali agar ia tidak terus terkubur seperti Tulisan Jawi. Ingatlah Bahasa Melayu Wahana Budaya Tinggi jangan disebabkan rakyat Penanti khususnya bangsa Melayu tidak menyedari maka bahasa Melayu akan menjadi PENALTY...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hidup pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

Bahasa baku bukan nya banyak bunyi karut. Buat tak
fikir dulu. Apa yang rasa nak keluar pakai keluar
sahaja. Bahasa baku itu adalah bahasa bunyi dan
rekaan semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

bencinya aku tengok sikudeta sengihje bila dia nak masam entahle. duk minta restu...

Tanpa Nama berkata...

RAKYAT PENANTI BERTINDAKLAH BIJAK! UNDILAH CALON PKR SEORANG BEKAS PROFESER YG DAH SAH SEORANG YG BERILMU XLE MCM SI MINAHTU