30 Mei 2009

Hukum mogok lapar menurut pandangan Islam.

Laman blog Salman Maskuri.

Mukaddimah

Berhubung isu mogok lapar yang akan dilaksanakan oleh rakyat Perak sebagai tanda protes untuk dibubarkan dun negeri Perak, dan supaya Piliharaya dapat diadakan. Terdapat beberapa pendapat dari agamawan Malaysia yang bertindak mengharamkan mogok lapar tersebut. Maka post kali ini akan mengupas pandangan ulama-ulama muktabar seluruh dunia berkenaan hukum mogok lapar. Pandangan mereka ini berdasarkan mogok lapar dari pelbagai peristiwa yang berlaku antaranya, kes tahanan penjara Guantanamo yang melakukan mogok lapar.

Peristiwa mogok lapar di zaman Nabi saw

أن سعد بن أبي وقاص- رضي الله عنه- قال: "كنت رجلاً برًّا بأمي، فلما أسلمت قالت لي: يا سعد، لتتركن دينك هذا أو لا آكل ولا أشرب حتى أموت، فتعيِّرك العرب فتقول: يا قاتل أمه، فقلت لها: يا أمي، لا تفعلي؛ فإني لا أدع ديني هذا لشيء أبدًا، فمكثَت يومًا وليلةً لا تأكل، فأصبحت قد جهدت، فمكثَت يومًا آخر وليلةً وقد اشتدَّ جهدها، فلما رأيت ذلك قلت: والله يا أمي.. لو كان لك مائة نفس فخرجت نفسًا نفسًا ما تركت ديني هذا لشيء، فإن شئت فكلي وإن شئت فلا تأكلي، فلما رأت إصراري على ذلك أكلت.. فأنزل الله تعالى: ﴿وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا﴾ (لقمان: 15).

“sesungguhnya Sa’ad bin Abi Waqas ra berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang yang amat berbuat baik kepada ibuku. Bila aku masuk Islam, Ibuku berkata “Hai Saad, samada engkau tinggalkan agamamu ini atau aku tidak makan dan minum sehingga aku mati(mogok lapar), hingga menyebabkan orang arab akan mencela mu dengan berkata “Wahai pembunuh ibunya.” Aku pun berkata kepada ibuku “Wahai ibu, janganlah kamu buat begitu, sesungguhnya aku tidak akan tinggalkan agamaku ini selama-lamanya.” Lalu ibuku tidak makan sehari semalam sehingga dia lemah. Bila berlalu dua hari tanpa makan dia bertambah lemah. Bila melihat demikian aku berkata kepadanya “Demi Allah wahai ibuku … kalaulah engkau ada seratus nyawa dan satu persatu nyawamu hilang, aku tidak akan sama sekali meninggalkan agama ku ini. Kalau engkau mahu makan, maka silalah makan, dan jika engkau hendak mogok maka silalah mogok.” Bila ibuku melihat kesungguhanku mempertahankan Islam, dia pun makan. Maka turunlah ayat:

“Dan sekiranya kedua ibu bapamu berusaha bersungguh-sungguh untuk mu melakukan syirik kepadaku maka janganlah kamu mentaati mereka dan dampingilah mereka di dunia dengan cara yang baik.” (15 : Luqman)

Hadis riwayat Abu Ya'la dan Thabrani

Hukum mogok lapar

Ada dua keadaan bagi mogok lapar ini:

Keadaan Pertama: Mogok sehingga mati atau memperolehi kemudaratan yang besar.


Para ulama sepakat mengatakan ini adalah haram.

Dalil-dalinya:-

1. Firman Allah:- )وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ﴾ (البقرة: من الآية 195)

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan.”

2.وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ﴾ (النساء: من الآية 29)


“Dan janganlah kamu saling membunuh sesama kamu.”

3. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

لا ضَرَرَ ولا ضِرَارَ

“Tidak boleh melakukan perkara mudarat kepada diri sendiri dan kemudaratan kepada orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan Dar al-Qutni – imam Nawawi mengatakan ini hadis hasan)

Keadaan Kedua:Adapun sekiranya mogok lapar yang tidak membawa kepada kebinasaan, maka para ulama masa kini terbahagi kepada dua pendapat:

Pendapat Pertama: Mereka berpendapat, mogok lapar adalah perkara yang dilarang oleh Islam walau apa pun tujuan. Ia adalah satu perbuatan yang menyeksa diri sendiri. Sekiranya mati , ia dikira sebagai bunuh diri.

Ini Adalah pendapat Syeikh Atiah Saqar mantan pengerusi Lajnah Fatwa Mesir dan Prof Dr Hasan Abdul Ghani Abu Guddah.

Pendapat Kedua: Mereka berpendapat sekiranya mogok lapar bagi orang yang dizalimi untuk mendapat perhatian umum bagi melepaskan diri dari kezaliman atau mendapatkan hak mereka, ia diBENARKAN. Ini sekiranya, mogok lapar cara yang terakhir dan boleh memberi kesan. Ia adalah satu perbuatan terpuji jika menyebabkan musuh-musuh Islam yang menzalimi rasa marah dengan tindakan mogok ini. Mereka marah kerana mogok ini mengundang simpati masyarakat setempat dan dunia terhadap mereka yang mogok yang dizalimi. Menyebabkan musuh-musuh Islam marah adalah suatu amalan yang soleh. Firman Allah swt:

‘ولا يطئون موطئا يغيظ الكفار، ولا ينالون من عدو نيلا إلا كتب لهم به عمل صالح’. التوبة : 120

“Dan apabila mereka memijak tempat orang-orang kafir sehingga menyebabkan orang-orang kafir marah dan apabila mereka itu mencederakan atau membunuh orang kafir maka akan ditulis sebagai amalan soleh bagi mereka.” (surah taubah: 120)

Ini sekiranya mogok tersebut tidak sampai kepada binasa diri. Sekiranya begitu, maka hendaklah mereka berhenti dari mogok tersebut serta merta.

Ini adalah pendapat Syeikh Yusuf Qardawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam seDunia, Syeikh Faisal maului Timbalan Pengerusi Akademi Fatwa dan kajian bagi eropah, Syed Muhammad Husain Fadlullah Ulama syiah lubnan, Dr Muhammad Mahrus Ketua Lajnah Fatwa bagi Kesatuan ulama Iraq dan Syeikh Soleh al-Fauzan ulama Saudi.

Kesimpulannya:
Sekiranya ini adalah senjata yang terakhir(mogok lapar) dan memberi kesan untuk mendapatkan matlamat yang dibenarkan oleh syara’ atau menghindari dari kezaliman maka ia dibenarkan dan malahan ia dituntut.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Jawahir Lu’luiah oleh Dumyati,
Laman web:
1. Ikhwanonline
2. alraedh-maktoobblog.com
3. ahlalhdeeth.com

19 ulasan:

akhisalman berkata...

salam. terima kasih kerna siarkan artikel saya ni. utk lihat artikel asal dan artikel2 perbahasan agama yg lain sila di di dlm blog sy ni http://akhisalman.blogspot.com/

semut hitam berkata...

Allahuakbar !!!! Allahuakbar !!!! Allahuakbar !!!!

tok_gajah berkata...

Hasrat DAP berkuasa sepenuh nya untuk memerintah akhirnya tercapai juga. Walaupun hanya sebuah negeri, iaitu P Pinang. Cita2 mereka ini termakbul dengan pertolongan PAS dan PKR. Sangat besar nilai jasa budi PAS dan PKR ini terhadap negara kerana telah menyerahkan P Pinang kepada DAP.

Tanpa Nama berkata...

takbirrr...

Cina Islam Jugak berkata...

Ulasan Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi

Pertama : Fatwa al Qaradhawi adalah jawapan kepada soalan yang dikemukakan kepada beliau atau mengulas situasi yang disebutkan oleh mereka yang bertanya iaitu mengenai tahanan ummat Islam Palestin di penjara Israel . Justeru itu perlu dilihat bagaimana keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya . Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada padanya dan fatwa al Qaradhawi membenarkan mogok lapar dalam situasi seperti itu .

Tahanan itu berada di dalam penjara , maka apalah pilihan yang ada pada mereka bagi mendesak Israel agar membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia akan kekejaman Israel alihi laknatullah . Situasi ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di dalam negara kita .

Kedua : Sirah yang menjelaskan sikap Abu Bakar rha mengeluarkan kenyataan untuk tidak makan dan minum perlu dilihat kepada beberapa keadaan :

1. Peristiwa itu berlaku diperingkat awal Islam bertapak di Makkah dan aqidah serta syariat belum sempurna . Marhalah Nabi saw pada waktu itu hanyalah diperingkat dakwah dan pemantapan aqidah . Marhalah ini pernah menyaksikan Nabi saw meminta para sahabat meninggalkan Makkah berhijrah ke Habsyah sebagai usaha menyelamatkan aqidah justeru aqidah mereka masih diperingkat tunas .

2. Kisah itu tidak menunjukkan tindakan Abu Bakar mogok , tetapi hanya sekadar ucapan tegas Abu Bakar kepada Ibunya [ Ummu Khair - belum Islam pada waktu itu ] , sebagai ugutan agar ibunya segera bertemu Ummu Jamil rha [ saudara perempuan Saidina Umar al Khattab ] untuk mendapatkan kepastian keselamatan Nabi saw sejurus sedar dari pengsan setelah Abu Bakar dan Rasulullah saw bersama sahabat yang lain diserang oleh kuffar Quraisy .

Ummu Jamil akhirnya membawa Abu Bakar rha. ke rumah Arqam abi Arqam untuk bertemu dengan Rasulullah saw yang berlindung di rumah tersebut . Pertemuan itu juga membawa Ummu Khair memeluk ajaran Islam .

Mogok dan Puasa Sunat

Tanpa ada keadaan yang dhorurah untuk mengharuskan suatu yang diharamkan maka mogok lapar adalah salah disisi syara' bagi ummat Islam . Sementelah pula keadaan yang tidak mendesak atau memaksa dengan maksud kita masih mempunyai waktu yang luas dan ruang yang lebar untuk merangka tindakan yang tidak hanya membinasakan diri tanpa memberi kesan yang besar kepada pemerintah yang zalim .

Kepada golongan bukan Islam mungkin mereka menggunakan mogok lapar sebagai hak mereka untuk bertindak tetapi tidak untuk ummat Islam kerana kita mesti berpegang kepada kaedah matlamat tidak menghalalkan cara .

Sebagai muslim , dalam menghadapi kezaliman pemerintah tidak menjadikan kita buntu dan hilang pedoman . Kita ada Allah swt dan kita diajar agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat . [ واستعينوا بالصبر و الصلاة ] al Baqarah 45 .

Ibnu Kathir di dalam tafsirnya menyebut bahawa maksud sabar di dalam ayat 45 surah al baqarah ini juga diertikan sebagai puasa . Al Qurtubi dan lainnya menyebut , inilah sebabnya Ramadhan dikenali sebagai bulan sabar .

فأما الصبر فقيل انه الصيام . نص عليه مجاهد

Tafsir Ibnu Kathir

Puasa adalah pilihan muslim untuk bermunajat kepada Allah swt agar kezaliman dihancurkan . Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita .

Tanpa Nama berkata...

Belit yb.. belit lagi.. penyokong bukan nya tau.. pedulikan hukum hakam.. janji ada kuasa..

Titi Serong

lebai_y2k berkata...

hek ele,macam la yang memerintah penang sebelum ni melayu..koh tsu kun tu melayu ke?cakap tak pakai akal.bila hati tu mati,segala kebenaran depan mata pun langsung tak nampak

Tanpa Nama berkata...

Apabila UMNO serahkan Pulau Pinang kat Gerakan tak pun Orang Umno bising, sebab puak puak dia yang buat.

musafirlalu berkata...

Terima kasih kepada tok_gajah diatas ucapan tahniah tersebut.Janganlah nanti dikatakan "kata dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih.

Sebelum ini siapa yang memerintah P.Pinang kalau tak Parti gerakan.Walaupun UMno memegang majoriti didalam Dun.Tetapi Ketua Menteri bagi kat Gerakan.Malulah sikit dengan Pakatan Rakyat yang mengunakan pakai sistem demokrasi yang dilaung-laungkan selama ini.Kalau dah Dap dah dapat majoriti maka dia lah yang memerintah.

Lainlah kalau Negeri itu Negeri Beraja.Makanya Melayu/Islam lah yang akan menjadi Ketua kerajaan.Contohnya diNegeri Perak walau pun Pas memenangi kerusi paling sedikit,MB nya adalah Melayu/Muslim.Tidak timbul siapa siapa yang menjadi tunggangan siapa.Apa yang UBn timbulkan tentang menjual tanah kepada cina.Propaganda yang direka oleh UBn terutamanya UMno semuanya memakan diri sendiri.

Saya rasa tok_gajah patut bersyukur sekurang-kurangnya bantuan kepada Sekolah Ugama diberikan semula oleh kerajaan negeri P.Pinang yang selama ini telah disekat oleh kerajaan UBn.

Bagaimana pula Singapura boleh terlepas kepada Lee Kuan Yew.Tak cukup dengan itu sekarang tanah Negeri Johor pula dijual kepada Singapore.Boleh tok_gajah tolong jawab.

serupasekala berkata...

Syabas YB Idham Lim ,saya sangat bangga kerna terdapat YB yang bercakapnya ada NAS dan ada Hadis untuk menyokong percakapan nya.

SAYA BERHARAP BENAR SETIAP YB YB MESTI BECAKAP BERDASARKAN NAS DAN HADIS baru lah percakapan itu tidak terjerumus kearah PASIK RIAK SAMA'AH DAN SEBAGAI NYA.

ISLAM ADALAH PEMBIMBING UMAT SEJAGAT.

takbirrrrr.

putraminang berkata...

BN serah Singapura???

putraminang berkata...

Penang dulu pun bukan UMNO

putraminang berkata...

Batu Puteh nak Singapura???
UMNO/BN: Jahat Bodoh Gila...

putraminang berkata...

macam gajah harap saja tubuh besar... pikiran???

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak harap ulamak bedebah nak sokong cam di Perak memang payah, kalau ada puak lain yang menentang sipembunuh misteri dengan unjuk rasa berpuasa sunat di olah nya hingga nampak jadi haram ikut sesedap rasanya. Tu pasal lah puak-puak ularmak tu tak sapa nak hormat kat depa.

Tanpa Nama berkata...

oi org umno...nk berdebat kemukakan fakta la...buat malu umno jela kome ni...malu ak duk melesia ni sbb ade parti umno...lg satu malu ak jd ord melayu sbb parti umno!!!

ubatkuat berkata...

tanpa nama ,,aku nak nasihat kat kau,,cerdik pikiran sikit lah bila berhujah dengan kemukakan fakta dan sumber yang benar dan jangan sesuka hati membuat penilaian yg orang ramai tak reti nak paham,,jika diselidiki puak sekularisme cam kau takut benar dengan kebenaran ayat2 ALQURAN N HADIS jika diadakan perdebatan,,korang menuduh kami ni berselindung di balik ISLAM,,ape jadah nya nak selindung sedangkan berhujah dengan AYAT ALLAH DAN HADIS JUNJUNGAN lah menampakkan kita bersedia sengan fakta yg terus menerus dari allah dan rasul

Baginda Reformasi berkata...

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka! …”
Gambar-gambar MOGOK LAPAR baginda sertakan untuk menunjukan protes terhadap sesuatu kezaliman....

rujuk gambar blog baginda di

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/05/mogok-lapar-satu-tuntutan-syarak.html

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat sy ini adalah khilaf antara ulama. Masing2 ada hujah. Janganlah kita merendahkan pendapat yg berbeza dari kita. Pendapat say adalah tidak setuju orang islam mogok. Kerana keadaan jauh berbeza dari palestin dll.