03 Mei 2009

"Sembunyi apa yang ada " : Sikap orang Cina yang saya ketahui.

Pada kesempatan kali ini saya akan menceritakan mengenai satu sikap orang Cina yang diajar kepada saya oleh kedua ibu-bapa tersayang dan demikianlah sikap ini menjadi amalan orang Cina sejak zaman berzaman serta masih diamalkan oleh orang Cina pada zaman sekarang. Keunikan sikap dan budaya orang Cina ini saya akan cuba menulis dalam beberapa tulisan berdasarkan kesempatam masa yang ada pada masa akan datang.

Kesempatan saya berada di China selama 4 tahun sebelum dari ini menyakinkan penulis betapa keunikan budaya dan sikap orang Cina ini tidak jauh tersasar dari ajaran Islam yang kita anut.

SEMBUNYI APA YANG ADA, NAMPAK MISKIN TAPI KAYA.

Berseluar pendik dan berbaju singlet bukan ukuran ada wang atau tidak. Berbasikal malah berjalan kaki bukan berarti "Apek" tidak ada wang. Begitulah sedikit gambaran sikap sebenar orang Cina yang sudah dilupakan oleh banyak pihak.

Terkadang banyak manusia sebenarnya mempertikaikan sesuatu yang ada dan dikecapi oleh seseorang. Sebab itu bila orang Cina mengajar sikap yang sedemikain, saya sentiasa bertanyakan apa yang seseorang itu ada dalam hidup ini.

Kerana itu bila kita sentiasa bertanya apa yang dia ada berarti berjumpalah kita dengan kebaikan dan kelebihan seseorang itu miliki. Pasti ada. Mustahil kalau tidak ada.

Bila menyoal apa yang seseorang itu miliki kita IsyaAllah tidak akan timbul perasaan iri hati dan dengki kepada apa saja yang kita lihat dibelanjakan oleh seseorang.

Sebab itu saya melihat dikalangan orang Cina sangat sedikit sesama mereka untuk mempertikaikan apa yang dilihat dan diperolihi oleh temannya sendiri. Mungkin mereka berpegang kepada prinsip "SEMBUNYI APA YANG ADA, NAMPAK MISKIN TAPI KAYA" untuk apa menyibuk mengenai orang lain. Pasti dia ada sesuatu walau tidak kelihatan.

Sebaliknya semua menyedari di luar dari orang Cina sekiranya mereka melihat sesuatu yang lebih termasuklah dalam hal harta benda kepada teman apa lagi lawannya, bersegaralah mereka akan menyelidik sampai keperingkat menfitnah dengan berbagai andaian. Berbagai andaian dan pengiraan yang sekadar memuaskan nafsu semata-mata berjela-jela akan dikarang dalam pemikiran dan dihambur-hamburkan secara "boros".

Fitnah dan pembohongan semacam sesuatu yang diwajibkan walaupun sangat terlarang dalam Islam. Mereka cuba memekakkan telinga dan memejamkan mata . Sudahkah lupa kepada asas ajaran Islam yang mengajar kita bersangka baik atau husnul dzan kepada saudara sesama Islam.

Realiti pengamalan dalam masyarakat hari ini mereka sangat menebal dengan sangka buruh atau su'ul dzan.

2 ulasan:

Kekacang berkata...

Masalah umat Islam sekarang ialah tidak mengikuti ajaran Islam. Ajaran Islam dilihat menyekat mereka. Budaya berlumba mengejar kekayaan, pangkat dan harta bukannya budaya ajaran Islam.
Islam menekankan aqidah dan akhlak, bukannya harta duniawi.
Malangnya umat Islam meninggalkannya, kalau sempat tersedar apabila nyawa sudah sampai kerongkongan. Itupun masih ramai yang tak sedar.

toytian berkata...

Salam sejahtera,
Sayang sekali budaya itu kurang sekali pada melayu dan sewaktu dgn nya.
Amat penting pihak PR mengilmukan rakyat.
Lama dah minda rakyat dikotak-kotak oleh penjajah UBN nie.
Penjajah UBN kata kalau tak ada mike rakyat akan kebukor.
Belanja wang negera, macam mike yang punya. Hebatnya mike didunia.
Kita sama2 doakan agar mike diberi petunjuk dan hidayah serta takut dgn TUHAN.