07 Mei 2009

Tindakan BN di Perak kelihatan gopoh - Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.

"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagana yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pasti mengenai perlembagaan yang diguna pakai di negeri Perak dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

"Isu ini dah dibawa ke mahkamah, jadi biarlah mahkamah buat membuat keputusan mengenainya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, Barisan Nasional (BN) mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak.

"Kita tak patut terlalu gopoh...semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan. Mstar dengan sedikit edit.

5 ulasan:

TERLEBIH FIKIR.COM berkata...

TINDAKAN KUTUK JANGGUT NABI MUHAMMAD S.A.W JUGA SATU TINDAKAN APA? APA HUKUMNYA MUFTI PERAK? APA PULAK HUKUMNYA BERSEKONGKOL DGN GOLONGANNI?

Tanpa Nama berkata...

tak pa tapa apa nama aaa apa ke nama asai BN menang tak paaa, matlamat menghalalkan cara ha ha ha, esok ending kudeta, ha ha ha mesti BN menang punya, malaysia boleh!!! boleh asal masyukkkk, asal apa saja, he he domo kasi kot he he bukan demokrasi...ambilah Perak ke Emas ke asal kau bahagia wahai BN yg mahabaik, maha adil, maha prihatin !!! segala galanya kau punya, kau ada pisau, kau ada peluru,gas, tong gas, mortar, peluru hidup, water canon dan KERIS . TIKAM beb , tikam depan boleh, tikam belakang pun rupa rupanya kau boleh juga ye, ingat tak tau tikam belakang, he he

Abdullah Ngah berkata...

siapa yang dimaksudkan sebagai gopoh oleh Tun Dr Mahathir.

Siapa lagi, tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Tun Dr Dr Mahathir pernah sebut, Datuk Seri Mohd Najib Razak pengecut.

Memang orang pengecut selalu bertindak gopoh gapah.

Tun Dr Mahathir pernah tanya orang changkat Jering ketika ceramah semasa pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang tidak lama dulu.

Pertanyaan itu berbunyi: bolehkah orang jahat dilantik jadi pemimpin.

hadiri ada yang jawap tidak boleh. tapi jangan lupa ada yang jawab boleh.

mengapa tidak boleh dan mengapa tidak boleh. Boleh jika ada yang berkenan. Tidak boleh apabila ada yang tak berkenan.

Sekarang sah bahawa orang pengecut sudah dilantik menjadi presiden Umno dan perdana menteri ke 6.

Boleh pun, malah Tun Mahathir sendiri yang puji, kerana anaknya dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

pertanyaan tadi dikhususkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan pada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Persoalan sekarang apakah implikasinya negara kita diterajui oleh seorang yang pernah dilabelkan sebagai pengecut oleh Tun Dr Mahathir.

Hal ini juga dapat kila tengok apa yang telah, sedang dan berlaku dengan negeri Perak yang diambil alih secara gopoh.

Memang kemenangan berpihak kepada UMNO, tapi akan jadi pada undang undang negara dan undang undang tubuh negeri Perak.

Berlaku krisis undang undang sabit krisis politik dalam suasana krisis ekonomi global yang barangkali akan jadi haru biru.

namun krisis keyakinan juga mungkin muncul sabit tindakan seorang oerdana menteri yang pengecut.

Bukan saya yang labelkan, tapi Tun Dr Mahathir yang mula tidak senang dengan tindakan gopoh perdana menteri terhadap Perak.

Kalau Perak diperlakukan demikian apa pula keatas lain lain negeri yang di perintah PR.

Bagaimana pula dengan slogan rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan. Bolehkah ia dipraktikkan?

Kalau boleh Alhamdulillah. Tapi bagaimana pula kalau tidak boleh?

Kalau asyik buat kesilapan macam mana hendak aman dengan kaedah satu Malaysia yang akan menghapuskan bangsa rakyat yang diakui oleh Allah bahasa puak puak bangsa bangsa itu ialah untuk kena mengena satu sama lain.

komentarkini.blogspot.com

Unknown berkata...

Terlebih dahulu maafkan saya YB. Banyak Blog yang memetik kata orang tua ni. Dia ada agenda untuk berkata demikian, lepas tu senanglah dia masuk jarum. Dia guna teknik komunikasi untuk mendapat persefahaman dari kita semua. Apabila kita rasa gelombang fikiran dia sama dengan kita mudahlah dia pyscho kita. Kalau tak percaya tengok ayat dia, mula-mula kata Sultan tak boleh pecat MB, lepas tu kata kes di Perak ni lain. Ramai yang termakan kata-kata dia. Dah lama kenal pola dan psycho orang tua ni. Jangan mudah sangat melonjak kegembiraan bila kita rasa kata-kata seseorang itu memihak kepada kita. Nanti lanun beri sokonganpun kita melonjak kegembiraan.

opisboi berkata...

mamak madey al-tongkangki alputar alami alnyanyuki