Saya datang kes ini untuk bersama dengan kerajaan negeri perak, pejabat DS. Nizar adalah pejabat menteri Besar namun ada orang yang tidak berani menerima kenyataan.
Kalau PRK sekali lagi di adakan kita akan menang lebih besar , menag 2/3. Sebab itu BN takut bubarkan DUN dan sembunyi dibelakang institusi Raja.
BN takut, bacul kerana mereka tahu mereka salah. Semua mereka boleh lakukan namun kita tidak akan gentar, kerana kita tahu kita benar dan kita berani kerana kita benar.
Beliau percaya kerajaan pakatan Rakyat Perak ditubuhkan dengan berdasarkan 5 prinsip 5 K, kebajikan, keadilan, ketakwaan, kebebasan, kebenaran. Namun satupun tidak ada pada BN.
BN menanggap mereka sebagai Firaun namun mereka ditunjukkan dalam al Quran mereka dikalahkan juga.
YB. Lim Guang Eng mengisahkan Qu Yan seorang penglima dalam sebuah negeri yang jujur berkhidmat begitu baik kepada rakyat. Akhirnya dia dijatuhkan dan dipecat. Dengan kesedihan itu dia lihat negara dan kerajaan nak jatuh , dengan hampa dia telah terjun ke sungai dan bunuh diri. itulah akibat dari menteri-menteri banyak busuk hati.
Rakyat tahu dia seorang panglima yang baik, kerana itu sebagai penghormatan kerana mayat tidak dapat dicari, maka orang cina membuat kuih chang dilemparkan kedalam sungai supaya mayat Qu Yan tidak dimakan ikan.
Kita tidak perlu buat seperti Qu Yan buat, sekarang kiita makan kuih Chang sebagai memperingati kisah itu. Sekarang bantahan ditunjukkan dalam undi.
Untuk menentang kerajaan BN kita mesti menggunakan kuasa rakyat walaupun panjang dan berliku. namun selagi kita yakin kita betul dan yakin diredhai oleh Tuhan dan rakyat maka saya percaya kemenangan akan akhirnya memihak kepada Rakyat, Nizar dan semua Exco.
Sokongan penuh dari rakyat Pulau Pinang dari rakan-rakan kita dari Perak, kita mahukan DS. Nizar kembali sebagai MB perak yang sah, yang bukan diputuskan oleh seorang dua tetapi diputuskan oleh rakyat.
Kita tidak akan hilang harapan, kita akan sabar , kita akan tunggu kemenangan majoriti 2/3 nanti.

3 ulasan:
Satu ucapan yang memang meransangkan semua rakyat Perak dan yang pasti akan berlaku satu hari.
Terkeluar dari topic ini sedikit..............
Semasa YB menjadi ketua Backbenchers Club, tidakkah YB perasan katak-katak tu akan melompat? Tak silap saya, YB Drs pada satu masa ada mengatakan yang YB-YB pakatan rakyat masing-masing ada menghubungi satu sama lain dan tidak ada apa-apa akan terjadi.
Saya mengutuk aksi-aksi katak yang jijik itu tapi tahukah YB Drs apa yang sebenarnya terjadi menyebabkan mereka melompat? YB Drs yang serba cerdik dan alim beragama patut mencari kebenarannya selain dari mencari kesalahan-kesalahan mereka. Siapakah dalang-dalang yang menyebabkan YB Hee membuat keputusan begitu? Pergilah cari pemberita-pemberita (yang sampai sekarang tak berani langsung membuka mulut) yang hadir bersama Hee semasa beliau membuat keputusan tersebut di rumahnya. Pasti anda akan terkejut.... Tetapi hari ini merekalah yang jadi hero pakatan rakyat dan spokesmen anda semua. Mereka ini lagi jijik. MB Nizar yang saya hormati sekali pun memang tahu siapa mereka ini.
Tunggulah pendedahan yang akan datang tak lama lagi.
Sokongan dan undi saya (saya seorang penyokong biasa) memang tetap menyebelahi pihak Pakatan Rakyat.
Kadang2apa yang kita suka tak tercapai..segalanya dlm ilmu Allah..tugas kita berusaha..kesungguhan pimimpin di Perak telah terserlah..moga berjaya
zaman Nabi S.A.W dulu pun dah ada munafikun.... tak heranlah skang pun ade... ini adalah sebahagian dr ujian Allah kpd hambanya yg bertaqwa..
teruskan perjuangan... pantang menyerah ... kerana syaitan suka org yg putus asa!
Catat Ulasan