01 Julai 2009

A(H1N1): Malaysia rekod 20 lagi kes baru

PUTRAJAYA: Dua puluh lagi kes influenza A(H1N1) dilaporkan di Malaysia iaitu 16 adalah kes import dan empat lagi ialah kes jangkitan tempatan menjadikan jumlah kes yang melibatkan penyakit itu kini mencecah 144, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

Katanya 20 kes baru berkenaan melibatkan 13 rakyat Malaysia dan tujuh rakyat asing - Vietnam (1), Jerman (1), Australia (1), Jepun (1), Amerika (1) dan dua lagi ialah rakyat Indonesia.

"Daripada 16 kes import itu, mereka mempunyai sejarah melawat negara yang terjejas dengan wabak influenza A (H1N1) iaitu Australia (6), Indonesia (5), United Kingdom (2), Jepun (1), Singapura (1) dan Thailand (1).

"Empat kes jangkitan tempatan melibatkan rakyat tempatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan peningkatan kes import dari Indonesia dan Thailand, Mohd Ismail berkata Kementerian Kesihatan menetapkan mulai sekarang, semua pelawat yang datang dari kedua-dua negara itu akan diperiksa sebaik tiba di Malaysia seperti yang dilaksanakan terhadap pelawat dari Filipina, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kes tempatan terbaru iaitu yang ke-19, melibatkan seorang lelaki berusia 39 tahun dan kontak kepada tiga kes wabak itu (isteri dan dua anaknya).

Beliau mula menunjukkan gejala sakit tekak pada 25 Jun semasa menjalani kuarantin rumah sebelum dimasukkan ke wad di Hospital Pulau Pinang dua hari lepas dan disahkan positif pada hari yang sama serta berada dalam keadaan stabil setelah diberi rawatan antiviral.

Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban menjadi kes tempatan ke20 dan beliau merupakan adik pelajar Malaysia yang baru pulang dari Melbourne, yang juga telah dijangkiti wabak influenza A (H1N1).

Beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Sabtu lepas sementara 46 rakan sekelas serta 12 guru dari sekolahnya dikenakan kuarantin di rumah sehingga 3 Julai.

Kes tempatan ke-21 membabitkan seorang guru wanita berusia 36 tahun yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Jumaat lepas dan disahkan positif semalam.

Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Sekolah Tsun Jin Height, Jalan Loke Yew, Cheras di sini menjadi mangsa tempatan ke-22 dijangkiti wabak itu selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh Sabtu lepas dan disahkan positif semalam.

Menurut kenyataan itu, pengesanan kontak sedang dijalankan dan rakan sekelas pelajar terbabit diminta supaya menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Mohd Ismail berkata jumlah pesakit A (H1N1) yang masih dirawat di hospital berjumlah 42 orang dan kesemuanya telah menunjukkan respons yang baik kepada rawatan tanpa komplikasi manakala jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya serta dibenar keluar dari hospital setakat ini adalah 102 orang.

Jumlah kontak yang sedang menjalani kuarantin di rumah berjumlah 618 orang, jumlah terkumpul kes yang disiasat kerana disyaki dijangkiti A (H1N1) setakat ini ialah sebanyak 2,343 kes iaitu 144 kes disahkan positif manakala 28 kes masih menunggu keputusan.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memaklumkan bahawa sehingga pukul 8 pagi ini, jumlah terkumpul kes influenza A (H1N1) adalah 61,688 kes dengan 265 kematian daripada 112 negara, iaitu menyaksikan peningkatan sebanyak 497 kes.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, tiada pertambahan jumlah kematian dan negara baru.Australia muncul sebagai negara yang melaporkan pertambahan kes paling tinggi dengan 180 kes, Singapura (145), China (51), Hong Kong (66), Korea (21), New Zealand (16), Malaysia (12) dan Brunei (4).-mStar Online-

2 ulasan:

Ross Safina Hor berkata...

Salam...

FIGHT THE INFLUENZ A(H1N1) FLU WITH PROTECUR-100?

H1N1 is a global problem and it doesn't appear to be stopping. With WHO declaring LEVEL 6 which is PANDEMIC level for H1N1, now is the time to pay extra attention to your health. You really need a strong immune system so that you can reduce your risk of contacting H1N1.

www.PROTECUR.com
MIKHAIL HOR @ MICHAEL HOR
+6012 4839622

Ross Safina Hor berkata...

Salam...

PENGEDAR PROTECUR-100 DIPERLUKAN DISELURUH ASIA...

Tahukah anda bagaimana untuk mencegah H1N1???
Insyaallah…PROTECUR-100 dapat membantu untuk mencegah wabak yang semakin mengganas menyerang kita semua. Produk kami adalah semulajadi dan ia juga boleh dikatakan anugerah daripada ALLAH SWT kepada hamba-hambanya apabila kita ditimpa masalah begini.

Marilah bersama-sama kita memeranginya tanpa keluhan dan putus asa. Ia menyerang tanpa mengira usia, warna kulit, tanpa belas kasihan(no mercy) dan tanpa memberi amaran. Kini virus H1N1 ini berada dimana-mana untuk memusnahkan kehidupan kita.

Jangan teragak-agak untuk mencuba penawar ini sebelum kita diseranginya.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT…

Hanya RM 38 sahaja sebotol dan tak rugi untuk mencubanya demi keselamatan diri sendiri dan keluarga tersayang.PROTECUR-100 juga dapat membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah:

Kencing Manis
Gaut
Buasir
Penyakit Kelamin
Sinus(resdung)
Tekanan Darah Tinggi
Obesiti
Penyakit Kulit
Keputihan bagi wanita
Tahap Ketahanan Badan Rendah
HIV Positif
Batuk
Demam
Selsema
Tonsil(Sakit Kerongkong)
Radang Sendi
Sakit Urat
Merawat dan mengeringkan luka
Jerawat

Hubungi ajen-ajen yang tertera didalam blog saya atau anda boleh terus menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
(Ross +6012 4102368 / Mikhail +6012 4839622)

KAMI MEMERLUKAN PENGEDAR DISELURUH MALAYSIA. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI UNTUK MEMBANTU SESAMA INSAN TERUTAMA KANAK-KANAK KECIL DAN BERSEKOLAH.

http://www.protecur.com/

Wasalam…