Sebenarnya, kerajaan sudah boleh membuat keputusan sama ada mahu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atau tidak tanpa perlu merujuk kepada rakyat kita.
Mungkin tiada suatu peraturan pun atau prosedur yang menetapkan bahawa sesebuah negara itu perlukan sokongan majoriti rakyat untuk menerima seseorang kembali menjadi warganegara di negara berkenaan.
Ringkasnya, penguasa boleh saja menyatakan tidak ke atas pulangnya Chin Peng dan kita tidak perlu lagi berbalah mengenai hal tersebut.
Tapi, memang sengaja hal komunis ini dikembangkan sebagai wacana baru besar-besaran di media, forum seolah-olahnya ia suatu wabak baru yang mengancam kita; mengalahkan masalah ancaman selesema babi yang melanda negara baru-baru ini.
Kerajaan boleh terus menyatakan tidak kepada usaha mengembalikan Chin Peng dan hal itu terus didiamkan sahaja. Tapi, kenapa ia dipanjangkan ke dalam media?
Umno pun tahu bahawa akan ada kalangan rakyat yang bersedia dengan kembalinya Chin Peng dan ada yang tak bersetuju. Dengan sebab itu, rakyat kita akan kembali dipecahkan dengan menimbulkan isu ini.
Apabila rakyat dipecah-pecahkan, semangat kekitaan dikoyak-rabakkan, maka senanglah Umno meneruskan penjajahannya apabila ikatan perpaduan sesama rakyat musnah.
Matlamat Umno memecahbelahkan ikatan
Itu saja matlamat Umno menimbulkan isu-isu. Bukan ikhlas, tetapi untuk pecahbelahkan umat. Sebab itu Umno takut debat. Debat itu akan menyebabkan tembelang Umno pecah.
Bukti mudah, Najib menolak debat bersama Mursyidul Am Pas dengan 'memperalatkan' kedua-dua mantan PM sebelum ini, Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi.
Najib tidak akan berani mengeluarkan kenyataannya sendiri. Yang tersiar adalah gambar dia sedang mengangkat telefon, kononnya sedang menerima panggilan Presiden Obama yang berunding dengannya berhubung usaha membebaskan tahanan Guantanamo.
Kembali kepada isu komunis misalnya, bukan tiada fakta yang menunjukkan bahawa hal pegangan seseorang itu bukanlah penyebab kepada seseorang itu tidak layak memohon menjadi warganegara di negara ini.
Contohnya, ketika mantan ketua pengarang Utusan Melayu Said Zahari dibawa semula masuk ke Malaysia ketika Dr Mahathir mula menjadi PM dahulu.
Dr Mahathir saat itu telah membatalkan larangan yang dikenakan ke atasnya yang pernah dilarang memasuki Malaysia suatu masa dahulu oleh Tunku Abdul Rahman.
Larangan Tunku itu tak pernah dibatalkan ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Tun Husein Onn, bapa kepada Hishammuddin sendiri. Hanya Mahathir yang membatalkan terus, lalu Said Zahari yang pro Sosialis dan perjuangan berhaluan itu akhirnya boleh diterima.
Tiada pula heboh-heboh di media dan tiada pula diangkat sebagai tajuk wacana, forum-forum untuk memecah-belahkan rakyat.
'Ajaran Sesat' Umno?
Ayah Pin didakwa mempunyai kerajaan di langit. Ini simbolik kepada kuasa, pengaruh dan inilah yang menyebabkan parti pemerintah, penguasa Umno berhati-hati dan berjaga-jaga. Jika ajaran sesat itu tidak bermotif politik dan kuasa, Umno tak peduli sangat.
Umno menyesatkan pemikiran rakyat dengan kurikulum Sejarah sejak merdeka mungkin. Hampir semua kisah perjuangan kemerdekaan ini Umno yang memonopolinya. Kita tidak lagi peduli tentang bagaimana Sosialis berjuang menentang neo-kolonialisme.
Mari mengkaji kesesatan pemikiran Umno sehingga memaksa rakyat meraba-raba dalam kegelapan. Ambil kes Henry Gurney sebagai contoh.
Media yang ditunggang Umno melaporkan kemuncak pembunuhan Henry Gurney adalah kemuncak kepada kekejaman pengganas komunis.
Umno sepertinya terlupa bahawa Henry Gurney adalah penjajah. Penjajah British. Di sini penjajah tentu seorang pengganas. Komunis dianggap pengganas, tapi komunis bukannya penjajah. Di sini, kita kena ingat, siapakah yang lebih merbahaya?
Penjajah tentunya pengganas, tetapi pengganas tak semestinya penjajah. Sekali lagi, siapa yang lebih merbahaya?
Sesuai dengan namanya yang bersifat penjajah dan pengganas, negara kita mengabadikan nama Henry Gurney kepada sekolah jahat. Henry Gurney Prisoners School atau Sekolah Tahanan Henry Gurney adalah sekolah penjara di Melaka.
Henry Gurney, pegawai Empayar British dari Palestin?
Siapa Henry Gurney? Kitab sejarah sekolah tidak menjelaskan siapa beliau. Sebelum dia datang ke Malaya, dari manakah dia datang? Umno tidak menjelaskan semuanya.
Menurut laporan, daripada 1944 sehingga 1946, beliau adalah Chief Secretary kepada kerajaan mandat Palestin. Selepas 1946, beliau dibawa ke Malaya sehingga 1948.
Jasa Henry Gurney agak besar dan cemerlang di Palestin. Ketika inilah wilayah Palestin mula diancam peceroboh Yahudi, Zionis sedikit demi sedikit. Atas sebab itu, kita patut mengenal siapakah sebenarnya Henry Gurney ini ketika Umno menyesatkan kita.
Berdasarkan rekod-rekod cemerlangnya dalam membantu Zionis melebarkan pengaruh penjajahan di Palestin itu, maka pada 1951, Henry Gurney telah ditembak mati dalam perjalanan pulang ke Bukit Fraser.
Tapi, mungkin pihak komunis bukan membunuh Henry Gurney di atas wataknya sebagai pihak British yang membantu Zionis dalam penjajahan ke atas Muslim di Palestin.
Komunis membunuhnya kerana dia adalah wakil penjajah British yang ingin meluaskan taklukan empayar British ke atas Malaya.
Justeru, Umno dengan kesesatannya telah kesampingkan watak Henry Gurney ini sebagai penjajah Muslim di Palestin. Tuhan telah gerakkan komunis untuk membunuh musuh kita sendiri yang telah memusnahkan Palestin.
Maka setidak-tidaknya kita kena tahu bahawa Henry Gurney adalah perancang keganasan dan arkitek penjajahan yang jauh lebih hebat cengkamannya ke atas kemanusiaan.
Betapa 'mulianya' Henry Gurney ini dalam pandangan kita sehingga selepas kematiannya, namanya dan penjajah British telah diangkat sebagai wira yang menyelamatkan daripada pengganas komunis, sedangkan British adalah pengganas dan penjajah di Palestin.
Itu antara kisah kesesatan Umno dan 'ajaran sesat' parti itu dalam menenggelamkan watak gelap penjajah British hingga menampilkan yang indah-indah saja tentang British.
Kesesatan Umno; terjebak amalan sihir?
Satu lagi masalah yang melingkari Umno ialah kebanyakan para pendokongnya ada yang telah menggunakan khidmat, pawang, bomoh dan dukun untuk mengejar kekuasaan.
Menjelang pemilihan perhimpunan agung parti itu termasuklah ketika pilihan raya umum sedang berlangsung, akan ada saja rumah-rumah pawang dan dukun dikunjungi.
Daripada maklumat-maklumat orang-ramai, kerap juga kita dengar bahawa ajaran sesat Ayah Pin misalnya terkait dengan sihir sehingga menyebabkan ramai yang terpedaya.
Ilmu sihir jelas bertentangan dengan ajaran agama biarpun Najib membangunkan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Abdullah melayangkan idea Islam Hadhari sebelum ini.
Pendek kata, idea penubuhan Baitul Mal dan segala agensi Islam tidak membatalkan dosa beramal dengan ilmu hitam dan sihir. Ini pun, sebahagian ciri-ciri ajaran sesat.
Dalam sebuah klip video YouTube ada ditunjukkan dakwaan terhadap isteri Najib yang kononnya telah mengguna khidmat pawang, bomoh dan dukun sebelum menikahi Najib dan selepas menikahinya. Najib dan Rosmah wajib membersihkan nama mereka.
Barangkali, tiada jalan lain untuk menutup semua ini melainkan dengan cara memberikan kesibukan ke atas fikiran rakyat dengan isu Kerajaan Perpaduan, isu sama ada Chin Peng wajar dibawa ke Malaysia atau pun tidak, termasuklah isu-isu remeh lain.
Di dalam YouTube, anda cuma perlu menaip Rosmah puaka dan tontonlah dakwaan yang terkait dengan isteri Perdana Menteri itu.
Jangan-jangan apakah ini antara sebab kenapa Perdana Menteri enggan berdebat bersama Mursyidul Am Pas tersebut? Wallahu'alam ...-HarakahDaily.net-
1 ulasan:
mufti Perlis tidak setuju Nik Aziz Nik Mat Kafirkan UMNO, kerana UMNO itu muslim.
Kata Mufti itu, zimmah pun tidak boleh kata dengan kata kata yang buruk.
Memang tidak boleh kata kafir kepada orang yang tidak kafir. Tapi bagaimana kalau mereka itu kafir.
Bukankah ragu pada kekafiran seseorang kita jadi kafir.
Tidak kafirkah mereka yang persenda sendakan hukum Allah SWT.
Tidak kafirkah mereka bila berkata habis batu jika laksanakan hukum hudud nanti.
Tidak kafirkah apabila berkata hendak makan sup tangan perdilah ke Kelantan.
Tidak kafirkah apabila mereka kata undang undang Islam tidak sesuai zaman moden ini.
Muslimkah UMNO yang tidak tolak undang undang Allah SWT.
Kita aku mereka Islam. Tapi Islam mereka islam lebralisme yang tidak aikut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Mohammad SAW.
Mereka Tetap Islam, tetapi Islam yang duduk dalam puak yang langgar perintah Allah.
Saya tidak nafi dengan apa yang disebut oleh Mufti Perlis itu. Tetapi akan mereka itu muslim.
Kalau mereka muslim mereka tidak zalim dengan muslim lain, terutama sekali orang PAS di kelantan.
Ini tidak. Baja padi tidak diberi kepada orang PAS kelantan termasuk bantuan lain untuk rakyat.
Dimana letaknya rakyat didahulukan.
Wahai Mufti, cakap dan tulis jangan ikut hawa nafsu.apakah hukum orang yang sokong orang zalim.
Tolong menolong dalam perkara baik bukan tolong menolong pada kemungkaran
Catat Ulasan