29 Jun 2009

Berita luar negara: Bank Komersial Perlu Kawal Penggunaan Pinjaman untuk Cegah Risiko

Alif H'ng
2009-06-26 17:18:24 Agensi Berita Xinhua China

Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Perbankan China (CBRC) mengeluarkan arahan baru-baru ini, meminta supaya pemberian pinjaman daripada bank komersial memenuhi permintaan ekonomi sebenar, dan mencegah pinjaman disalahgunakan di pasaran saham dan sektor hartanah. Penilaian terhadap bank-bank komersial dari segi jumlah dan proses pemberian pinjaman juga menjadi lebih longgar. Pakar yang berkaitan menyatakan bahawa arahan CBRC itu adalah untuk mencegah bank-bank komersial daripada memberikan pinjaman secara mendadak pada penghujung suku ini dan mencegah risiko kewangan.


Untuk menghadapi krisis kewangan antarabangsa, China telah mengambil dasar mata wang yang agak longgar sejak awal tahun ini. Ini menyebabkan pinjaman wang banyak bertambah sehingga mencapai jumlah 5840 bilion yuan RMB dalam tempoh lima bulan lalu. Angka ini sudah melebihi rancangan pinjaman untuk sepanjang tahun ini, iaitu 5000 bilion yuan RMB. Pertumbuhan pinjaman yang terlalu pesat telah meningkatkan risiko kewangan.

Naib Ketua Pengarah Penyelidikan Pasaran Kewangan Akademi Sains Sosial China, Yin Zhongli menyatakan bahawa "Sekiranya dana pinjaman memasuki pasaran saham dan hartanah, ia akan menghadapi risiko yang besar, kerana harga saham dan hartanah tidak mungkin naik selama-lamanya. Sekiranya ia berturun, kerugian pelabur akan menjadi sangat besar, dan ini mengakibatkan risiko pinjaman pihak bank. CBRC selalu berwaspada terhadap hal itu."

Semalam, Jabatan Audit Negara menunjukkan bahawa pada tahun lalu, badan-badan kewangan seperti Bank Perindustrian dan Perdagangan China (ICBC) telah memberikan pinjaman sebanyak 21.5 bilion yuan RMB kepada syarikat hartanah, tindakan ini telah melanggar peraturan berkenaan. Penganalisis berpendapat bahawa dana spekulasi ini telah mengganggu penurunan harga hartanah kea rah yang rasional. Pada bulan April dan Mei yang lalu, penurunan kadar hartanah telah menjadi perlahan, dan indeks di bursa saham Shanghai juga meningkat lebih 50% dibandingkan dengan masa yang sama tahun lalu. Kelonggaran dana yang memasuki bidang bukan ekonomi sebenar telah mendatangkan risiko terhadap ekonomi sebenar. Yin Zhongli berkata, "Pertumbuhan pinjaman pada bulan Mac lalu banyak yang melebihi jangkaan. Sebab utamanya ialah bank komersial memberikan pinjaman secara besar-besaran pada hujung suku tahun untuk meningkatkan jumlah pinjamannya. Terdapat juga unsur manusia di dalamnya. Jadi, CBRC telah mengeluarkan arahan sebelum penghujung bulan ini untuk mencegah keadaan yang berlaku pada bulan Mac itu daripada berulang."

Kerana saiz pinjaman meningkat dengan besar 6 bulan pertama tahun ini, kecairan pasaran di China agak menjadi-jadi. Bank Pusat China dikatakan akan mengadakan Sidang Kerja Presiden Bank Cawangan untuk menetapkan kerja berkait dengan rancangan pinjaman pada setengah tahun kedua ini. Yin Zhongli menyatakan, "Ditinjau dari keadaan sekarang, masih belum sampai waktunya untuk penyesuaian dasar mata wang. Pada 17 Jun, Perdana Menteri Wen Jiabao mengadakan sidang Dewan Negara dan menerangkan pendiriannya untuk terus melaksanakan dasar kewangan yang positif dan dasar mata wang yang longgar sederhana. Pelabur tidak perlu bimbang terhadap penurunan kecairan pasaran, malah patut memberikan perhatian kepada perubahan dasar makro."

Tiada ulasan: