29 Jun 2009

BUANG MASA PAS MAHU TERIMA EZAM RAJA SESUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata," beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional. ""Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.


PETIKAN di atas adalah kata-kata Ezam raja sesumpah apabila diwawancara selepas beliau menyampaikan ceramahnya di PJ baru-baru ini. Diberitakan ceramah raja sesumpah sering disambut dengan ejekan oleh penyokong-penyokong PR yang turut hadir untuk mengikuti ceramah beliau. Seperti yang dijangka, setiap kali berlakunya pilihanraya, sudah pasti raja sesumpah akan muncul dan membuat kenyataan cuma kali ini beliau mungkin terlupa untuk bersumpah.

Apabila kita melihat kenyataan beliau di atas, ternyata Ezam raja sesumpah hanya mahu menenggek di dalam Pas apabila Pas dilihat benar-benar telah kuat. Persoalannya mahukah Pas menerima orang seperti itu? Ini bermaksud, Ezam tidak mahu bersusah payah seperti pemimpin dan ahli-ahli Pas yang lain untuk berjuang bertahun-tahun untuk meningkatkan lagi sokongan terhadap Pas sehingga berjaya mendominasikan sokongan rakyat untuk Pas memerintah negara ini. Beliau hanya berjanji akan sertai Pas apabila Pas telah dilihat dapat menjadi tunjang di dalam PR. Inilah mentaliti ahli politik yang haprak yang hanya mahu mencari makan dan tidak mahu berjuang. Sebab itulah kita tidak hairan mengapa Ezam raja Sesumpah sanggup keluar dari PKR dan memasuki Umno walaupun beliau pernah berjanji tidak akan sertai Umno. (Lihat video klip Ezam di dalam blog saya).

Pada saya Ezam raja sesumpah ini ada kualiti sedikit sahaja dari Ibrahim Al-Kataki, itu pun kerana beliau pernah dididik oleh DS Anwar sebab itulah nampak lebih berakal sikit dari raja katak Pasir Mas. Namun, apabila menyertai parti yang pernah `diludah'nya dulu, Ezam raja sesumpah telah tertutup hati dan kini cakap-cakapnya tidak berkualiti lagi. Soal asas bangsa, ketuanan Melayu dan sebagainya yang sering dicanang oleh Ezam telah dimusnahkan sendiri oleh Najib dengan konsep `One Malaysia'nya. Dan, yang terbaru Najib sendiri berjanji akan menghapuskan sistem kuota kerana sistem ini sebenarnya banyak menipu, katanya. Ucapan Najib tersebut dibuat di dalam satu perhimpunan masyarakat Cina dan disiarkan di dalam berita TV hari ini. Apa pula komen Ezam lepas ini? Di mana NGO-NGO yang terlalu taksub dengan keMelayuannya itu selama ini? Di mana Perkasa, Pewaris, Pesaka dan entah apa-apa nama lagi tu? Mengapa membisu seribu bahasa?

Usaha Najib sudah terlewat kerana dasar mengamalkan keadilan untuk semua telah dipraktikkan oleh PR, sedangkan Umno baru sekadar berjanji dan berjanji. Di hadapan masyarakat Cina rentak pemimpin Umno lain, di depan masyarakat Melayu lain lah pula bunyinya. Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam parti yang dianggotai oleh Ezam raja sesumpah. Beliau telah kehabisan modal untuk memburukkan PKR, DAP dan kini beliau cuba pula untuk memburukkan Pas. Yang terbaik bagi raja sesumpah ini hanyalah Umno sahaja. Kita harap raja sesumpah sudi untuk hadir berceramah di Manek Urai nanti kerana di sanalah gelanggang terbaik buat Ezam untuk mengerjakan Pas. Tapi saya yakin, Ezam tidak akan berani menyentuh Pas seandainya beliau hadir di Manek Urai sekalipun kerana Ezam hanya mensasarkan DS Anwar sahaja walau di mana beliau berada. Tapi, Alhamdulillah, usaha raja sesumpah ini tidak pernah berjaya walau bersusah payah beliau membawa bukti, bersumpah bertegang urat lehernya, namun sokongan terhadap DS Anwar dan PR lagi bertambah kuat.

Sebelum saya mengakhiri kalam ini, saya ucapkan tahniah kepada Ezam raja sesumpah yang akhirnya mendapat simpati dan dilantik menjadi Ketua Penerangan di PJ tempat lubuknya dahulu. Walaupun nasib beliau tidak sebaik Lokman Noor Adam yang juga bekas musuhnya di dalam KeAdilan dahulu tetapi memadailah sebagai sagu hati dari Umno untuknya. Mudah-mudahan dengan jawatan tersebut boleh juga Ezam raja sesumpah bertemu dan berganding bahu dengan Khir Toyo di Selangor dan bergurulah dengan Khir Toyo bagaimana untuk menjadi pemimpin yang bersih dan telus. Saya teringat kata-kata Ezam dahulu, "tolong bagitahu saya, mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?" Mungkin Ezam setuju juga apa yang diperkatakannya dulu. /wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

serupasekala berkata...

hai perli nampak !

hai nak masuk pas pulak.

lebai setara mano demo nak masok pas.

alim setara mana demo nak masuk pas.

penting setara mana nak masuk pas.

tak laku doh ko dale umno nak cari parti lain tu.

kalu nak masuk pas sekurang kurang nama ustaz.

baru glemor. ini bukan glemor lagu ni terkemo.

kalu lompat banyak sangat buke lagi katak tetapi yang berayun atas pokok tu.

ore lagu ni kalu jupo ular dengan dia ! kena katok dio dulu.lepas tu baru katok ular.

EQUILIBRIUM berkata...

saya rasa ezam begitu tidak cerdik apabila mengeluarkan kenyataan bodoh tersebut. dia tidak tahu kenapa PAS dapat bertahan sebegini lama walaupun pas bukan parti doninan orang melayu.

mungkin ezam perlu ambil tahu ramai menyertai PAS kerana mereka ingin berjuang dgn ikhlas. bukan sbb parti kuat atau ada peluang menjadi menteri saja. itu opportunis namanya.

Tanpa Nama berkata...

ezam noor.., sape ezam noor tu?> lawyer? majistret? doktor? sesumpah? katak? dua jawapan yang terakhir tu adalah yang paling tepat dengan ciri2 dan keperibadian makhluk yang bernama ezam noor..., manakala bapa segala katak ialah saudara ibrahim ali yang sering melompat2 dan tidak tetap pendirian.,. dimana boleh bertenggek.., disitulah tempatnya sehingga menyusahkan org lain....,

Unknown berkata...

Kalau dia tahu akan berlaku tsunami politik pada pilihanraya 2008 dulu, pasti dia tidak meninggalkan PKR. Telajak perahu boleh diundur, telajak kata tinggal sesalan. Terasa malu nak kembali ke PKR, cuba 'test market' nak masuk PAS pula.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,

jangan terima lagi orang seperti Ezam ini...
Sudahlah tidak menegnang budi... malah mahu menjahanam kawan pula...
Kalau boleh jangan layan lagi orang seperti ini...

http://vemma-worlds.blogspot.com/

member pencen keramat berkata...

Raja sesumpah nie dah tak laku lagi ceramah dia pun kalau ada 30 orang tu amat bagus,
biarkan dia dengan labu labu nya biarkan biarkan

Tanpa Nama berkata...

Pernahkah anda mendengar ungkapan " ayam tak patok itek tak sudu? "

Tanpa Nama berkata...

aku setuju ezam tu terlajak, kalau dia tau pemikiran rakyat tentu dia masih bersama pkr, masalah nya dia tak tau nak tuju mana, dia ibarat layang layang terputus tali. umno macam tak mau terima dia, nak balik pkr malu, cuba nak masuk pas.buatla sandiwara apa yang patut.nak masuk mic dia melayu, nak masuk mca, dia bukan cina, nak masuk gerakan orang gelak kan dia, nak masuk parti mana,tak tau la...banyak lagi parti lain ezam ooi..pila apply tengok

Casa Saujana Home & Property berkata...

malumat lanjut mengenai raja sesumpah di

http://pahlawanrakyat.blogspot.com/

sirat al-mustaqim berkata...

haha nak masuk pas da pulak?sapa nak terima orang lidah bercabang?x layak...

david ahmad muniandy berkata...

katak si katak lompat brip brip.....

Tanpa Nama berkata...

saya antara yang pi dengar ceramah ezam pd 27/6 di pj selatan. Ramai penyokong PR dari UmnO. Bagi ceramah pon tersekat-sekat sebab tak tahan dengan soalan2 penyokng2 PR dari luar.Kesian la aku tengok org macam ni....Takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

layan ore bodo,
pah ko kito jd bodo...
SELAMAT BERJUANG!!!!

MANEK URAI TETAP MILIK PAS....
TAKBIR!!!
TAKBIR!!!
TAKBIR!!!

Tanpa Nama berkata...

buang masa terima ezam masuk pas, jenis cakap tak serupa buat ni, biarkan enam melalak sendiri, sampai urat-urat otaknya putus, lepas tu boleh duduk kat tg. rambutan di perak atau tampoi di johor. sekian, terima kasih