28 Jun 2009

'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat

KOTA BHARU, 27 Jun : - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).

Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.

"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.

"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).

"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.

"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.

Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.

"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.

"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.

"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.

"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.

"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.

"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.

"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).

"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.

"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya. Harakahdaily

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berani ke datuk najis nak berdebat dengan TG Nik Aziz, hamba rasa tidak. Today, utusan meloya (associate party of UMENO) start they attack against tok guru, by misinterpret his statement again..., (biasalah, serangan terhadap pemimpin pembangkang termasuk dalam polisi syarikat)... kan ke statement tok guru itu hanya kiasan, perumpamaan...., tok guru kata semua fahaman yang menolak islam tu umpama komunis.., atau mungkin org2 umeno ni ingat komunis ni perjuang islam kot..., dan apakah fahaman yang dibawa umeno ni.., bukan nasionalis dgn sekular?

john berkata...

najib nak berdebat dgn TG???
udah laaaaaa.....

najib tgk sereban tok gru pun dh ngetor...
puak2 umno sume ni otak sekular...
deme mne reti berdebat,org bg tjuk lain
lain yg deme ckapnye...

david ahmad muniandy berkata...

orang ammo adalah orang bijak pandai golongan orang bercendekiawan takkan tak faham maksud apa yang tuan guru cakap, sebab itu orang yang betul-betul Islam sejati akan faham maksud tuan guru.

andy4484 berkata...

Salam dr,
ni ah yang paling saya nanti2kan. sypun rasa seluruh rakyat malaysiapun menantikan saat2 ni.rakyat semua nak tau sejauh mana bernasnya fikiran Pak Najib menjawab persoalan yang ditumbulkan TG Nik Aziz. Saya bersetuju ngan tanpa nama di atas, Najib xkan sahut sebab dia sendiri tau yang dia tiada hujah nak membela apa yang dia buat sekarang. Kita sama2 tgt sejauh mana kejantangan najib ni. Sayapun nak cadangkan supaya DS Anuar lak mengajak TPM berdebat. Biar rakyat sendiri menilai sejauh mana pemimpin mereka ini. Lagi sorang yang sy paling meluat bila tgt dia bercakap, Pak Rais Yatim. Sy duk tunggu Gak debat dia dengan Zaid.Bila agaknya nak berlangsung. X sabar rasanya.

cposawit berkata...

Salam,
Kita harap program ni di siarkan secara langsung oleh TV2 yang ada kat Malaysia ni,tak kirala tv1,2,3 atau astro.
Baru rakyat tau yang pas bawa ajaran sesat atau ubn yang bawa ajaran sesat.
Kita doakan bagi jadi..

Nangkubai berkata...

Kalau boleh ajak sekali Mufti Perak yang Tak akan Melayu hilang di dunia tu..

Syawal Ipoh berkata...

Najib boleh buat perubahan...
Najib, cakap la...apa yg TGNA bagitau tu adalah benar belaka.

Najib tahu TGNA berkata benar...

Yang pasti, Najib tidak akan berdebat dgn TGNA.
Kalau Najib berdebat? Hhuhu...itu sudah bagusss, saat ku nantikan....satu Malaysia menantikannya..
Tak kira UMNO , DAP, PKR dll...semuanya menanti debat ini...

Alif H'ng berkata...

bagi saya iblis paling pandai cakap dalam bab-bab agama termasuk menghafal dan selok belok suci Al-Quran. tetapi iblis tidak faham apakah maksud dalaman ayat-ayat yang ada dalam suci Al-Quran termasuk huraiannya.

kalau ada apa-apa kesilapan saya minta maaf dan tolong memperbetulkan.

Tanpa Nama berkata...

MSO dengan fikiran berpetak-petaknya cakap Najib tak payah layan TGNA lagi elok ...

Tanpa Nama berkata...

NAK BEDEBAT TAK PAYAHLAH BUANG MASA SAJA DAKWAH DIRI SENDIRI LAGI BAIK .BILA BERDEBAT HASIL NYA MACAM TU JUGAK. YANG BAIK DUDUK SEMEJA BERBINCANG TAK PERLU NAK HEBOH-HEBOH, TAK PAYAH BAWA PENYOKONG.KALAU DAH TAHU DIA TAK NAK ISLAM DAKWAH LAH BETUL-BETUL. KALAU DUK MAIN HENTAM SAJA ,KUCING LARI TENGOK KITA NIKAN PULAK MANUSIA.

pakmattempe berkata...

dah 50 tahun nak dakwah apamendenya ke UMno. Kalau umur pendakwah tu tentu dah mati dah tapi org tu tetap ikut sekular.Org UMno dia berani debat dlm TV sorang2 lepas tu kita tengok mesti cakap dia berapi2 SEBAB ta ada orang sanggah.

Tanpa Nama berkata...

najib mesti tak berani bersemuka dgn TGNA...
kalau jadi debat ni.. ramai yang di atas pagar akan sertai Pas dan tak dapat dirayu kembali.
pasti inilah kali terakhir ubn perintah malaysia..
...cukuplah... dah lama dah... nanti nyanyok plak..