28 Jun 2009

Taktik Peperangan pada zaman purba China iaitu "Wanita Cantik"

Taktik Peperangan: Wanita Cantik

Dalam Taktik Peperangan pada zaman purba China, taktik "Wanita Cantik" digunakan ketika seseorang itu menghadapi situasi yang tidak menguntungkan.

Taktik "Wanita Cantik" bermaksud menggunakan wanita cantik untuk menggoda dan melemahkan musuh. Pada zaman purba, ahli strategi China berpendapat bahawa dalam situasi yang tidak menguntungkan, ada tiga cara untuk bertolak ansur. Cara yang paling buruk adalah dengan menyerahkan tanah, tetapi ini akan meningkatkan kuasa musuh. Cara yang sederhana adalah dengan memberikan wang, barang kemas dan sutera kepada musuh, tetapi ini akan meningkatkan kekayaan musuh. Cara yang paling baik adalah dengan menggunakan wanita cantik untuk mengurangkan semangat dan melemahkan tenaga musuh dan dengan itu menjadikan diri sendiri semakin kuat.



Keistimewaan taktik "Wanita Cantik" adalah: risikonya rendah, pulangannya tinggi, manakala kesannya baik. Tambahan lagi, pada zaman purba, wanita tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam masyarakat.

Pada tahun 770 Sebelum Masihi hingga 476 Sebelum Masihi, Raja Negeri Yue, Gou Jian telah kalah dalam peperangan dengan Raja Negeri Wu, Fu Chai. Selepas itu, Gou Jian memilih dua orang wanita yang amat cantik, iaitu Xi Shi dan Zheng Dan sebagai cenderamata kepada Fu Chai. Kerana Fu Chai mabuk akan wanita cantik, maka beliau tidak mentadbir negerinya dengan baik. Pada tahun 482 Sebelum Masihi, Negeri Wu mengalami bencana kemarau, Gou Jian telah menyerang terhadap Negeri Wu ketika itu dan berjaya mengalahkannya.

Umumnya, pahlawan tidak dapat menahan godaan wanita cantik. Lengkapan ini wujud kerana taktik "Wanita Cantik" menyerang nafsu manusia, dan kebanyakan orang tidak boleh menahan nafsu.

Taktik "Wanita Cantik" digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang, seperti bidang diplomatik, perniagaan, hubungan awam, iklan dan perisikan.

Inilah cerita terkenal tentang Taktik Peperangan "Wanita Cantik".

7 ulasan:

Cikgu Dewana berkata...

Cara yang paling buruk adalah dengan menyerahkan tanah...

Itu lah tektik yang PR gunakan pada hari ini.
berbekal alasan untuk membantu rakyat yang susah, banyak tanah diberikan status kekal kepada kaum pendatang.

Apakah dengan alasan yang mengatakan BN memberi banyak tanah kepada tokeh judi. PR boleh memberi tanah kepada kaum pendatang.

Disebabkan tindak-tanduk PR untuk meraih sokongan kaum pendatang dalam politik, digadainya maruah bangsa dan agama.

Apabila BN bercakap tentang ketuanan melayu. PR bercakap pasal ketuanan Rakyat. Akhirnya rakyat kaum pendatang mengatakan ini tanah air mereka. Hak keistemewaan Orang melayu perlu dihapuskan segera.

Bangsa Melayu tak bole bercakap pasal hak keistimewaan .. itu perkaumanan.

Kaum pendatang perkatakan tentang perlu dibuka pluang biasiswa kepada mereka... itu keadilan.

ITM dan buka kepada kaum pendatang/ Kuata kemasun Universiti juga dibuka

Semua boleh, janji sokong PR

Prof. Era Pasca berkata...

salam dr baginda untuk semua,

Khemah Polis giat dibina di Manek Urai, Masjid Rakyat pula diroboh Terengganu

link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/06/khemah-polis-giat-dibina-di-manek-urai.html

fathul berkata...

sokong.........

azmil berkata...

benar!!!!!

david ahmad muniandy berkata...

aku ingat lagi kes chua soi lek

david ahmad muniandy berkata...

baik juga kalau guna pakai taktik peperangan cina.

Tanpa Nama berkata...

sokong