Oleh : Zamri Keciks
Kita semua akui bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam oleh kerana ia tidak melaksanakan sepenuhnya tuntutan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al Quran dan Hadis. Perlembagaan dan undang-undang yang diguna pakai dalam negara adalah sekular dan tidak bertunjangkan perintah dan hukum-hakam Allah dan Rasul Nya.
Apa yang ada sekadar undang-undang pentadbiran Islam negeri-negeri yang sekadar melibatkan aspek nikah-kahwin, harta pusaka dan beberapa bab berkenaan jenayah yang tidak pun sekelumit dari hukum yang asalnya.
Namun demikian kita dapati usaha untuk menghidupkan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar ini terus diusaha dan diperjuangkan. Walaupun mungkin undang-undang pentadbiran Islam yang sedia ada dhaif dan lemah, ini tidak bermakna kita tidak boleh menggunakannya sebagai batu loncatan ke arah menzahirkan keadilan dan kesempurnaan Islam, jika kita mahu.
Kalau kita perhatikan sejak kebelakangan ini walaupun berhadapan pelbagai kekangan para pegawai dan para hakim mahkamah-mahkamah ini berusaha juga untuk mengheret agar mesej Islam itu dapat dilihat dan dirasai umum.
Atas kitalah mahu memartabatkannya selain pihak-pihak lain berusaha melalui ruang politik dan seumpamanya untuk memimpin rakyat agar menerima Islam sebagai addeen.
Perkembangan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan baru-baru ini umpamanya mampu membuka mata banyak pihak bahawa Islam serius dalam kerja-kerja mencegah kemungkaran. Kalau dahulu para pesalah yang disabitkan kesalahan sekadar menerima hukuman ringan bagaikan melepaskan batuk ditangga, kini mereka yang terlibat menimbang dengan mata akhirat dan akur bahawa yang pentingnya walaupun kita tidak syarie sepenuhynya, sekurang-kuranya segala ruang yang ada diguna semaksima mungkin agar umat Islam berkejar-kejar mengerjakan amalan yang baik-baik dan benci serta meninggalkan segala bentuk maksiat dan kemungkaran.
Di Kuantan seorang wanita Islam yang bekerja sebagai model samblian dijatuhkan hukuman maksima denda RM5,000 dan 6 kali sebatan rotan kerana kesalahan meminum arak iaitu di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987. Menurut rekod pada bulan Januari lalu mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman sama ke atas satu pasangan yang melakukan kesalahan yang sama.
Untuk makluman mengikut hukum syarak kesalahan meminum arak ini dihukum 80 kali sebatan.
Memang nampak bagaikan keras hukuman itu tetapi apalah 6 rotan berbanding 80, apalah hukum manusia berbanding hukum Allah. Dalam Berita Harian hari ini khabarnya wanmita berkenaan telah pun membayar denda RNM5,000 itu dan meminta agar hukuman sebat itu segera dikenakan ke atasnya. Mudah-mudahan beliau insaf dans egera bertaubat serta tidak mengulangi keselahan ini lagi. Mudah-mudahan hukuman dan kes ini menjadi iktibar kepada yang lain, jangan lagi cuba-cuba untuk berjinak melakukan kesalahan yang sama.
Walaubagaimanapun saya terperanjat apabila membaca akhbar The Malay Mail hari ini http://www.mmail.com.my/content/8727-shock-over-whipping-sentence apabila dilaporkan ada pula ahli parlimen dari Parti Islam SeMalaysia PAS yangs ekana tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan. Beliau dipetik sebagai berkata:
Hukuman yang dijatuhkan mestilah lebih untuk mendidik dan bukannya mencederakan seseorang wanita untuk mmberikan pengajaran. Menurut beliau lagi hukuman sebat adalah terlalu kasar (walaupun beliau akui tidak tahu bagaimanakah cara sebatan yang bakal dikenakan).
Alngkah lebih baik sebagai wakil PAS kita menyokong tindakan ini dan menjelaskan darihal kewajarannya, tetapi tidak kita memilih untuk menjadi juara dan tidak sedar bahawa tindakan kita itu telah mencetuskan syak wasangka dan peluang bagi mereka yang sememangnya anti syariah untuk menyerang balik Islam.
Bukankah kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan PAS Terengganu satu waktui dahulu pernah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah yang menghukum lebih berat lagi pada mereka yang melakukan kesalah seumpama ini?
Apa pun kembalilah kita kepada al Quran dan Hadis. Biarlah Allah dan Rasul yang menjadi ikutan dan penentu kehidupan kita.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)
(untuk makluman ahli parlimen PAS itu berikut penerangan yang diberikan oleh Ketua Pendakwa Syarie negeri Pahang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkenaan cara hukuman sebat ini dijalankan: “Sebatan akan dilakukan dengan kekuatan sederhana dan selepas melakukan satu sebatan, pelaksana hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya (melibas). Kebiasaannya sebatan hanya meninggalkan kesan merah dan tidak memudaratkan sehingga mampu memecahkan kulit,")

6 ulasan:
agak memeranjatkan kerana seorang ahli parlimen PAS boleh membuat kenyataan sedemikian..undang-undang islam yang ada di malaysia bukanlah undang2 hudud sebaliknya hanyalah undang2 ta'zir yang telah digubal di parlimen atau dewan undangan negeri dan diwartakan oleh kerajaan. walaupun sebatan yang dikenakan hanya 6 sebatan, tetapi ianya sudah memadai untuk pesalah menjadikannya sebagai pengajaran atas kesalahan yang dilakukannya. justeru sebagai ahli parlimen PAS atau pakatan rakyat seharusnya menyeru kepada kerajaan supaya meninggikan hukuman denda dan penjara serta sebatan di mahkamah syariah supaya masyarakat islam takut untuk melakukan kesalahan jenayah syariah.
Inilah masaalahnya orang nak perjuangkan undang-undang Islam kita pun nak sama-sama menjerit meminta disegerakan undang-undang Islam tetapi bila ada pihak yang sanggup menghukum dan ada pihak yang menerima kita yang dulunya beria-ia pula yang mempertikaikan. Kita sepatutnya menyokong dan berdoa semoga langkah yang diambil ini akan membuka lorong untuk melaksanakan lebih banyak lagi undang-undang Islam. Orang Muslim mesti menghargai keberanian hakim untuk menjatuhkan hukuman secara Islamik.
Jangan mempersoalkan pula dan tak pasal-pasal boleh menyebabkan aqidah kita pula tergelincir kerana mempertikaikan tentang hikmah hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.
Siapa mp pas tu...next election gugurkan nama dia...suh dia masuk umno lagi baik..apada
salam YB, pendapat peribadi saya:
1) hukuman adalah perlu, dan buat permulaan untuk mendidik rakyat muslim di Malaysia, 6 sebatan untuk pesalah wanita adalah wajar.
2) hukuman sebatan juga adalah untuk mendidik.mmg buat permulaan, ramai akan memprotes atas nama kewanitaan dan kemanusiaan.tetapi, itulah yang terbaik.kerana saya khuatir jika tidak dimulakan sekarang, budaya minum arak di kalangan muslim malaysia akan menular dan berleluasa.
3) buat pesalah wanita tersebut, saya ucapkan tahniah atas kesedaran dan taubat puan. moga Allah mengampunkan dan memberikan pahala pada Puan kerana sanggup menjadi contoh tauladan buat semua muslim Malaysia. setiap muslim malaysia yang ingin meminum arak akan teringat kisah puan, dan insyaAllah akan meninggalkan arak, secara tak langsung Puan telah berbuat kebaikan kerana menjadi tauladan buat mereka.Wallahualam.
Kartika Seri Dewi merupakan teman seperjuanganku ketika mewakili Pasukan Bola baling Daerah Kuala Kangsar sewaktu zaman persekolahan kami... Setelah hampir 15tahun.., saya menemuinya di akbar atas kesalahan meminum arak. Agak terkejut juga dibuatnya... Tapi sepupu kepada penyanyi yang popular satu ketika dulu iaitu Wan ini amat bertanggungjawab dan berani. Untuk keluar di sidang akbar dengan pengakuan yang berani seperti ini,bukan calang-calang orang. Tambahan beliau juga meminta agar hukuman itu disegerakan agar menjadi contoh dan tauladan kepada anak-anak remaja. Saya benar2 tabik terhadap kenyataan berani mati beliau.
Jadi kenyataan dari Dr.Lolo bahawa perlaksanaan tersebut agak tidak patut..,hendaklah ditarik balik. Ya..,untuk menegakkan syariat memang sesuatu yang agak fobia. Syariat yang terbaik adalah yang berlandaskan al-quran...iaitu hudud.Jadi...pendekatan yang terbaik.... Pilihlah Pas untuk mentadbir Negara islam ini berlandaskan Syariat yang betul.
Hukuman 6 sebatan ini adalah hukum manusia dan bukan hudud. Dan 6 sebatan ini dilakukan bukan dengan cara islam suruh,ianya menzalimi individu dan menyakitkan bahkan mencacatkan bahagian tertentu manusia. Sedangkan Rasulullah SAW menghukum dengan 40 sebatan dan menggunakan cara yang paling sederhana dan tidak menzalimi manusia. Hudud bukan sekadar hukuman tetapi perlaksanaannya hendak lah betul dan tidak zalim.
Catat Ulasan