24 Julai 2009

Pewaris sengaja cari kecoh..????

Oleh : badrul hisham shaharin

Pasukan 'taktikal' yang menyusun BERSIH telah berjaya memperdaya Polis yang bercita - cita menggagalkan himpunan BERSIH sebelum pilihanraya lalu dengan keganasan. Himpunan BERSIH berjaya diadakan dengan 'bersih' dan lancar. Polis hari tersebut seolah 'terkedu' dengan taktik jalanraya yang boleh dikatakan antara yang terbaik pernah dilakukan oleh demontsran tempatan.

Hampir pasti ramai antara pasukan 'taktikal' itu telah dipanggil semula untuk menjayakan Himpunan anti ISA 1 Ogos ini. Mungkin panik dengan perkembangan itu dan takut malu dimainkan sekali lagi Regim Bn telah menggunakan sekumpulan NGO upahan mereka untuk membuat kecoh.

Mereka yang dikenali sebagai Pewaris ini bukanlah ramai sangat, kumpulan yang sama pernah muncul beberapa kali dan juga pernah diberi kebenaran dan kerjasama oleh Polis untuk berarak tengah Kuala Lumpur namun tetap gagal mengumpulkan ramai.

Kali ini mereka sekali lagi kononya menggunakan hak berhimpun mereka (walaupun mereka inilah yang kata demonstrasi bukan budaya kita) akan cuba membuat gangguan. Mereka sedar tidak akan mampu turun ramai. Apa yang mereka cuba lakukan ialah harapkan perhimpunan tersebut dibatalkan atas alasan takut bergaduh.

Percayalah tidak akan ada berlaku pergaduhan, pasukan keselamatan kita telah sedia mengawal segala bentuk kontroversi dan dengan jumlah kita yang jelas beratus kali ganda dari mereka pasti mereka juga akan menyuruk di belakang polis nanti.

Jika Pewaris boleh bertindak matang dalam menyuarakan pendapat biar sahaja 1 Ogos kita berhimpun dan mereka yang punya perlindungan Regim Bn termasuk PDRM pilih saja mana - mana hari yang mereka suka yang lain untuk melawan jumlah mobilisasi. Kita sudah merancang lama, kumpulan NGO upahan ini hanya memutus malam semalam untuk berhimpun 1 Ogos juga, bukankah itu sesuatu yang memang berniat iri hati dan jahat ?

Apa pun di seru kepada semua pencinta keadilan dan pejuang rakyat ayuh kita turun beramai - ramai untuk bersama di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini. Hasrat utamanya ialah untuk mendesak dihapuskan ISA, ia himpunan kuasa rakyat....turunlah atas apa jua jeritan rakyat. Boleh saja ia lambang protes terhadap kematian Teoh Beng Hock, isu Bahasa Melayu, kenaikan harga Minyak (September), Kenaikan Tarif Elektrik (Ogos), Kenaikan Harga Tambang, Isu tanah atau apa sahaja....asalkan turun dan tunjukkan kuasa rakyat.

Kematian Teoh mengingatkan kita pada penggunaan C4 di hutam Shah Alam

Oleh Lim Hong Siang


Misteri kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor kekal sebagai misteri walaupun telah dikebumikan pada hari ke-5. Siasatan polis yang 60% selesai walaupun memberi jawapan kepada soalan tertentu pada peringkat awal, namun juga menimbulkan kesangsian baru yang sukar dijawab.

Pertikaian terhadap SPRM

Dakwaan pihak SPRM bahawa Teoh Beng Hock telah dibebaskan pada jam 3.45pagi, 16 Julai, dan Teoh meminta untuk tidur di pejabat mencungkil keraguan, antaranya:-
1. Sekira-nya Teoh telah di- bebaskan, mengapa dompet, telefon bimbit dan dokumen penting yang lain masih berada di tangan SPRM?

2. Selepas membebaskan Teoh, mengapa SPRM membiarkan Teoh bebas bergerak di pekarangan pejabat SPRM?

3. Mengapa Teoh tidak menghubungi saudara mara mahupun Ean Yong Hian Wah untuk menghantar khabar bahawa dia berada dalam keadaan selamat, tetapi memilih untuk terus tidur di pejabat SPRM?

4. Kereta Teoh berada di tempat meletak kereta. Mengapa Teoh memilih untuk tidur di pejabat SPRM, dan bukannya pulang ke rumah?

5. Mengapa SPRM tidak menghubungi keluarganya, atau EXCO Selangor dengan segera setelah mendapati kematian Teoh pada jam 1.30 tengah hari, 16 Julai?

6. Tan Boon Wah, Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang turut disiasat dibenarkan pulang pada jam 1.35 tengah hari, 16 Julai. Teoh dikatakan mati pada pukul 8 pagi, ditemui mayatnya pada 1.30 tengah hari, namun Tan tidak mengetahui apa-apa ketika dibebaskan dari SPRM.

Pertikaian terhadap polis

1. Mayat Teoh ditemui pada jam 1.30 tengah hari, 16 Julai. Pegawai SPRM dikatakan telah mengenalpasti identiti Teoh pada ketika itu, namun mengapa polis gagal mengesahkannya, sehingga jam 5 petang?

2. Mengapa pihak polis Selangor "kembali" ke pejabat SPRM untuk mengumpul bukti, hanya pada hari ke-3 selepas tragedi kematian Teoh?

3. Mengapa polis mengambil telefon bimbit Teoh dari pihak SPRM pada hari keesokan tragedi berlaku, dan bukannya pada hari kejadian berlaku?

Laporan awal mencentus persoalan baru

Menurut siasatan peringkat awal, Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan bahawa mendiang jatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM. Malah, laporan awal pakar patalogi mendapati bahawa Teoh meninggal dunia kira-kira 4 hingga 5 jam sebelum mayatnya ditemui di tingkat lima, koridor luar bangunan Plaza Masalam.

Dengan kata lain, Teoh mungkin meninggal dunia antara jam 7.30 atau 8.30 pagi, 16 Julai. Soalan yang ditimbulkan daripada ibu mendiang adalah, mengapa mayat Teoh tidak ditemui pada ketika itu (waktu pagi), sedangkan terdapat orang yang melalui tempat tersebut, pada hari yang bukan merupakan cuti awam?

Malah, seandainya Teoh jatuh dari tingkap tingkat ke-14, bahagian pejabat tersebut perlu dikenalpasti. Sama ada tempat di mana Teoh jatuh itu merupakan ruang tamu, pantri, bilik soal siasat, bilik mesyuarat dan sebagainya, adalah petunjuk penting dalam siasatan.

Kontradiksi hujah

Selain itu, hujah yang tidak selaras dan saling kontradiksi, terutamanya berkenaan telefon bimbit Teoh telah mengungkit pertikaian.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mendakwa bahawa SPRM telah berbohong dalam perkara ini. Teo Nie Ching memetik hujah Timbalan Pesuruhjaya SPRM Selangor, Abu Kassim Mohamed yang pada mulanya mendakwa SPRM telah memulangkan telefon bimbit, dokumen penting dan kunci kepada Teoh, selepas tamatnya soal siasat.

Namun, polis telah berjaya mendapatkan telefon bimbit Teoh daripada pihak SPRM, setelah perkara ini dipersoalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan khalayak umum.

"Bunuh diri" dipertikai

Di samping itu, kemungkinan Teoh membunuh diri juga disanggah, terutama apabila keluarga Teoh memaklumkan bahawa mendiang merancang untuk mendaftar perkahwinan pada 17 Julai.

Pakar dalam bidang psikologi kriminal merangkap penyiasat persendirian, Loke ketika ditemuramah media cetak bahasa Cina, berkata orang yang bunuh diri biasanya akan meninggalkan warkah, mahupun wasiat, sebelum membunuh diri. Malah, secara umumnya, menurut Loke, orang yang memilih untuk membunuh diri tidak memakai kasut.

Teoh ketika ditemui mayatnya, dengan tangan kanan yang dalam genggaman, dan berpakaian kasut.

Terbunuh, dibunuh atau bunuh diri?

Walau bagaimanapun, sama ada Teoh dibunuh, terbunuh atau membunuh diri, soalan muktamad yang wajib ditanya dalam setiap kes kematian adalah, apakah motifnya?

Soalan ini tidak terjawab untuk banyak kes di Malaysia, dari kes kematian dalam lokap, sehinggalah kematian dalam hutan yang diletupkan dengan C4.

Tuesday, July 21, 2009
Kes Anwar makin celaru

Pergelutan perundangan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terus berlanjutan - kali ini bukan di mahkamah tetapi di balai Damansara Utama, Petaling Jaya.

Penasihat PKR membuat dua aduan polis berhubung "kenyataan- kenyataan palsu" yang terdapat dalam afidavit pihak pendakwaan berhubung kes liwat terhadapnya dan juga tiada tindakan konkrit berhubung aduannya terhadap peguam negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kenyataan tersebut berhubung siasatan terhadap Abdul Gani yang dituduh oleh mantan timbalan perdana menteri, dalam laporan polisnya, pernah terlibat memalsukan laporan berkaitan insiden mata lebamnya, kira-kira 11 tahun lalu.

Kedua-dua laporan polis itu akan dibuat awal petang ini.

Aduan pertama berhubung pendirian tiga hakim bebas yang menilai hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Gani yang mendapati seorang daripada anggota panel itu berhujah bahawa terdapat kes jenayah terhadap peguam negara.

Bagaimanapun afidavit yang disediakan oleh Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Datuk Razak dan timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakariah, pada 30 Jun lalu, menyatakan ketiga-tiga hakim tersebut mendapati tiada kes terhadap Abdul Gani.

"Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam afidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan dalam prosiding mahkamah nanti," kata Anwar.

"Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian daripada konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu."

Ahli parlimen Permatang Pauh mendakwa "Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi" dengan berkata tiga hakim bersara tersebut Datuk Kadir Sulaiman, Datuk Mohd Noor Ahmad dan Datuk Mohama Noor Abdullah "mendapati Abdul Gani tidak terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah."

"Razak ... sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel daripada tiga hakim tersebut mendapati Abdul Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah," kata Anwar dalam satu kenyataan berhubung aduan polis terbarunya.

"Hanafiah pula selaku timbalan pendakwaraya kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan afidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam afidavit pendakwaan (untuk menjawab permohonan Anwar agar kes liwatnya diketepikan) ."

Kes ini akan disebut pada 24 Julai, sementara esok mahkamah akan mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perintah menyerahkan dokumen kes liwat kepada Anwar yang diperolehinya daripada hakim, 16 Julai lalu.

Aduan kedua Anwar dibuat berhubung dakwaan polis gagal menyiasat laporan olehnya pada 20 Februari lalu ke atas Abdul Gani dan Musa susulan peranan mereka yang dituduhnya memalsukan laporan polis berkaitan penahanannya pada 20 September 1998.

Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April lalu kepada ketua balai Damansara (Utama) untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan," kata Anwar lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein - dalam jawapannya kepada soalan Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah di Dewan Rakyat 22 Jun lalu - berkata laporan yang dikemukakan Anwar telah dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada 21 Februari.

"Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun lalu kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini," kata Anwar.

"Kami terkejut apabila menerima maklum balas bertulis bertarikh 10 Julai lalu yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidang kuasa mereka.

"Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada polis untuk tindakan selanjutnya. "

Mantan timbalan perdana menteri itu menambah, perkembangan ini bermakna polis dan pegawai Kementerian Dalam Negeri "menyebabkan Hishammuddin mengelirukan Parlimen" dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun kepada Sivarasa, juga ahli parlimen Subang.

"Polis yang menerima semula laporan tersebut daripada SPRM gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas - wujud satu perancangan dalam polis untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku disembunyikan, " kata Anwar dalam kenyataan yang sama.

"Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Abdul Gani dan Musa terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan."

Akibat sikap kedua-dua agensi penguatkuasaan itu, Anwar mendakwa Abdul Gani dan Musa "dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada 1998 dan sekarang."

sila klik sini untuk membaca kenyataan penuh.

Konon mahkamah adil serah bukti, namun hingga kini bukti pendakwaan masih tidak diserahkan.

Permohonan pendakwaan bagi mendapatkan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan dokumen yang diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar esok.

Ia dijadual didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada 9 pagi, lapor Bernama.

SN Nair, salah seorang peguam yang mewakili Anwar, ketika dihubungi mengesahkan bahawa firmanya SN Nair & Partners menerima surat berhubung perkara itu daripada mahkamah menerusi faksimili, pagi ini.

Pada 2 petang semalam, pihak pendakwaan memfailkan notis usul di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi memohon penangguhan pelaksanaan perintah itu yang ditandatangani oleh Datuk Nordin Hassan, seorang daripada timbalan pendakwaraya bagi kes liwat berkenaan.

Turut difailkan ialah perakuan segera agar kes itu didengar secepat mungkin.

Pada 16 Julai, Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pendakwaan supaya menyerahkan dokumen berkenaan dalam masa tujuh hari.

Tempoh tujuh hari itu berakhir pada Khamis.

Bagaimanapun, hakim itu menolak permohonan penasihat PKR itu untuk mendapatkan sampel spesimen yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas memutuskan bahawa sampel itu telah disita oleh ahli kimia dan pihak pembelaan boleh memeriksanya setelah dikemukakan kepada mahkamah.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lepas.

Mahkamah menetapkan 24 Julai untuk sebutan permohonan Anwar bagi mengetepikan tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya dan tarikh sebutan perbicaraan kes itu.

DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak harus berhenti bernostalgia.
Hari ini sekali lagi DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah, bertitah menyentuh mengenai hak Raja - Raja Melayu dan Perlembagaan Negara.

(sila klik sini untuk membaca lanjut)

Di kesempatan ini che'GuBard ingin merafak sembah memohon agar ke bawah Tuanku berhenti terlalu bernostalgia.

Sistem beraja dalam negara ini dikenali sebagai 'Raja Berpelembagaan' , ertinya Hak dan Kedaulatan Raja - Raja Melayu dipelihara dalam Perlembagaan Negara. Begitu juga hak bahasa, hak bangsa Melayu dan seumpamanya. Perlembagaan merupakan dokumen penuh 'roh' yang menjamin sistem dan kelicinan perjalanan negara ini dengan menjamin hak dan kebebasan tiap individu. Perlembagaan yang sama jugalah menjadi tiang seri memastikan sistem beraja (Raja - raja Melayu) mampu menjadi payung teras memayungi rakyat semua dan menjadi tiang seri agama dan bangsa.

Persoalan adakah Raja Melayu, hak agama, bangsa mahupun bahasa kian terhakis, jawapannya ialah YA !.... untuk menghakis hak yang dijamin perlembagaan tersebut perlulah perlembagaan itu dipinda. Perlembagaan hanya boleh dipinda dengan majoriti dan kelebihan di Parlimen Malaysia. PAS mahupun KEADILAN tidak pernah menikmati majoriti dalam parlimen untuk meminda perlembagaan tersebut, begitu juga DAP. Umno dan Bn (atau dulu Perikatan) yang menikmati kuasa majoriti di Parlimen dan merekalah yang telah meminda beberapa kali perlembagaan hingga menghakis hak termasuk hak dan kedaulatan Raja - Raja Melayu. Parti yang berimej parti ekstremis Melayu itulah sendiri yang menghakis hak orang Melayu.

Kali terakhir apabila tahun 1994 seluruh media dalam negara untuk 'menfitnah Raja Melayu'. Bukan selindung lagi....ingatkah kita TV3,Utusan, RTM dan lain - lain digunakan untuk memberikan persepsi buruk kepada raja Melayu...Sultan Kelantan mencuri kereta sendiri, Sultan Pahang kaki judi, Sultan Johor 'gangster', Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 'kaki arak'...begitulah kurang ajarnya media yang mendokong Umno...Raja Melayu dimalukan... rakyat diberi persepsi salah dan Umno telah meminda perlembagaan meragut hak Raja - raja Melayu ketika itu dengan pindaan perlembagaan di Parlimen. Ingat ia kerja Umno bukan DAP.

Umno (baca Mahathir) membuat semua ini kerana ingin menghadkan kuasa raja kepada kuasa 'upacara sahaja', dan selebihnya dikendalikan oleh parti pemerintah.

Menyedari hakikat Raja - raja melayu sudah hakis daulat dan hak maka Kongres Nasional Keadilan 2008 yang dihadiri oleh Melayu, Cina, India, Iban, Dayak dan semua kaum di negara ini telah meluluskan resolusi perlunya ada satu usaha serius untuk mengembalikan kedaulatan dan hak raja - raja Melayu agar sistem beraja ini mampu memainkan peranannya semula sebagai payung kepada semua rakyat negara ini.

Begitulah dakwah Parti Keadilan Rakyat kepada semua rakyat. Raja adalah milik semua, raja harus dihormati bukan sahaja Melayu tetapi Cina, India, orang Asal atau apa kaum saja yang duduk dalam negara ini, barulah Raja Melayu punya daulat dan keistimewaan di mata rakyat.

Kembali kepada titah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, patik merafak sembah agar Tuanku tidak terlalu bernostalgia. Sebaliknya lihatlah kuasa rakyat sebagai teras kuasa dalam negara ini, namun kuasa rakyat ini memerlukan payung Tuanku untuk terus hidup sentosa dalam negara tercinta ini.

Jesteru itu jika Tuanku berjaya mengembalikan dan memperkasakan kuasa rakyat percayalah kedaulatan Raja Melayu juga akan kukuh dan dimuliakan.

Ingat sejarah ketika Raja - Raja Melayu ditipu oleh Mc Micheal, rakyat bangkit menentang, memerdekakan dan mengembalikan kuasa ke dalam Istana. Kuasa Rakyat yang kuat menjamin Raja yang berdaulat.

Akhir sekali Tuanku fahamilah Umnolah yang telah banyak kali mengkhianati raja Melayu.

Pertemuan Zahid Hamidi - Netanyahu: Malaysia iktiraf Israel?

terkejut, marah, resah, berat kepala memikirkannya. dulu kerajaan Perikatan, kemudian Barisan Nasional, kemudian Barang Naik, memang bersimpati dengan Yahudi Zionis Israel. cuma dulu simpati itu tidaklah ditunjukkan secara terbuka, caranya seperti membeli khidmat nasihat kompeni sarang pelobi Zionis Israel seperti kompeni Mckinsey & Company, Solomon Barney, Saatchi & Saatchi atau dgn mengundang kehadiran pasukan kriket Israel ke Malaysia.

Tapi kini, kerajaan BN (skrg dikenali sbg Bini Najib) telah berani secara terang-terangan mengiktiraf Israel. Malaysia tidak memiliki hubungan diplomatik dgn Israel. jadi jika Menteri Pertahanan Malaysia pergi mengadap Perdana Menteri Israel, maksudnya kerajaan BN hari ini telah mengiktiraf negara Israel, hasil penakhlukan ke atas tanah rakyat Palestin.

sementara itu, Yunos Ali atau mesra dgn panggilan Pak Ya ada menulis analisa yg wajib kita semua fikirkan bersama (klik di sini) :

Zahid Agen Zionis?

Zahid, Menteri Pertahanan Malaysia, mengaku bertemu dengan Natanyahu Perdana Menteri rejim Zionis Israel di Paris.

Tetapi kemudiannya pula, setiausaha akhbarnya mengatakan bukannya Natanyahu, tetapi Ehud Barak, Menteri Perperangan rejim Zionis Israel.

Takkan Zahid tak kenal untuk bezakan Natanyahu dengan Barak? Atau tak ingat siapa yang dia jumpa dari rejim Zionis itu?

Namun siapa pun yang dia jumpa dari kepimpinan negara Zionis Israel itu, ada beberapa persoalan yang perlu dia jawab dan jelaskan kepada rakyat Malaysia:

1. Pertemuan antara kepimpinan negara/kerajaan merupakan pengiktirafan negara/kerajaan tersebut, sedangkan Malaysia secara rasminya tidak mengiktiraf negara/kerajaan rejim Zionis Israel. Apakah Zahid sudah secara peribadi dan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sudah mengiktiraf negara/kerajaan Zionis Israel? Atau apakah Zahid merupakan orang perantaraan atau agen Zionis untuk melobi Malaysia mengiktiraf negara haram dan zalim itu?
2. Kata Zahid, Natanyahu nak jumpa dengan dia. Apabila jumpa, maka Zahid lekturlah dia tentang kesalahan Israel terutama pendudukan haram Yahudi di Tebing Barat Palestin. Apakah Natanyahu nak berjumpa dengan Zahid untuk mendengar Zahid berleter?
3. Tentulah ada sesuatu yang penting yang nak disampaikan kepada, atau untuk diterima daripada Zahid oleh si Natanyahu. Dan pastinya Zahid sudah tahu terlebih dahulu dan dirancang akan pertemuan itu. Apakah sesuatu itu, apakah rancangan mereka itu?

Aku mengenali Zahid semenjak di Universiti Malaya lagi dalam tahun 1970'n. Walaupun dia junior daripada aku, dia kawan dan sahabat ketika itu. Kami sama2 meronda dengan motorsikal dengan kawan2 yang lain.

Zahid zaman itu baru mula menceburkan diri sebagai aktivis mahasiswa. Tetapi tak berkesempatan dia untuk berputik, Operasi Mayang 1974 telah mencantas gerakan mahasiswa.

Salah satu sifat Zahid yang sangat aku cam dari dulu lagi ialah ia takkan membuat sesuatu secara spontan. Ia akan mengambil masa yang panjang untuk memikirkan kos-rugi-untung akan sesuatu keputusan.

Jadi, pertemuan Zahid dengan kepala rejim Zionis Israel itu, pada hemat aku sebagaimana yang aku kenali Zahid, sememangnya pun sudah dirancang.

Persoalannya, apakah rancangan mereka itu?
- tulisan Rahmat Haron

Tiada ulasan: